"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Friday, March 16, 2012

SOYA BASAH MANDULKAN KAMBING?

Ada kontroversi sikit posting kali ini. Mesti ramai geng soya basah tak setuju dengan aku.

Hampas soya basah datangnya dari pemprosesan kacang soya untuk air soya atau pun taufufa. Sekarang hampas soya basah ni aku tengok popular juga di kalangan penternak baru. Maklumlah kambing yang diberi makan hampas soya basah ini memang pantas kenaikan berat badannya, gemuk gemuk berkilat.

Sebenarnya perasan tak nenek moyang kita selama ribuan tahun tak pernah minum air soya walau pun teknologi pemprosesan air soya adalah mudah? Kenapa?

Perasan tak nenek moyang kita dalam mana mana budaya semuanya akan peram/ferment dulu kacang soya sebelum dimakan? Tempe, miso, kicap, taucu, tofu, natto semuanya adalah kacang soya yang diperam? Kenapa?

Perasan tak budaya minum air soya/soymilk ni baru saja diwujudkan 30 – 40 tahun yang lalu? Bilamana amerika membuka ladang kacang soya secara besar besaran untuk dapatkan minyak kacang soya (pasal sawit tak boleh tanam kat sana)?

Tahukah kita yang sami sami yang bertapa banyak makan kacang soya untuk mengurangkan secara drastik libido(syahwat) mereka?

Yaa tuan tuan yang dihormati,

Nenek moyang kita memang bijaksana kerana mengetahui sifat pil perancang kacang soya. Jadi untuk mengurangkan risiko kemandulan, mereka peram kacang soya sebelum makan. Pemeraman (fermentation) ni bukan sahaja memudahkan penghadaman tetapi mengurangkan phytoestrogen dalam kacang soya. Nenek moyang kita tak pernah minum air/susu kacang soya.

Kacang soya ni sebenarnya banyak antinutrient,termasuk phytoestrogen yang serupa pil perancang manusia. Ianya bukan sahaja berisiko menjarakkan kelahiran atau memandulkan, tetapi mengganggu perembesan hormon dari kelenjar tiroid dan hormon testosterone dari testikel.

Lemah sendi, tulang cepat reput, yang jantan jadi pondan, yang betina tak boleh atau lambat sangat beranak, goiter (beguk, bengkak leher), lemah berterusan, dan ada lagi penyakit lain.

Sifat utama kacang soya yang aku nak tonjolkan ialah mengganggu hormon pembiakan. Sebab itu nenek moyang kita peram, tak pernah ambil direct kerana mereka mengetahui sifat sebenar kacang soya. Bila peram, mikrob yang terbentuk meneutralkan sebahagian (bukan semua) antinutrien ni. Dan kalau kita perhatikan nenek moyang kita ambil kacang soya diperam sebagai condiment bukannya makanan utama.

Zaman kita digalakkan jadi vegetarian, dan banyak makanan vegetarian dari kacang soya. Habis kacau bilau kesuburan dan keturunan kita. Dan Tuhan yang Maha Bijaksana tidak pernah suruh kita jadi vegan, sebaliknya menyuruh kita mengambil manfaat dari haiwan ternakan yang diciptakanNya dan ditundukkanNya untuk kita manusia.

Apa kesan hampas soya basah kepada kambing kita?

Sama seperti kesannya kepada manusia, yang utamanya merendahkan kadar pembiakan. Ini kerana pemprosesannya masih meninggalkan banyak antinutrien dalam hampas soya basah.

Bagi penternak yang menggemukkan/trading/import kambing mereka dengan menggunakan hampas soya basah, ianya tidak menjadi masalah. Sebab tempoh penggunaan sekejap, setakat 3 – 4 bulan. Walaupun setahun guna, atau 2 tahun, atau 20 tahun sekali pun memang le tak jadi masalah pasal kambing duduk dalam kandang tu sekejap. Memang le tak nampak simptom2nya.

