Bukan sepasang tetek. Tapi dua pasang tetek. Yaaa aku lah playbuaya no 1 malaya! Yeah babehhhh!!!
Saksikan keberhasilan dan keberuntungan aku meraba dua pasang tetek. Weeeeeeeee!!!
Awas : Bacaan yang tidak disarankan untuk penternak kambing yang belum kahwin. Macam Isal, Don Jenal, Khairi Aziz, Aman Man dan mereka mereka yang segolongan. Atau sewaktu..
Ok. Hari ni aku tak tahan, atau terangsang, bila tengok dua ibu kambing yang lanjut sangat teteknya sampaikan anak anak mereka tak boleh hisap. Aku buat keputusan untuk perah, walaupun dah hampir maghrib. Aku terpaksa guna lampu kepala untuk aktiviti 'sihat' ini. (Korang ingat aku raba tetek apa weh?? )
Pertama sekali aku keluarkan sejenis balm atau lilin khusus untuk melincirkan aktiviti perabaan dan pemerahan (dan mengurangkan risiko luka dan jangkitan). Nama dia Bag Balm. Dah lebih 100 tahun umur produk ni. Lebih kurang macam KY Jelly. Atau Durex Play... Doh (whatever).
Oily. Waxy. Smooooooothy.
Target raba 1 : Ibu no 302 yang baru melahirkan tiga hari sudah. Anak kembar. Aku saja saja test guna oxytocin buat pertama kali dalam sejarah. Tengok terlajak susu sampai anak kambing tak boleh nak minum. Kelam kabut aku dibuatnya hari hari kena perah.
Situasi sebelah labu tetek 302. Anak anaknya tak mampu nak hisap. Penuh sangat. Sukar. Aku anggarkan aku dapat 1 liter susu dari sebelah ni.
Target raba 2 : Ibu no 85 yang baru melahirkan tiga hari sudah. Pun guna oxytocin. Anak kembar. Apesal dua dua target raba aku ni serba hitam? All black siot.. hahaha..
Situasi sebelah labu tetek 85. Pehhh....macam nak 'burst'. Risau aku nengok. Anggaran lebih 1 liter susu boleh dapat dari yang ini.
Aku dah start perah susu 302. Penuh dah bekas 500ml. Mana pulak nak simpan ni? Ishhh time time macam ni lah semua bekas yang sesuai takdak. Geram betul aku.
Dapat jag warna merah tu. Tapi aku tahu tak akan muat. Takat susu 302 boleh la isi. Susu 85 mana pula aku nak parking? (Hammer tu aku pinjam sekejap dari Odin bapak Thor. Adik beradik Mjolnir. Nanti ada masa aku pulangkan balik :) ).
Ahaaa bekas minyak hitam Bardahl semi sintetik 10W40 piawaian terbaru API SN. Aku pikir perasa baru hasil susu kambing yang diisi ke dalamnya, dan yang belum pernah muncul di pasaran ini, akan memberikan dimensi baru kepada citarasa penggemar susu kambing... menjentik dan menyengat lidah mereka dengan rasa 'keenjinan' yang tidak pernah terlintas.. oh yeah this is going to be 'fantastico' babehh!!
........ orait orait. That's suicidal. Aku geram sangat susah nak cari bekas. Aku nak cepat pula tu. Nak kejar solat maghrib. Tu yang rasa macam berkenan pula dengan bekas minyak enjin. Elok pula tu berbaris baris tunjukkan diri masing masing yang kekosongan..
Anyway aku guna bekas yang ini..
Baldi isi air minum kambing. Ah sebat ajelah. Cuci cuci bersih bersih lepas tu tuang susu 302.
Perah second round susu 302. Dah senang dan laju sikit berbanding first round.
Oh so lovely. Aku perah susu dengan kehadiran anak anaknya. Memang mengganggu saat saat keintiman aku dengan 302. Cehh sibuk betul budak budak ni..
Ahhh tetek 302 dah kempis. Excellent! Mission partly accomplished. Moving to the next objective..
Tetek 85. Dan aku tahu 85 bukan senang untuk diperah. Hangin semacam dia ni. Banyak kali susu tumpah kena sepak dia ni. Dan.... dua kali minah ni terkencing masa aku perah susu dia. Orgasm ka? Kihkihkih..
Bukan senang nak amik gambar ni. Udah aku buat sorang sorang.. lainlah kalau aku Dr Ock dalam cerita Spiderman.
Ahaa dah siap. Empat kali tukar bekas 500ml. Maknanya dapat 2 liter dari 85. Sebelah tetek je tu. Tengok tetek dia macam mana pula rupanya setelah habis diperah perah..
Kempis! Sekempis Mario Kempes. Dan aku sendiri tak kenal siapa Mario Kempes. Pedulikan. Bagus. Kira kira aku dapat 3 liter susu kambing dalam masa sejam. (Nampak sangat tak profesionalnya hahaha). 1 liter = $20. Jadi 3 liter nilainya $60.
Ok jugak kan. 1 jam keje dapat $60. Sapa nak bayar ye tak?
Tapi aku rasa aku tak nak jual lah. Aku nak minum sendiri ajo. Campur dengan kopi. Yeah raw milk coffee. Sodap bang!!
Ok. Sekian sahaja diari seorang playbuaya kaki raba hari ini.
Makaseyyyyyy!!!!
Best,Bro!!
ReplyDeleteIbu kambing sy 3 hari lpas branak,nipple labuh plak..tiap2 hari kna assist anak kambing myusu..xpa la,kambing pnya pasal..
ReplyDeleteOxytocin Ni untuk lebihkan susu?
ReplyDeleteOxytocin nie diinjek bila?
ReplyDelete