PROLAPSE, DAN DORPER
Terima
kasih aku nak ucapkan kepada semua geng pengkomen facebook yang komen
panjang lebar pada post aku semalam.
Aku
nak ucapkan terima kasih kepada geng pembiak muda bebiri, Isal
Keratong Agrofarm (ahli Persatuan Pembiak) dan Naxz Telaga Emas
Agrofarm.
Terima
kasih kepada tuan Es Emdi dari Lalah River Goat Farm (ahli Persatuan
Pembiak) yang berkongsi kes dan gambar prolapse di ladangnya.
Terima
kasih kepada tuan haji Mohd Nasir Samat dari Sumobek Negeri Sembilan
(ahli Persatuan Pembiak, dan pengerusi protem IGFA) yang sekarang
menternak Dorper dan DorperSumo. Banyak betul tips Dorper yang
dikongsi bersama.
Terima
kasih kepada Fakhrul Azman Mohamad, Anthony Taurindicus, Rassuria
Agro, dan Mohd Faisal Basri atas komen komen anda.
_______________________
Terima
kasih juga kepada tuan Yusof Ishak, Pengurus Projek Boer Nasional
Pondok Tanjung yang cepat beri respon, dan telepon aku pada post ARB
3rd Visit.
Terima
kasih kepada ARB (ahli Persatuan Pembiak) yang share post aku.
Terima
kasih juga kepada semua yang share post aku sebelum ini, misalnya
Penternak Tegar (ahli Persatuan Pembiak) dan lain lain pekongsi.
Terima
kasih kepada Puan NoorAini Nasir (ahli Persatuan Pembiak) yang sering
beri komen di blog aku, dan Don Jenal (ahli Persatuan Pembiak), dan
Zulkifli Muhammad (ahli Persatuan Pembiak), dan Rizal Affendy dari
RDS Farm di Kg Gajah, Perak yang juga ahli awal Persatuan Pembiak,
dan tuan Ahmad Zaki Shaari dari Nurternak di Kedah (ahli Persatuan
Pembiak).
Terima
kasih kepada Khairie Aziz, Al Insan, dan semua pengkomen, dan semua
pembaca blog dan facebook aku.
________________________
Awat
panjang sangat terima kasih aku ni? Macam dapat award je? Padahal
tulis post aje . Ok ok ok masuk cerita prolapse dan dorper.
Aku
tak pernah bela bebiri, jadi ini adalah pandangan semata mata tanpa
pengalaman. Kena tanya geng pembiak bebiri. Diorang jelas lebih arif
daripada aku.
Contoh prolapse, atau rahim terkeluar. Ihsan tuan Es Emdi dari Lalah River Goat Farm. Errr... aku takde mintak kebenaran pun nak publish gambar ni. Jangan marah, jangan saman saya tuan ye!
Berdasarkan
gambar yang tuan Es Emdi kepilkan, itu memang prolapse atau rahim
terkeluar. Dan tak nampak serius macam lain lain kes prolapse - ada
yang habis jatuh terkeluar rahim.
Menurut
Tn Hj Nasir Sumobek, minor prolapse macam itu boleh dipulihkan
kembali. Tolak balik ke tempat asalnya, jahit elok elok, dan....
jangan bagi bebiri itu bersin atau batuk. Kita kena cepat cepat rawat
penyakit batuk selsema bebiri tersebut.
Opps..
jangan bagi bersin atau batuk? Aiseymannn... sensitif betul ni..
Kalau
tuan puan tanya aku, apa yang aku akan buat kalau kena kes prolapse -
sebagai pengamal low input husbandry, aku tak akan penat penat nak
rawat kembali. Aku bukan macam tuan haji Rahim dan isteri dari RZ
BerkatJaya (ahli Persatuan Pembiak, dan ajk protem IGFA) yang
memiliki daya juang tinggi dalam memastikan survival setiap kambing.
Ye
aku nampak brutal. Nampak macam tak sayang kambing, atau bebiri.
Tetapi pengalaman mengajar aku kalau kita sembelih sekarang, itu akan
menyelamatkan kita dari situasi cemas dan kerugian akan datang.
