Cerita
ringan sikit. Pasal otak aku kali ni dalam situasi ekstensif - very
low input, very low output. Ok, ladang aku cuacanya enam bulan kering
enam bulan hujan. Musim hujan memang kuantiti air melampau lampau.
Kena musim kering habih lesap semua surface water.
Ladang
aku takde air paip. Jadi bekalan air untuk keperluan ladang kena guna
pump. Kena tarik air dari tanah. Biasanya aku guna telaga lama yang
dalamnya 8 kaki je. Diameter 2.5 kaki kot. Masa musim hujan, memang
penuh air telaga. Pam lama mana pun, sekejap je dah penuh balik air.
Kalau
musim hujan. Datang musim kering, kelam kabut dibuatnya bila air
susut tinggal sekaki je. Dan aku dah lalu pengalaman pahit ini.
Jadi
aku buat tubewell sebagai backup source. Bukan satu tapi dua
tubewell. Tubewell pertama aku upah satu apek ni buat. Dia charge aku
$1400. Diameter 2 inci, dan menurut kata apek ni, panjang tubewell
yang dia buat 30 kaki. Dan dia berjanji kat aku, pemasangan dia siap
dengan waranti. Kalau air takde, panggil je dia. Dia akan dalamkan
tubewell tu tanpa sebarang cas tambahan.
Tapi
bila menjengah musim kering, tubewell yang sepatutnya ada air,
kering. Lagi cepat kering berbanding telaga lama. Bila aku check
balik tubewell yang dibuat apek ni, rupanya cuma 7 kaki dalam. Hantu
raya punya apek. Sedap betul dia kelentong aku.
Aku
bayar $1400 untuk tubewell yang cuma 7 kaki dalam? Tak masuk akal.
Memang manis masin masam pedas masak tiga rasa masak stim limau mulut
si apek ni. Geram betul aku.
Oleh
kerana tubewell pertama gagal berfungsi sepertimana yang aku
harapkan, aku pun cadang nak buat tubewell lain. Tapi aku tak kenal
sapa sapa kontraktor yang boleh buat.
Mujurlah
ada satu orang Mardi ni menghulurkan pertolongan. En Yunus kat Mardi
Kuala Kangsar. Dia ada kenal satu kawan yang boleh buat tubewell.
Namanya Azlan, dulu kerja kat Jabatan Geologi. Sekarang kerjanya
memang buat tubewell satu Malaysia.
Aku
pun upah dia. Untuk tubewell diameter 2 inci. Walau pun metod sama -
guna manual labor, dan tanah digerudi dengan water jet, tapi nampak
saintifik sikit kaedahnya berbanding kaedah apek yang cincai tangkap
muat je. Ada guna chemical khas, dan ada guna batu aggregat.
Kedalaman yang dicapai adalah kedalaman maksimum yang mampu dibuat
oleh manual labor, iaitu 100 kaki.
Air
ada, walau pun musim kering. Itu yang penting. Laju atau slow tak
kisah sangat janji air ada. Perit sungguh rasanya bila air takde. Itu
bagi aku yang duduk ladang. Dan aku memang kasihan orang yang duduk
kat flat tinggi tinggi bila bekalan air putus lama lama.
Jadi
bagi tubewell yang kontraktor melayu ni buat, dia charge aku $1800.
Oklah tu. $1800 untuk dalam 100 kaki. Bukannya $1400 untuk 7 kaki.
Di
sini aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada En Yunus dari
Mardi Kuala Kangsar yang telah membantu. Dah pencen rasanya. Tak tau
buat projek apa pula sekarang ni. Terima kasih sekali lagi kepada En
Yunus!
Anyway,
tubewell 100 kaki ni aku cuma guna masa musim kering. Aku tak guna
sepanjang tahun. Kos lebih tinggi berbanding guna telaga lama. Bila
telaga lama dah banyak susut airnya, baru aku guna tubewell.
Sekarang
terpaksa guna tubewell walau musim hujan. Sebabnya telaga lama
dicemari tannin yang terlalu banyak. Kebun sebelah tebang sawit lama.
Jadi dilonggok longgokkan sisa sisa sawit yang dah hancur tu. Dekat
pula dengan telaga lama aku ni. Habis tercemar jadi merah pahit
airnya. Lama juga nak tunggu air ni pulih balik. Kena banyak
bersabar.
Tubewell kedua sedalam 100 kaki. Tubewell pertama tak nak tunjuk. Sakit hati eh!
Telaga lama yang tercemar airnya sekarang. Banyak sangat tannin. Jadi pahit airnya.
