Terima
kasih kepada semua rakan ternak yang mengirim sms selamat hari raya
kepada aku. Sori banyak banyak aku tak balas. Slow sikit nak sms sms
raya ni, pasal aku lebih banyak demam dari sihat akibat terlebih
makan ketupat lemang rendang kuih raya. Memang upset bini aku
dibuatnya. Asal raya je demam. Orang lain sibuk beraya sakan, aku
pula terperap kat rumah.
Aku
pelik juga, tiap tiap kali raya, tiap tiap kali makan ketupat rendang
lemang kuih raya, aku demam. Orang lain elok je melantak sampai
bunting 9 bulan perut tu. Aku makan sikit terus demam. Sindrom
penyakit apa pula ni?
Anyway,
semalam aku singgah sebuah ladang kambing dalam perjalanan balik
kampung bini di Jengka. Raya raya pun pergi kandang kambing. Amende
ntah yang tak kena ngan aku ni, lagi bersemangat beraya di kandang
kambing berbanding rumah orang. Masalahnya aku rasa lebih sihat,
bertenaga dan lutut lebih kuat bila pergi kandang kambing tengok
kambing. Bila pergi rumah orang, dia jadi 'strength sapping, energy
draining'. Lemah betul badan, penat sangat rasanya.
Hubungan
aku dengan kambing adalah lebih baik daripada hubungan aku dengan
manusia.
Sah
autistik aku ni. Autistik + introvert + kambing = awi's syndrome.
So
cerita pasal ladang kambing yang aku tersinggah ni. Pemiliknya laki
bini. Yang laki dekat 70 tahun umur, yang bini 40 something, atau 50
something. Dia suruh aku panggil dia kak long. Dulu buat trading dan
importing, sekarang cuba buat breeding. Baka boer, dorper, dan jamna
cross. Sistem intensif, kambing 100 ekor lebih. Pekerja 3 orang tapi
lari masa raya, tinggal sorang.
Masa
raya laki bini ni tak raya, ada kat kandang bagi kambing makan.
Memang bersemangat.
Sekarang
ni sangat mencabar bagi sesiapa yang buat sistem intensif. Dedak
melambung harganya. Kat tempat kak long ni dedak 5811 rm53. Tempat
aku rm48. Jauh juga bezanya tu. Aku takpa lagi pasal buat semi
intensif. Takde lah terasa sangat.
Oleh
kerana input yang tinggi dan pembiakan yang kurang menjadi, maka kak
long ni nak offload banyak kambing dia. Boleh contact aku sapa sapa
nak beli kambing. Kambing dia ok, cuma kurus sikit pasal masalah
pekerja.
Cerita
sikit pasal dedak ni.
Bila
kita bela kambing, dedak atau concentrate ni almost
indispensable tech. Antara teknologi penternakan yang sangat
penting seperti segregation (pemisahan),
fattening (penggemukan) dan
deworming
(nyahcacing). Zaman mesir purba dah wujud pun semua teknologi
ni yakni 4000 tahun yang lampau.
Kalau
sapa sapa yang tak nak guna dedak pun takpe, contohnya yang target
niche market macam grass fed meat. Tapi jenuh la nak menunggu.
Lambat. Pasal tu mahal harganya. Lagi pun kat sini saiz niche market
macam tu terlalu kecil. Lainlah di amerika dan europe di mana wujud
sekumpulan besar 'advanced consumer'.
Dedak
ni kalau digunakan dengan betul, sebenarnya upgrade kita punya
prestasi ternakan, bukannya menjadi suatu beban. Aku anggap dedak ni
a very powerful tool.
Kalau kita pandai guna, kita prosper. Kalau salah guna, memang
terlingkup bankrap.
Ok.
Dedak ni umpama kita memiliki kereta Ferrari. Mempercepatkan kita
sampai ke destinasi walau pun tak selesa, walau pun minyak telan
banyak, walau pun high maintenance. Yang pentingnya laju, cepat
sampai. Kalau tak nak guna dedak, nak guna rumput sepenuhnya samada
cut n carry atau browse, macamlah kita bawak perodua viva atau motor
honda ex5. Sampai gak ke destinasi walau pun lambat. Ekonomikal? Dah
tentu, kalau sanggup menunggulah.
Berdasarkan
observation aku, kambing ni akan mencapai saiz maksimum dia bila
berumur 3 tahun. Kalau makan rumput ajelah. Kalau makan dedak,
separuh sahaja masa yang diperlukan untuk mencapai saiz maksimum.
Cepatlah tu. Kalau suntik hormon atau antibiotik, lagi laju tapi aku
tak rekemenlah.