Tetapi bagi mereka yang cuba membiakkan kambing jangka panjang menggunakan hampas soya basah sebagai makanan utama, akan berlaku kegagalan pembiakan besar besaran setelah 4 tahun, dan ada yang lebih awal dari itu. Ini kesimpulan yang aku buat setelah memerhati dan berinteraksi dengan pembiak pembiak berpengalaman.

Tetapi seperti biasa ada juga 'old timer' yang menafikan. So aku nak cerita sikit.

Aku pergi kandang old timer ni, antara yang jadi strong advocate (penyokong kuat) penggunaan hampas soya basah ini. Banyak kambingnya 500 ekor, sistem makan tanggung, semua kambing makan hampas soya basah. Dah lama pun makan, bertahun tahun. Dia kata elok je kambing makan, takde masalah pun, berat cepat naik, kos operasi jadi murah.

Yang dia tak tahu, aku tahu 100 ekor je yang dibiakkan. Lagi 400 ekor diimport atau trading, duduk sekejap je dalam kandang. 100 ekor yang dibiakkan tu anaknya sikit sangat, tak padan langsung. Kambing banyak yang berhingus, ada kaki lembik. Maknanya pembiakan dia tak menjadi, takat jadi showcase saja. Bila aku tanya macam mana kadar pembiakan, old timer ni jawab 'kambing aku beranak tiap tiap 6 bulan, atau 2 tahun 4 kali beranak'.

Dalam hati aku, amendenya jawab macam ini. Itu bukan jawapan yang betul. Maknanya takde simpan rekodlah, main cakap je. Berkokok bukan main. Balik dari kandang dia, aku termenung panjang. Kalau banyak old timer macam ni, susah nak maju industri kita nih.

Habis cerita pasal dia.

Itu hampas soya basah, kalau soybean hull (kulit kacang soya)?

Soybean hull/soya hull tak banyak antinutrient, kira oklah kurang risiko ketidaksuburan, malangnya sifat dia yang tak best ialah transit terlalu cepat dalam perut ruminan. Belum sempat hadam, dah banyak keluar jadi tahi. Memang banyak membazir. So kalau nak guna soya hull kena combine dengan bijiran/grain macam jagung, barley, gandum, padi. Baru pergerakan dia dalam perut ruminan slow sikit, sempat dihadamkan.

Soybean meal?

Mil kacang soya adalah hampas dari pemprosesan kacang soya untuk minyak kacang soya. Terhasil setelah melalui banyak peringkat/pemanasan. Jadi banyak antinutrient dah dineutralkan, walau pun bukan semua. Energy dan protein conversion ratio adalah lebih tinggi dibandingkan dengan soyahull atau hampas soya basah (pasal dah banyak kurang antinutrient). Risiko ketidaksuburan jauh lebih rendah berbanding hampas soya basah. Yang tak bestnya kos tinggi sikit.

Kesimpulannya, atau

The verdict : Hampas soya basah memang cukup cantik atau 'excellent' untuk gemukkan kambing (short term fattening), tapi tidak sesuai sebagai long term feed untuk program pembiakan. Ada risiko benar (real risk) peningkatan ketidaksuburan, baik kambing betina mahu pun yang jantan.

Itu pandangan aku. Terpulanglah kepada tuan tuan untuk menilai.

Salam.

16 comments:

  1. sblum ni pun ade gak dgr psal kcang soya nih..tp xde plak tmbul niat nk tnye ustaz Google..tp ble akhi alwi dh tmbulkn bnde nih.brula tringat blik.hehe...abg aku@awang mmg kuat mnum air soya nih.sekotak sehari tu..kne buat kajian ke atas die nih.haha

    ReplyDelete
  2. Ya awang perlu dibuat kajian lanjut hehehe. Ada kawan pompuan aku, masa mengandung minum v soy hari hari. Nak bagi anak putih melepak katanya. Bila beranak memang putih anaknya (dia pun putih gak kulit). Masalahnya anak dia slow learner, lambat sangat belajar cakap, dan hyperaktif.