Longgokan sisa sawit kebun sebelah. Bawah zink karat tu telaga lama.
*Terima
kasih diucapkan kepada saiful wahid dari grik yang datang melawat
ladang aku. Siap bawak tetamu dari India. Berkenaan pertanyaannya
samada kambing intensif sesuai atau tidak dimasukkan ke dalam sistem
semi intensif - kalau boleh cari semi intensif juga sebagai ladang
punca. Saves valuable time in adaptation period. Very valuable time.
Performance boleh maintain.
Kalau
intensif kepada semi intensif - performance akan jatuh ketara buat
sementara waktu (sementara ke? aku perhatikan lama sangat weh!).
Semakin ketara apabila semakin intensif kambingnya. Apalagi dah
bergenerasi. Adaptation period too long, kita pula yang tak tahan.
Boleh adapt dengan semi tapi tu lah ambik masa panjang.
Kena
tengok betul betul.
Asalnya
low input, kita boleh buat low input.
Asalnya
high input, kita kena buat high input juga.
Asalnya
high input, kita nak buat low input - kena bersedia untuk pening dulu
(ada juga yang sampai tahap migrain), baru nampak hasil.
*Dan
satu tip lagi, kalau nak buat pembiakan pedaging low input,
jangan guna baka yang telinga panjang berpintal pintal melayut layut.
Telinga panjang ok lagi.
Salam!
Penternak tegar 1 check in. Haha
ReplyDeletekalau diladang saya memang x ada air paip juga tapi kalau guna pam air memang ada saja air walau pun hanya 5 kaki..nampak ladang tuan ni memang extrem sikit cuaca panasnya...
ReplyDeletesekarang ni saya sedang mencari kawan penternak di sekitar sabah..manala tau satu hari nanti dapat juga melawat kandang2 sekitar sabah..boleh juga menambah dan berkongsi ilmu..
Bro Mohd Razlan ada 2 sahabat yg den kenal mntrnak kmbing di Sabah..sdr Kembara Insan@Awang@Zulkefli Mohamad ni blog dia http://myrigiagrofarm.blogspot.com/ dan sdr.Ir Azmer..kalu ada Facebook add la Keratong Agrofarm nnti den add dlm group pembiak kambing/biri..boleh bah kalau kau..hehe
Deletet.kasih tuan..
DeleteSalam Bro. Alwi & Penternak Kambing sekelian... kalau ladang tak dak air dan perlukan air bawah tanah/tube well, contactlah geologist atau lebih tepat lagi hdrogeologist.. Kami boleh membantu menadapatkan sumber air bawah tanah. Jangalah harap ke apek atau sembarangan orang yang claimed expert pasal air bawah tanah lagi..he..he.. ken kaput le jawabnye..
ReplyDeleteahhh hydrogeologist, bukannya apek o logist. haha
Deleteprojek akan datang di perak nanti pun silap2 kena buat telaga gak, pastu kena sedut naik atas bukit. hahaha. kopak2.
ReplyDeleteartikel baru saya, Aerobic Stability of Silage otai-otai, jemput komen. hehe
kandang atas bukit? syok tu
DeleteIt hapρеns to bе a сhеf's expression for 'а ρlаce for аll
ReplyDeletethe рieces anԁ all kіnds оf
things in іts рlace'. Then there are scientists and other worried citizens who are seemingly fighting a getting rid of fight to stem the tide primary toward environmental Armageddon or as the title of this blog post phone calls it "Warmageddon. The blood of these who live a lifestyle of consume, consume and be merry is elementary and their respiratory is terribly speedy.
my blog; old stone oven
Kalo atas bukit bleh x gali telaga cam prof alwi ni?kandang saya pakai air ujan.kalo xujan kene angkut air paip dr umah.mletihkan n kos!
ReplyDeleteboleh takde masalah. tapi macam TAJ cakap, elok panggil hydrogeologist, biar diorang yang cari air.
Deleteboleh sy dapatkan maklumat en azlan yang buat tubewell nie... berhajat nak buat di kebun sy...
ReplyDeleteAda contact number encik Mardi tu tak
ReplyDeleteBoleh bagi no. Kontraktor tube well tak?
ReplyDeleteBoleh bagi no. Kontraktor tube well tak?
ReplyDeleteBoleh bagi no. Kontraktor tube well tak?
ReplyDeletePls call 0139824322 / 0199869272 for tube well
ReplyDeletePls call 0139824322 / 0199869272 for tube well
ReplyDelete