BEBIRI DORPER
Aku
pembiak kambing pedaging. Dan aku biak kambing kacukan tempatan sejak
sekian lama. Kadar kelahiran baik, input rendah (senang jaga weh!),
dan purata karkas jantan sembelihan sekitar 51.5%.
Mana
jantan yang mantap sikit, purata karkas 55%. Samalah dengan boer,
walau pun aku cuma guna kacukan tempatan.
Dengar
cerita, karkas bebiri dorper jantan fullblood cecah 60%. Huihhh lagi
mantop nih.
Tapi
dengar cerita juga, bebiri dorper fullblood, susah sikit dibiakkan.
Kidding rate rendah, dan ibu beranak senang kena kes prolapse atau
rahim terkeluar. Macam jamnapari tulen. Dan nubian tulen. Kalau ada
kes prolapse ni, kena terus sembelih la jawabnya. Tak guna penat
penat tolak masuk rahim ke dalam guna ais bagai. Sembelih lagi baik.
Boer
takde pula aku dengar kes prolapse ni. Ke ada sapa sapa pembiak boer
yang terkena?
Setakat
aku biak kambing kacukan tempatan saiz sederhana selama lapan tahun
ni, takde kes rahim terkeluar. Ibu sederhana 30-40kg. Pejantan tak
pernah lebih 70kg.
Mohon
pembiak boer, dan dorper berkongsi cerita, boleh?
apa yg hebat, mesti ada yg tak hebat.
ReplyDeleteHukum alam.
Saudara Alwi dah banyak kali bagi tau dalam post post yang lepas.
Dalam industri sawit, ada klon dinamakan
REMAX.
kadar perahan boleh pergi kepada 25% banding dengan DxP sebanyak maksimun 23%..
tetapi seperti hukum di atas..mana yg besar ada titik kelemahannya
iaitu
Yeild per Ha lebih rendah berbanding DxP.
So..it up to you which one your focus?