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum Wrmbth,

    Memang berinformasi, terima aksih kerana berkongsi, Lagi mantops kalau tuan boleh letak sekali rujukan. Dah macam journal pula artikel dan insyaallah kredibiliti pun sukar dipertikaikan.

    Teruskan lagi penulisan ilmiah.

    UMM BARAQAH RESOURCES
    http://kambinghalal.blogspot.com
    http://hargalembukorban2011.blogspot.com
    http://what-is-aqiqah.blogspot.com
    http://hargakambingboer.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Tuan,

    Penyakit kurap pada kambing ni sangat sukar di basmi dalam kandang aku ni. Ada petua cara nak atasi masalah ni dan cara untuk bulu kambing berkilat dan sihat

    UMM BARAQAH RESOURCES
    http://kambinghalal.blogspot.com
    http://hargalembukorban2011.blogspot.com
    http://what-is-aqiqah.blogspot.com
    http://hargakambingboer.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cahaya matahari yang sampai pada badan kambing dan setiap sudut kandang akan membantu.

      Darah jamna susah nak berkilat.

      High level of nutrition can really help, unless worm load is considerable. Ivermectin should work.

      Delete
  5. Bro..nak share artikel nih di FB arraudhah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tak reti facebook ni, macam mana nak tengok FB arraudhah? Kena buka akaun FB dulu ke?

      Ada orang kedah nak kambing boer. Hari hari katanya jual 2 ekor. Mantap jualannya nih. Aku bagi no hp ko kat dia.

      Delete
  6. Selepas beberpa bulan kambing kandang tak dilepaskan meragut, minggu ni aku dah mula lepaskan kambing ke bawah. Diet sekarang ni ada bagi bawang putih + sebuk kari + molases. Itupun pakai botol susu baru nak makan bawang putih. Macam mana proses pengajaran kambing dengan diet baru ni ya?

    Jual mahal betul kambing2 ni. Hehe. Dalam minggu ni nak cuba suntik ivermectin. Ada cara lain lagi nak tingkatkan keimunan badan kambing? Boleh kongsi tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu diaa.. bawang putih + serbuk kari + molasses. Perghh.. mantap kambing ni nanti. Tapi aku rasa sedikit serbuk kari dicampur dedak dah cukup. Tak perlu bawang putih dan molasses. 30 - 50 gram serbuk kari utk setiap 1 kilo dedak.

      Delete
    2. apa fungsi dedak dicampurkan dgn serbuk kari tu...mohon berkongsi :)

      Delete
    3. Ye nak tahu jg

      Delete
  7. Aku trtarik dgn pnyakit kurap tue.aku prhtikan kmbing aku byk kne kurap.even kmbing pure katjang aku pun kne jgak..jd bile alwi sbut psal chya mtahari tu.adekh dsbbkn kdar klembpan yg agk tnggi d kndg n kurg pnrimaan chya mthari mnyabbkn kurap tu ke?ape rwatan yg brkesan...

    ReplyDelete
  8. Matahari mungkin dah cukup, tapi senaman tak cukup agaknya. Aku tengah kerja keras kejar kambing bagi badan dia tegap dan fit. Wallahu'alam berjaya atau tidak

    UMM BARAQAH RESOURCES
    http://kambinghalal.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. Kurap tu sebab kambing kena hujan.. sebab tu org kata kambing.. ( tak mandi).
      Buh minyak goreng yang dah hitam dekat bhgn kurap.. buh beberapa kali sampai hilang. Kambing tu nti jilat-jilat je bhgn yg buh minyak tu.

      Delete
  10. Hampas soya yg basah dan dikeringkn adakah sama kesannya...masih mentah dlm penternakan

    ReplyDelete