Dan penyelamat masa depan industri ternakan kambing di Malaysia.
_________________________
Bila
aku buat keputusan untuk terjun dalam industri ternakan dan memilih
jalan seorang pembiak dan pengembala kambing, aku tahu aku akan
berdepan kesukaran. Aku tahu aku kena lalu kesusahan sebelum dapat
merasa kesenangan.
Dan
sepertimana lain lain usahawan dengan bisnes pertama mereka, wujud
rasa sangsi dan hampir saja putus asa.
Sebenarnya
banyak kali juga rasa hilang semangat. Terasa diri sudah gagal, dan
tidak mampu meneruskan. Kadang kadang menangis sendirian dan sering
sangat tidur dalam kerisauan yang membukit.
Tapi
apa yang membuatkan aku terus kuat semangat bila bangun tidur setiap
hari ialah mengenangkan rakan rakan ternak yang perempuan masih tabah
menternak kambing. Mereka berdepan cabaran yang lebih sukar
berbanding aku.
Ada
anak dara, ada mak dara, ada nenek dara.
Semua
penternak perempuan yang melakukan kerja menternak sendirian semuanya
mendatangkan inspirasi buat aku. Kesusahan yang mereka lalui, dan
ketabahan yang mereka tunjukkan ketika mengharunginya, menyebabkan
aku terfikir alangkah malunya kalau aku menyerah diri tatkala mereka
semua masih mampu tersenyum ceria.
Aku
terfikir betapa kuatnya orang perempuan dalam situasi sukar. Dari
mana mereka mendapat kekuatan tersebut?
Barangkali
sebab mereka sudah biasa kerja dua kali ganda (atau berganda ganda)
untuk membuktikan diri mereka setanding atau lebih baik dari lelaki.
Apa
apa pun, aku berterima kasih kepada semua penternak perempuan yang
menjadi contoh dan pendorong semangat buat penternak lain. Terima
kasih banyak banyak.
Dan...
aku fikir kita semua patut menggalakkan penyertaan orang perempuan ke
dalam industri ternakan sebanyak banyaknya. Kita patut memudahkan
penyertaan mereka. Kita patut menggunakan dan adaptasi kekuatan dan
kelemahan orang perempuan untuk menyemarakkan hijrah mereka ke dalam
industri.
Contohnya,
saiz guni dedak yang 50kg yang membebankan tu patut dikecikkan jadi
25kg atau 10kg. Biar senang orang pompuan angkat.
Saiz
kambing juga patutnya kecil dan kiut miut. Senang orang pompuan
menguruskan.
Mesin
mesin macam mesin chopper juga biarlah lebih ringan dan kecil. Mudah
orang pompuan operate.
Dan...
apa apa lagilah yang memudahkan mereka (aku tak boleh pikir lah lain
lain contoh sekarang ni, sorry.)
Ye
lah, penyertaan orang perempuan akan menyelamatkan masa depan
industri kambing di Malaysia. Kalau kita tengok skim mikrokredit di
negara negara dunia ketiga, pinjaman kecil yang diberikan untuk orang
perempuan memulakan bisnes, memiliki kadar bayaran balik pinjaman
yang sangat tinggi.
Maknanya
orang perempuan sangat tekun meniaga, dan kadar kejayaan mereka
sangat tinggi.
Haaa
pasal tu kita kena galakkan sangat orang perempuan masuk industri
ternakan ni. Pasti wujud perubahan drastik nanti.
Kalau
kita tengok di afrika, di mana wujud skim pinjaman mikrokredit untuk
penternakan yang diberi kepada orang perempuan, didapati lembu atau
kambing yang mereka usahakan sangat mendatangkan hasil. Bukan sahaja
kepada diri mereka, tetapi juga mendatangkan manfaat besar kepada
anak anak mereka. Mengubah suasana kampung dari penuh anak anak kurus
kelaparan kepada anak anak sihat yang berlari sekitar kampung.
Bukannya
besar pun dana yang diperlukan. Langsung tak perlu dana taraf NFC.
Dana besar besar ni semua mengarut aje yang banyak. Merosakkan negara
ada, bukannya menyuburkan negara.
Lebih
baik kita buat skim mikrokredit ternakan, dan yang diberi khusus
untuk orang perempuan sahaja. Aku pasti, sangat pasti, mereka
golongan hawa sangat berdaya saing, dan mampu membawa industri ke
masa depan yang lebih cerah.
Tabik
dengan penternak perempuan!
bos.post cmni pn ade yek.tp btul pn.isteri sy dh start pg kandang.g cuci kandang.pstu ckp nk ikut gmbala.haha
ReplyDeletehaha hari pertama ikut gembala kambing, mesti demam. physical shock hehe. bini aku sama, semua pekerja aku pun sama.
ReplyDeleteSaya setuju wife saya bersemangat lebih..masa saya tak de dia jaga time saya ada pun nak ikut gembala gak..mmg kuat semangat tak sudah2 suruh tambah induk..hahaha
ReplyDelete