Itu 477. Pejantan alpha kawanan kambing aku. Susah betul nak tangkap gambar dia sebaik baiknya. Photophobia dia ni.
Lebih kecil dan lebih ringan daripada seekor lagi pejantan aku, Thor. Tapi 477 ni dari segi libido memang superior. Tahap testosteron tinggi. Dari jauh boleh bau kehamisannya. Dan kekuatannya melebihi Thor. Dia akan sentiasa menang setiap kali beradu tenaga dengan Thor. Memang Thor ni perlukan tukul ajaibnya Mjolnir baru boleh kalahkan 477.
477 aku pilih berdasarkan tahap libido dia masa kecik. Umur baru dua tiga minggu dah sibuk bising nak mengawan. Selain tu tumbesarannya yang baik, dan maknya tak perlukan makanan tambahan sepanjang proses menyusukan dia.
Aku fikir libido tinggi memainkan peranan sangat penting dalam aspek pembiakan ruminan. Kalau kita perhatikan kehidupan ruminan liar, pejantan yang dapat hak mengawan adalah pejantan yang paling kuat paling cergas paling lasak. The strongest and the fittest. Not the heaviest.
Yang paling kuat, yang paling lasak, yang paling stamina. Bukannya yang paling berat.
Dan testosteron, sebagai hormon kejantanan, menganugerahkan keagresifan, kekuatan, dan stamina.
Sebagaimana yang dibuktikan 477. Kekuatannya melebihi kekuatan Thor.
Dan 477 adalah bapak sebenar bagi kambing kambing aku. The Real Daddy.
Salam!
477 sempena apa prof? tagging dia ke?
ReplyDeleteawal betul dia galak, memang cepat membiak la kalo dia ada. dengan buck effect yang power, lg cepat la betina gersang. hehehe.