"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Wednesday, October 2, 2013

ARB 3RD VISIT

KURIER KAMBING


Semalam geng ARB Kluang turun lagi ke ladang aku. Bawak dua ekor kambing pejantan boer full blood. Naik hilux. Seekor beratnya 60kg, seekor lagi 48kg.

Yang datang semalam, penolong pengurus unit kambing ARB - Arizal. Muda juga. Umur 30 tahun. Belum kahwin. Pasal dah terkahwin ngan karier, dengan lembu kambing kat ARB. Dia bawak lagi dua orang, Azlan dan Hamzah. Geng muda juga.

Aku nak ucapkan terima kasih kepada Dr Johari Jiken, ketua ARB kerana bekalkan dua ekor pejantan boer ni. Tujuannya upgrade genetik kambing aku. Jangka pendek. Jangka panjang ialah hasilkan kambing boer malaysia.

Tapi aku tak pikir panjang sangat. Yang aku pikir ialah memperkenal dan perlahan lahan memekatkan darah boer ke dalam kawanan kambing aku. Mmmm... juga darah baru, atau bloodline baru. Aaa ye aku nak kesegaran kacukan atau hybrid vigor.

Dah lama betul aku takde kambing baru masuk ladang. Ada tiga tahun lebih rasanya takde kemasukan sebarang kambing. Aku cuma keluarkan output, dan tiada input baru. Jadi kambing baru dua ekor ni akan 'mengganggu' sedikit kestabilan kawanan kambing aku buat permulaan ni. Harapnya semua akan cepat stabil kembali.

Teknikalnya, apa yang aku akan buat ialah masih bergantung kepada darah tempatan. Cuma aku terbitkan atau buat derivatif baka. Sama macam Jermasia - kacukan german fawn dengan kacang. Lebih kurang macam tulah.

Banyak isu kambing aku tukar pandangan dengan geng muda ARB ni, utamanya Arizal. Dan aku rate Arizal sebagai sangat kompeten dalam pembiakan kambing. Dari pagi sampai ke petang, semuanya cerita kambing. Aku penat, dia penat tetapi aku rasa aku jumpa 'lawan' aku. Agaknya dia ni pun autistik juga ni hehehe, absolute focus pada lembu kambing sampai tak terkahwin kahwin.

Bayangkan kalau nak release tension kerja, si Arizal ni bukan pergi piknik, tapi pegi buat 'pregnancy test' kat lembu lembu. Buahahaha memang gila kerja dia ni. Kalau macam ni memang cepatlah kumpul 10,000 jam untuk bergelar expert.

Yep, aku fikir Arizal akan jadi, dan telah pun jadi 'key personnel' dalam ARB.

Dan ARB sebagai ladang nukleus pembiak baka lembu kambing sedang bergerak ke arah low input husbandry (hoorayy!! yes yes yes!!). Lanskap industri sedang berubah perlahan lahan. Dah mula kumpul momentum untuk berubah.

Ye amalan ternakan ARB sekarang banyak pakai prinsip low input. Dan ini sedang membawa perubahan positif kepada ternakan. Jauh lebih positif berbanding ketika amalan high input.

Harapnya Program Boer Nasional Pondok Tanjung juga akan 'adopt' low input husbandry - tak gitu encik usop? :)

Anyway aku cukup senang bertukar maklumat dengan Arizal, Azlan dan Hamzah. Dan terima kasih sekali lagi kepada Dr Jo, kerana bekalkan dua ekor pejantan boer ni.


Terima kasih ARB..

Seekor dah masuk kandang tanpa sebarang arahan,  yang seekor ni terkebil kebil tak nak keluar keluar dari pikap

Arizal dan Hamzah bergambar dengan Diego

Dari kiri : Arizal, Azlan, Hamzah. Masing masing belum jumpa 'rusuk kiri'.  Sabar sabar... cari calon memang kena teliti sama macam buat pembiakbakaan kambing. Harus sabar dan memang kena pilih yang memenuhi syarat breeding protocol sahaja  ;) .

No comments:

Post a Comment