Kembali sebagai pembiak kambing.
Aku
masih menangis.
Siti
Juwariyah bertemu Sang Pencipta pada hari Ahad lalu. Semalam, hari
Rabu, jenazahnya selamat tiba di kampung halaman suaminya. Kediri,
Jawa Timur Indonesia. Suaminya turut mengiringi sepanjang perjalanan.
Garuda
Airlines. Penerbangan bermula di KLIA pukul 8 pagi, transit di
Jakarta, dan tiba di lapangan terbang Surabaya pukul 3 petang. Dari
airport ke kampung halaman, menaiki ambulans airport lebih kurang 4
jam.
Aku
doakan Siti Juwariyah dapat bersemadi setenang tenangnya di tanah
tumpah darahnya.
Aku
disini masih sebak dengan pemergian mengejutnya. Kala aku buat kerja
rutinnya memberi makan kepada anak anak kambing di kandang, aku boleh
tertangis sendirian.
Sebenarnya
inilah kali pertama aku kehilangan seseorang yang aku biasa berjumpa
setiap hari. Inilah juga kali pertama aku menyaksikan saat bertemu
Pencipta di hadapan mataku sendiri. Inilah juga kali pertama aku
menguruskan soal kematian dan jenazah, sendirian.
Pemergian
Siti Juwariyah banyak terkesan pada hatiku. Sesungguhnya aku jadi
sakit dengan kehilangannya. Aku bagaikan tiada upaya untuk melakukan
sebarang kerja. Tetapi aku tahu, dan aku sedar, yang aku memiliki
kambing untuk diuruskan dan diberi makan. Mahu tidak mahu, aku mesti
melakukan.
Kini
aku kembali sebagai penternak kambing. Pembiak kambing. Pengembala
kambing.
Tuan
puan akan lihat alwigoatfarm yang berbeza dengan dahulu. Tuan puan
juga akan melihat alwi yang berlainan daripada dahulu.
Alwi
yang lebih kurus, dan pandangan baru dalam kehidupan.
AlFatihah
kepada mendiang Siti Juwariyah, dan salam kepada semua penternak
kambing!
*Buat
masa ini, aku sibuk pada sebelah pagi, dan semua bakal pelawat
disarankan datang pada sebelah petang, atau lebih baik telefon dulu
awal awal. Jangan main terjah aje, nanti memang aku tak boleh layan
sebaik baiknya. Aku minta maaf ye atas kesulitan ini.
assalamualikum wt Sahabat Alwi.
ReplyDeleteKematian itu nasihat terbaik buat insan yang masih hidup hatinya. Moga kita semua beroleh rahmat Allah setiap tika dan waktu.
Tahniah kerana anda selaku Majikan yang perihatin begitu mengambil berat terhadap kebajikan pekerja di bawah.
Ya Allah, berkatilah kedua insan ini,
Majikan yang baik terhadap tanggungjawabnya
dan juga
pekerja yang jujur dan amanh dalam menjalankan tugasnya.
kedua - duanya beroleh rahmat, kerana menjalankan tugas hariannya sebagai ibadat.
Amin.
setuju Kembara Insan, kita kena muhasabah diri. Hidup didunia nie sekejap saja, Hendaknya pekerjaan (ternak Kambing) kita nie membolehkan lebih mendekati Allah SWT.
DeleteTerima kasih atas doa dan peringatan tuan puan sekalian.
Delete