Buat
masa ini, dedak penggemuk yang aku gunakan bagi kambing jantan yang
dah cerai susu dan masuk fasa penggemukan - ialah dedak soonsoon
5180. Ramuannya pkc + soyahull + cornmeal. Exact percentage
aku tak boleh dedahkan melainkan tuan tuan sendiri tanya sama
soonsoon.
Inilah soonsoon 5180 yang sesuai untuk penggemukan. Lebih baik gunakan ini daripada soonsoon 4120.
Aku
suka 5180 disebabkan ianya adalah upgrade daripada 4120. Lebih
sesuai kepada kambing especially kambing untuk digemukkan.
4120 adalah 100 peratus kulit kacang soya, dan ianya tidak efisien
bagi ruminan. Banyak membazir pasalnya transit cepat sangat dalam
perut, belum sempat hadam dah keluar jadi tahi.
So
bila ditambah bijirin (cornmeal @ mil jagung) macam yang soonsoon
buat kepada 5180, kualiti penghadaman diperbaiki. Ruminan sempat
menghadamkan dedak tu sebab sifat bijirin ialah memperlahankan, jadi
lebih banyak zat dari dedak sempat diserap.
Bijirin
(jagung, barli, gandum, padi) ni proteinnya lebih rendah berbanding
mil kacang soya atau pun pkc pke pkp. Tetapi disebabkan tenaga jenis
karbohidrat tinggi, pasal tu bijirin memiliki kualiti penggemukan
yang terbaik. Dalam bab penggemukan - peratusan protein, tenaga,
lemak aku tak hirau sangat.
Janji
ianya adalah karbohidrat. It must be carb. Karbohidrat ini
yang berupaya masuk ke dalam sel daging dan menjadi lemak dalam sel.
Intramuscular fat. Barulah daging jadi juicy, lembut
dan menggiurkan. Kalau kita guna dedak berprotein tinggi (soya basah,
soybean meal, soybean hull, pkc pke pkp), hasilnya tidak akan
setanding berbanding dedak tinggi karbohidrat.
Grain
is the king, and still the king for fattening process.
Bagi
anak kambing, dan kambing menyusukan anak, lain pula ceritanya.
Protein memang kena tinggi sikit. Dan aku suka soybean meal
sebab palatibility dia tinggi. Anak kambing cukup suka
rasanya, tak payah nak tambah molasses.
Ok,
5180 tahap protein dia kalau aku tak lupa ialah 12 - 14 peratus.
Rendah berbanding 4120 (100% soybean hull), atau 5811 (soybean meal
based). Tapi cantik lah tu untuk penggemukan. Dan aku mula guna 5180
sebaik sahaja ianya diperkenalkan oleh soonsoon.
Selama
aku guna takde masalah. Aku puas hati dengan hasilnya. Melainkan
bulan sudah. Aku tak tahu apa yang terjadi kepada soonsoon tapi aku
memang betul betul hangin. 3 ekor kambing jantan aku mati tak boleh
kencing.
Tuan
tuan sebelum bulan sudah, ada juga kes jantan kencing tak lawas, tapi
kesnya tak banyak, dan kambing jantan boleh recover selepas
aku suntik terramycin LA. Takdelah sampai mati kambingnya. Dan aku
tak pernah menggunakan ammonium klorida sebagai neutralizer.
Tapi
bulan sudah 3 ekor kambing jantan aku mati. Bukan aku seorang, tapi
ada juga kawan kawan lain ada kes kencing tak lawas. Tak boleh jadi,
aku pun bising kat soonsoon. Masa tepon tu aku cakaplah aku guna
sebulan 3 tan padahal tak banyak mana pun, dan aku kata aku tak nak
guna lagi kalau tiada tindakan diambil. Saja je bagi nampak aku ni
important customer, kalau tak mesti dia buat tak tahu aje.
Aku
minta soonsoon check balik nisbah kalsium:fosforus. Mesti dah
lari tu.
Seminggu
lepas tu, soon soon tepon aku balik. Which is surprising sebab
aku ingat dia buat tak layan je. Dia kata dia dah address
masalah Ca:P. Dengan cara merendahkan fosforus sebab katanya kalau
nak tambah kalsium, kos akan bertambah.
Hahaha..
soonsooon ni pun.. I am not that dumb. Thats a lie. Kelentong
sungguh. Saja nak sedapkan hati aku. Patutnya tambahlah kalsium,
macam mana pula kurangkan fosforus. Sebabnya semua dedak memang
terlebih fosforus melainkan soybean hull.
Huh
bengong soonsoon. Dia ingat semua penternak mudah dikelentongkan.
Tapi sebenarnya penternak generasi baru (kita lah tuan tuan semua)
adalah knowledge driven. Mana ada nak tunggu jpv suapkan ilmu,
atau dok mengharap jpv panggil pergi kursus. Kita bukan macam geng
dulu yang tahu nak jual kambing aje. Ada masalah sikit panggil aje
jpv.
Kita
generasi baru dah takdak macam tu. Ya memang aku perhatikan pembiak
generasi kita dah berlainan sifat, yang mampu mengubah suasana
industri masa depan. And I am truly excited by that fact.
Anyway,
aku pasti ada lagi penternak yang kambing jantannya mati tak boleh
kencing yang bising kat soonsoon, pasalnya baru baru ni soonsoon
naikkan harga 5180. Lagi mahal dari 5811 dan 4120. Maknanya kos dia
dah bertambah, probably dia kena tambah kalsiumlah tu.
Dan
ini menyebabkan aku tengah menimbang untuk tukar pembekal. Hmmm..
soonsoon 5180 memang proven, sesuai untuk penggemukan
sepertimana 5811 terbukti menambahkan susu. Tapi aku pasti mesti ada
feedmaker yang rumusannya tak jauh beza dengan 5180.
So
kepada mana mana feedmaker yang dedak penggemuknya ada bijirin
at least 25-30%, dan Ca:P at least 2:1, dan protein tak lebih 15%
bolehlah hantar quotation kat aku (peh!macamlah aku nak order
banyak sangat)
Felda
Biopalma macam ok, tapi takde ejen terdekat.
Buat
sendiri dedak? Aduhhh takde masa lah nak buat. Pening lah campur sana
campur sini. Aku nak beli yang complete feed, senang cerita.
Any
idea?
Salam..
ReplyDeleteKat area jhr ni,dedak soonsoon pyh nk jumpa.yg slalu jmpa soyhull pallet je,tu pn hrga dh dkat2 rm50.sy rsa btter beli dedak dr soyhull smata2. Sy ada dgr dedak siva brothers pun bgus,tp sy xpenah cuba.hrga kt sini rm48/50kg. Bro pnh dgr x dedak peladang jaya dr penang?
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam..saya pun guna dedak yg sama.& baru semalam anak kambing jantan jamnapari saya yg plg sayang pulak tu hadapi masalah yg sama. Baru umur 4bln dgn berat hampir 20kg.. Sekarang makanan apa yg u bagi ya..boleh share? Selalu bagi rumput ke macamana? Boleh share dgn saya tak?
ReplyDelete