Kesan Pengganda
Ekonomis
kata bila rakyat tempatan belanjakan seringgit, seringgit itu akan
membesar dan membesar dengan setiap transaksi selanjutnya. Selagi
seringgit itu beredar dalam negara. Ini yang dinamakan kesan
pengganda atau multiplier effect.
Tetapi
sebaik sahaja seringgit itu dibawa keluar negara (maksudnya beli
barang import) - poof! kesan pengganda itu hilang. Pokok seringgit
itu juga hilang. Memberi kesan kepada ekonomi domestik. Mengurangkan
daya upaya ekonomi tempatan. Menurunkan tahap domestic consumption.
Ekonomi
yang betul betul resilient ialah ekonomi negara yang tinggi tahap
domestic consumption. Negara yang tinggi tahap pengeluaran
domestiknya. Utamanya dari segi pengeluaran makanan. Tak banyak
import. Sebaliknya rakyat suka memilih makanan atau barangan
tempatan.
Tapi
kan dalam masa yang sama, import juga perlu untuk memuaskan hati dan
nafsu rakyat. To keep them happy with variety. Kena pula saiz
golongan kelas atasan membesar. Sahih kena bekalkan pelbagai jenis
barangan. Bila ada banyak pilihan barangan, rakyat susah nak
memberontak. Yep, variasi barangan antara faktor menjamin
kesinambungan kuasa pemerintah.
Dan
dalam pengurusan ekonomi negara, keseimbangan antara tahap import dan
eksport perlu dicari. Pemerintah yang bijak akan memastikan domestic
consumption negaranya terus tinggi, manakala import berada pada tahap
yang sesuai - tidak mengancam suasana pengeluaran domestik. Apalagi
kalau soal keselamatan makanan atau food security.
Haa
kalau tahap makanan kita adalah 'secure' dan tiada kebergantungan
kepada negara luar - barulah status kita betul betul merdeka tak
risau lagi melutut menyembah kuasa asing.
Orait
orait lari topik dah ni. Balik kepada cerita multiplier.
EPU
sedar, sangat sedar dalam membangunkan ekonomi negara, projek yang
paling besar manfaatnya ialah 'high multiplier effect, and high local
content'. Bila ini dibuat, ia mendatangkan impak besar kepada ekonomi
domestik.
Termasuklah
projek pertanian. Dan penternakan.
Semua
projek penternakan saiz mega yang diluluskan oleh EPU, semuanya
adalah berpandukan mantra ini. Mantra 'high multiplier effect, and
high local content'. Dan semua projek mega ternakan ini, semuanya ye,
adalah berpaksikan pembiakan. Sebab pembiakan akan menjamin mantra
tersebut dipenuhi.
Well
blueprint memang bagus. Tapi pelaksanaan jadi kacau. Bilamana ahli
politik campur tangan untuk mendapatkan sebahagian, atau semua,
peruntukan projek mega ini. Dan ahli politik pula lantik importer
yang tunggang langgang ilmu membiaknya sebagai konsultan kehormat.
Kita
tengok National Feedlot Centre (NFC). Projek lembu mega size 250
juta. Blueprint asalnya ialah melantik pembiak lembu tempatan untuk
membangunkan atau memajukan 250 ladang satelit seluruh negara sebagai
pembekal lembu untuk NFC. Setiap ladang satelit akan mendapat
peruntukan $100,000 - $200,000 untuk program pembangunan. NFC akan
menyerahkan urusan membiak lembu kepada 250 ladang satelit ini. Tugas
NFC ialah menggemukkan lembu keluaran pembiak tempatan sebelum
disembelih.
Apa
jadi tuan puan?
Satu
ladang satelit pun takde beroperasi. Mana yang diuar uarkan dapat
kontrak ladang satelit, sibuklah bina bangunan tapi semuanya tinggal
bangkai.
Atas
sifat tamak, dan nasihat cemerlang geng importer - projek satelit
ditinggalkan. NFC terus direct import australia lembu lembunya.
Sampai kat sini terus sembelih.
Huh...
bagi aku, pengurusan NFC ketika itu, dan proksi proksinya adalah
pengkhianat peribumi dan tanah air. Semuanya sibuk melaungkan diri
sebagai ahli parti nasionalis yang paling nasionalis, tetapi
kebenarannya tiada lagi ruh nasionalis dalam diri mereka. Anak anak
tanah air sendiri dipijak pijak dilemaskan, manakala bangsa asing
kafir penjajah diagung agungkan diangkat menjadi tuan.
Jadi
NFC ini mengamalkan mantra baru yang berlawanan dengan hasrat asal.
Apa yang mereka buat ialah - 'zero multiplier effect, and zero local
content'. Meracuni industri tempatan pada kepekatan yang sepekat
pekatnya. Inilah bahana mentaliti pengimport. Tiada manfaat kepada
industri tempatan sebaliknya kemusnahan besar besaran.
Sudahlah
pembiak tempatan diketepikan, tiada pembiak dilantik sebagai
konsultan, import pula lembu berpenyakit. Lembu toksik semuanya dari
aussie ni. Habih si kafir aussie ni tendang punggung kita sambil
ketawa terbahak bahak melihat kebodohan kita, dan kebergantungan kita
kepada mereka.
Adakah
kita semua anak anak peribumi tanah air yang suci ini akan berterusan
membiarkan orang asing apalagi golongan kafir memijak kita membunuh
saudara saudara kita?
_____________________________
Projek
mega kambing (30-50 juta) yang diluluskan EPU sebelum ini juga
berpaksikan mantra 'high multiplier effect, high local content' di
mana program pembiakan menggunakan pembiak tempatan menjadi tunjang.
Semua projek ini adalah 3 tier dimana wujud ladang
nukleus-multiplier-commercial, dan ini menjamin impak tinggi kepada
industri tempatan sekiranya dilaksanakan dengan betul.
Sayang
sekali, tiada kesabaran dalam mencari baka punca tempatan, dan
merekrut dan melatih pembiak tempatan.
It
is always this - import je senang. Apa nak susah susah peningkan
kepala macam macam urusan. Huh sekali lagi mentaliti import
menjelmakan diri. Importer diburu dan dilantik sebagai konsultan. Dan
tuan puan sendiri tahu kesudahan projek projek mega kambing ini.
But
thank God, we human can learn from disaster.
Setelah
asap kemusnahan menipis, dan dari celah celah asap itu, kita dapat
melihat ada mentaliti baru dari projek projek kambing mega yang
tinggal berdiri. Walau pun terhuyung hayang, dan dalam kesempitan
yang mencabar, tetapi pengurusan baru projek projek ini memiliki
pandangan yang jauh berbeza dengan pengurusan terdahulu.
Pandangan
mereka kini berkiblatkan pembiak, bukan lagi importer.
Mereka
kembali kepada hasrat asal - 'high multiplier effect, high local
content'. Aku doakan mereka berjaya.
Aku
benar benar mahu lihat mereka berjaya.
Menjadi
simbol. Menjadi adibahtera. Menjadi pengibar bendera sang pembiak.
Bersama
sama kita bebaskan diri dari kebergantungan!
Salam
pembiak!
No comments:
Post a Comment