Kambing Punya Agenda
Skim
pawah kambing persekutuan (TRUST) buat masa ini tergantung atas
desakan Persatuan Pembiak Kambing Malaysia dengan kerjasama EPU. Skim
lumayan ini sebelumnya dimonopoli oleh apex importers - tak kisahlah
bangsa India atau Melayu atau lain lain.
Skim
Trust ini adalah federally funded - dari Economic Planning Unit,
sebuah unit yang sangat berpengaruh dalam pelaksanaan dasar negara.
Bila EPU tiba tiba memberhentikan dana skim Trust, ramai pihak
terkejut kerusi yang diorang duduk tiba tiba jadi panas berasap.
La
ni, EPU kata dana akan diberi semula dengan syarat..... bekalan
kambing untuk skim pawah seluruh Malaysia dibeli daripada ahli ahli
persatuan pembiak. Punca dalam negara akan diberi keutamaan, bukan
lagi import melulu membuta tuli dari australia.
Aku
harap semua pihak dapat nampak kenyataan ini, dan impaknya di
kemudian hari. Jangan kata Persatuan Pembiak Kambing Malaysia tidak
mampu berbuat apa apa pada peringkat polisi negara. We walk the talk.
Silently.
Kami
telah menyentuh soal polisi yang memberi manfaat jelas kepada semua
peserta industri tanpa perlu keluar suratkhabar atau mana mana media
massa heboh bingit sana sini.
Of
course, para importer yang sebelum ini begitu selesa berlindung di
bawah 'payung' mereka saat semua penternak dan pembiak tempatan
kepanasan, tergamam dengan keupayaan Persatuan Pembiak Kambing
Malaysia mencabar hegemoni mereka. They suddenly realized there is a
new.... sexy... kid on the block.
Now,
para apex importers dan importers yang sememangnya pantas menyambar
peluang, tidak akan berhadapan atau berperang dengan persatuan
pembiak. Strategi mereka bertukar.
Mereka
akan turut membiak kambing walau pun sedikit, dan atau menyelinap
masuk ke dalam mana mana persatuan pembiak kambing. Samada
mengasaskan (tapi ni menjadikan diri mereka mudah sangat dilihat),
atau jadi ahli/ajk persatuan (stay low but have some power).
Konsep
penting ialah menampakkan diri mereka sebagai pembiak kambing demi
menyambar peluang yang terbuka bila skim TRUST disambung kembali.
Lumayan kalau dapat jadi pembekal kambing baka ke seluruh Malaysia,
ye tak?
Dan
aku fikir, akan terus wujud persatuan baru pembiak pembiak kambing
tetapi semuanya bakal didalangi oleh para importer yang mahu
mengambil kesempatan. Bakal penternak dan penternak baru akan menjadi
kuda tunggangan atau topeng yang melindungi hasrat sebenar mereka.
Ahhh
convenient right? Bagi importer takpe kalau dah tak boleh sambar
kontrak kerajaan persekutuan bekalkan kambing import, kita cuba pula
sambar kontrak bekalkan kambing kelahiran tempatan (aku tak kata
kambing tempatan atau baka kacukan tempatan) untuk skim pawah
persekutuan... hmmm... memang pantas ambil kesempatan bagaikan lipas
kudung.
So
aku dah cerita apa yang akan terjadi dalam masa yang terdekat. Harap
kita semua bersedia dan berhati hati.
Apa
pun, bagi penternak kambing yang menurut jalan para anbiya', mereka
tidak akan terkesan dengan ribut yang bakal ditimbulkan oleh
campurtangan puak importer yang cuba, atau telah, menyelinap masuk ke
dalam mana mana persatuan pembiak kambing.
Masa
akan menentukan siapa yang sebenarnya memegang bendera kebenaran.
*
JPV sendiri ada banyak 'camp' atau pemikiran. Ada yang condong
importer, ada yang condong pembiak. Yang condong pembiak pula, ada
yang prefer high input high tech. Ada pula prefer low input low tech.
Yang condong importer pula - ada yang nak importer ni, ada yang nak
naikkan importer tu. Banyak agenda weh..
Importer
pun sama ada banyak 'camp'. Apex importer yang bersaing hebat sesama
mereka, dan importer yang berhasrat memecahkan hegemoni apex importer
sedia ada. Pun banyak agenda weh..
Penternak
dan pembiak pun ada agenda masing masing. Ada yang nak selamatkan
diri daripada kelemasan, ada yang tak nak lagi kebergantungan kepada
orang luar apalagi orang kafir, dan macam macam.
Kita
semua ada agenda.
Dan
kita semua akan berjuang untuk memenangkan agenda masing masing.
Salam!
No comments:
Post a Comment