Aku
fikir kalau kambing dan bebiri dah kena prolapse, maka kemungkinan
sangat tinggi, yang kes prolapse akan berlaku sekali lagi. Kita kena
habiskan banyak masa berjaga jaga masa bebiri tu nak beranak.
Aku
tak nak cemas masa musim beranak. Aku 'adopt relax attitude'.
Haaa....
kalau kita biak pedaging, tak kisahlah kambing atau bebiri, lebih
baik kita mudahkan operasi kita. Kita tumpu pada survival majoriti,
bukannya survival minoriti.
Lebih
baik habiskan 80% masa untuk 80% kawanan, daripada 80% masa untuk 20%
kawanan - which makes more sense.
Tetapi
ini kalau biak pedaging. Kalau biak baka, di mana satu induk harganya
cecah empat lima dinar, ini adalah alasan baik untuk 'selamatkan'
bebiri tersebut. Takpe lah high input, kalau pasaran baka terjamin di
mana output kita akan dibeli pada harga tinggi sebegitu.
Berkenaan
Dorper, si bebiri yang memiliki ekor panjang. Kita tahu kambing yang
berekor pendek dan ke atas memudahkan 'mating'. Tetapi bebiri ekor
panjang, dan ini menutup vagina, justeru sukar pejantan nak 'target'
sebaik baiknya. Dan ini menyebabkan ekor Dorper perlu dipotong.
Menurut
tuan haji Nasir Sumobek, pemotongan ekor yang tidak betul menyebabkan
mudah jadi kes prolapse. Ekor jangan dipotong menjadi terlalu pendek.
Baru kurang kes prolpase.
Pelik
juga ni ye... aku musykil betul ni. Ekor punya hal boleh jadi penentu
kekuatan rahim.
Kenapa
pembiak baka bebiri Dorper kat australia tu tak pikir 'kelemahan'
ini. Apa yang aku nampak buat masa ini, ialah Dorper memiliki
kesuburan rendah melainkan kita potong ekornya untuk memudahkan
'mating', tapi dalam masa yang sama, pemotongan ekor tidak betul
meningkatkan risiko prolapse.
Betullah
Dorper memiliki nilai karkas yang outstanding, tetapi pintu kelemahan
ni yang buat aku jadi saspen sekiranya buat keputusan biakkan bebiri
Dorper.
High
input - that is what I see of Dorper right now. Tapi kalau sasarkan
pasaran baka di mana boleh jual mahal mahal - takde masalahlah kita
buat high input.
Hmmm...
adakah ekor Dorper termasuk dalam pengiraan karkas? Dan...
bagaimana dari segi distribusi lemak : daging dalam ekor Dorper, dan
juga nisbah lemak : daging dalam karkas Dorper?
Mohon
penjelasan dari pembiak dan penyelidik bebiri berpengalaman.
*Segala
pandangan di atas adalah pandangan awal seorang pembiak kambing
semata mata. Beliau bukan vet, bukan penyelidik, bukan pembiak
bebiri. Adalah lebih baik bagi tuan puan pembaca untuk selidik lebih
lanjut dengan geng pembiak dan penyelidik bebiri. Mereka lebih arif.
Mereka lebih pengalaman.
Terima
kasih!
....Keratong Agrofarm kena jawab ni.
ReplyDeleteJrg dh komen kt blog prof alwi sbb beliau skrg dh pndi ber fb.jd komen di fb shja.hehe..den stkat ni xprnh alami kes prolapse sma ada utk kmbg dan biri.baka kacukn kmpung kedua2 mgkin jrg brlaku mslh prolapse ni..Dorper mmg baka pdaging trbaik ktegori biri ibrat Boer utk kmbing.jd kkurangn n klebihn bg den lbih kurg sama..sbb tu den guna pejntan Dorper shj utk program breeding.nk tgk ank dia cmna..pejntan saiz sderhana shj..akn diajar utk hdup scra semi-Spartan xleh mnja2 sgt.hehe..
ReplyDelete