"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Tuesday, October 22, 2013

GEAR PENGEMBALA


Apa yang aku bawa dalam beg gembala semalam.


Pertama sekali, air minum. Wajib bawa ni. Biasa 1.5 liter. Kalau musim panas, memang habis aku teguk. Tapi semalam banyak mendung, jadi tak panas, so aku minum suku aje.

Kedua, bekal makanan tengahari. Aku prefer high fat diet bila sampai masanya aku mengembala. Pagi semalam dah makan 2 bungkus nasi lemak, dan 2 biji telur goreng. Tapi tengahari dah lapar. Aku sebat bekal nasi lemak sebungkus sebelum amik gambar ni. Tinggal lagi sebungkus. 

Ketiga, belimbing buluh yang aku jumpa masa gembala. Pokok belimbing yang tumbuh meliar. Buat makanan pengunyah.

Keempat topi cap Mardi kesayangan aku. Hadiah dari encik Yunus yang dah pencen dari Mardi Kuala Kangsar. Errmm ARB takde buat topi khas pengembala ke hehehe. Topi ni penting utamanya masa hujan. Aku ni kan pakai cermin mata, susah jadinya kalau takde topi yang melindungi.

Kelima pemetik api. Khas bila sampai mood nak jadi penyumbang global warming. Tapi biasanya tak datang datang pun mood tu.

Keenam bedak nyaman. Saja je bawak, mana tahu terkena ulat bulu yang memang suka bergantung celah celah sawit. 'Berapi' kalau tersentuh ulat bulu ni. Bubuh bedak lega sikit.

Ketujuh suratkhabar. Wajib bawak ni. High priority item. Tak kisahlah tahun sudah punya pun. Janji boleh baca bila kambing dah rilek rilek masa meragut - dua jam selepas turun kandang.

Kelapan pisau. Biasanya pisau aku sangkut kat pinggang. Tapi semalam terlupa pakai tali pinggang. Jadi masuk dalam beg aje. 

Kesembilan handphone murah. Paling murah. Paling lasak. Tak berani nak guna smartphone yang canggih manggih tapi sensitif. Gembala ni kerja lasak. Berpanas berhujan. Aku tukar handphone setiap tahun pasal cepat rosak. 

Kesepuluh tasbih. Baru lagi bawak ni. Semenjak berhadapan kematian orang yang rapat, ada terbit rasa keinsafan. Aku takut mati. Aku belum bersedia untuk mati. Jadi buat sedikit persediaan dan bekalan sebelum menghadap Tuhan. Wonderful item. Gives me peace. Inner peace. Dan kurangkan masa aku berangan angan jadi Ironman.

Haaa inilah benda benda yang aku selalu bawak masa gembala. Banyak juga ye. Buat berat ajo. 

Salam pengembala!

Haa nasi lemak sebelum dia jadi arwah. ada satu makcik yang pandai buat, pekat sikit santannya. Baru lah betul betul nasi lemak ye tak?
Pokok belimbing buluh yang tumbuh liar tidak bertuan. Aku ambik sikit buahnya buat kunyah kunyah. Kambing suka makan daun belimbing.


1 comment: