Kambing percuma, makanan percuma, buruh percuma, ubat percuma..
Aku
dalam kemusykilan.
Kelmarin,
sebuah institusi datang melawat dan meminta khidmat nasihat
memperbaiki program pembiakan kambing di ladang mereka. Projek mereka
tak lah besar. Bukannya commercial scale. Kiranya small scale aje.
Dan sekarang makin mengecil disebabkan kegagalan pembiakan.
Ada
dekat dua tahun rasanya umur operasi kambing diorang ni. Asalnya beli
kambing eksotik lagi eksklusif dari pembiak baka yang selalu menang
pertandingan kambing - selalu menang dan sangat agresif dalam
pemasaran dan selalu dapat bantuan agensi.
Sekarang
diorang datang kat aku seorang pembiak pedaging, yang menggunakan
baka biasa biasa, dan bela cara cincai tunggang langgang, dengan
harapan dapat 'turnaround' projek mereka.
Apa
yang aku 'dish out' semuanya free. Berbuih buih sampai jadi giant
bubbles putrajaya jugalah mulut aku ni bercerita.
Dan
ianya lari dari kefahaman dan kepercayaan asal mereka berkenaan
kambing. Menyebabkan mereka semua sangat terkejut dengan betapa
mudahnya prinsip bela kambing yang aku utarakan.
Banyak
sangat mitos dan pantang yang menyelubungi praktis mereka sebelum
ini. Menjadikan bela kambing itu benda yang sukar, berinput tinggi,
tapi hasil tiada.
Ok
cuba kita bayangkan. Kambing dah lepas meragut dari awal pagi sampai
lewat petang - kawasan ragut memang lebih dari cukup untuk bilangan
kambing sedia ada. Kambing balik kandang, topup lagi dengan napier.
Topup lagi dengan dedak. Mahal pula jenis dedaknya tu. Tapi diorang
takde masalah dengan kos makanan yang tinggi sebab kerajaan tanggung
- so ianya free.
Ubat
cacing guna generasi terkini mahal punya. Buat style mass deworming.
Dan takde masalah guna ubat ubatan mahal sebab kos ubat adalah free -
kerajaan tanggung.
Buruh
pun free. Bukannya cheap labor ye. Tapi free labor weh.
Tetapi
kambing masih seriously underperforming. Pembiakan slow, anak banyak
mati, dan jarak kelahiran terlalu lama.
Hmmm...
selalu benda yang free free ni banyak masalah, banyak tak menjadi,
banyak terbengkalai. Kalau kita ladang komersial dapat salah satu
input percuma (tak kisahlah makanan percuma, atau buruh percuma, atau
ubat percuma) huiii seronok sangatlah kita dibuatnya.
Tapi
itulah kan, bila semuanya free, semua input percuma - ada aje yang
tak kena. Musykil aku dibuatnya.
So
diorang jemput aku datang ladang mereka. Aku tak pernah sampai, dan
in sha allah aku akan melawat. Nak sangat tengok projek free input
ni.
Selangkah
ke alam misteri...
Bro,anak kambing dia orang tu mati kerana penyakit atau mati misteri????
ReplyDeleteni firasat aku la prof..tapi mungkin aku salah..commercial ka tak commercial ka atau free atau tak free sebenarnya tidak akan 'mencermin' kan sama ada gagal atau sebaliknya.
ReplyDeleteyg penting;
pengurusan dan attitute ('perangai' dalam ertikata berkaitan perniagaan la).. kalau dua perkara tu dah ok, kita tengok plak environment atau surrounding atau persekitaran..
ini tentu ada yg tak kena dgn persekitaran..pengalaman sy menternak dalam 'environment yg tidak kondusif' mengajar sy banyak perkara..terlalu panjang untuk nak diceritakan..
so, aku setuju dgn pendapat 'expert' yg menyatakan lebih kurang 'our tropical environment is too harsh for sheeps if we were to follow European way of breeding or used methods'
mungkin betul jugak pd kambing
En.Ahmad Zaki, enviroment yg tak kondusif tu bagaimana, tolong jelaskan.....sebagai panduan.
DeleteEn.Ahmad Zaki, enviroment yg tak kondusif tu bagaimana, tolong jelaskan.....sebagai panduan.
Delete