Praktis
di ladang aku sekarang macam ini (boleh berubah pada masa akan
datang). Aku ada dua kandang sekarang – satu kandang breeding, satu
kandang jantan. Kambing jantan umur 4 bulan aku akan pindahkan ke
kandang jantan untuk masuk fasa penggemukan atau fattening.
Penggemukan.
Bukan feedlot. Secara peribadinya aku tak suka sistem fidlot.
Maknanya kambing jantan aku ni bila masuk fasa penggemukan, aku masih
lepaskan ke bawah untuk dia cari makan sendiri. Dan aku guna dedak
khas penggemuk di mana protein level rendah sikit daripada 5811 tapi
energy level daripada carbohydrate tinggi sikit.
Energy
from carbohydrate. Bukan energy dari protein atau lemak. Protein dan
lemak masing masing membekalkan tenaga juga sama macam karbohidrat
tetapi kecekapan protein – tenaga adalah rendah manakala kecekapan
lemak – tenaga terlalu tinggi.
Boleh
faham ke ni?
Senang
cerita untuk penggemukan aku
prefer guna dedak yang tinggi kandungan bijirin/grain – samada
jagung atau barli atau gandum atau beras. Aku tak suka guna dedak
yang ramuan utamanya tinggi non grain feed. Tak suka kandungan
pkc/pke atau soybean meal terlalu tinggi. Membazir, tak cekap.
Mahal?
Jagung
memang mahal sekarang tapi corn is still the king. Masih sumber
terbaik dan tercekap untuk menghasilkan daging yang berkualiti, yang
lebih sedap, yang lebih pantas tumbesarannya. Tenaga dari karbohidrat
lebih mudah bertukar menjadi lemak yang dimasukkan ke dalam daging
(intramuscular) berbanding tenaga dari protein atau lemak. Lemak
dalam daginglah yang buat sedap, rasa 'juicy'. Bukannya lemak di luar
daging sepertimana yang terjadi bila kita terlebih bagi pkc/pke.
Grain/bijirin
adalah yang terbaik untuk menggemukkan ruminan. Kalau kita nak
kualiti, bukan sahaja sibuk dengan berat hidup, maka lebih baik
masukkan bijirin ke dalam ramuan ration penggemuk kita.
Macamana
dengan barley?
Barli
lebih baik dari segi kualiti sebab ia akan menghasilkan daging lebih
lembut beserta lemak yang bewarna putih (premium grade chevon). Tapi
tak available kepada aku, dan kalau available pun mesti mahal. Dan
setakat ini aku tak perlulah sampai ke tahap nak menggunakan barli
pasalnya target market aku bukannya visible meat kat kedai daging
atau pasaraya.
Prestasi
grain based feed ni macam mana?
Sebagai
ration penggemuk, ye aku puas hati. Dan aku masih stick
macam spiderman ngan
dedak 5180 walau pun naik harga. Bagi jantan median performer aku
boleh dapat 4 – 4.5kg kenaikan berat per bulan, dan bagi elite
performer aku boleh dapat 4.5 – 6.5kg per bulan. Very very nice
sebab aku cuma guna kacukan tempatan dimana pejantan aku 50kg dan
betina aku 30 – 35kg.
That is fantastic result. Hampir
sama dengan gred fullblood yang mahal mahal tu. So dengan input
rendah (baka biasa dan murah, senang jaga) aku boleh dapat output
setara dengan high performance breed. Actually much better kalau
masukkan prestasi kadar kelahiran.
Higher profitability? Yes. Aku
tak rugi malah lebih untung guna dedak. Dulu masa kursus kambing 8
tahun yang dulu, mentor aku beritahu diam diam (tak bagitahu semua
orang yang masuk kursus), bagi pembiakan sistem intensif, setiap 100
induk, pendapatan bersih bulanan adalah rm2400. Masa tu dedak murah.
Tapi berdasarkan praktis aku
sekarang, dimana baka tempatan dan low input husbandry menjadi asas –
pendapatan bersih bulanan bagi setiap 100 induk adalah lebih dari
rm2400. Dan aku sedang beroperasi dalam persekitaran yang lebih
mencabar di mana harga dedak meningkat 100% berbanding 8 tahun yang
dulu.
So itu serba sedikit cerita aku
pasal dedak. Bab penggemukan, belum masuk bab dedak untuk anak
kambing dan ibu yang menyusukan. Lain kali aku ceritalah bila sempat.
Dan sebaik baiknya dedak yang
kita gunakan ada differentiation. Bukan main bantai aje satu
jenis dedak untuk semua peringkat kambing. Baru kena pada tempatnya.
Baru terlaksana keadilan. Baru nampak return on investment. Terang
sikit.
Semua pembiak mahir akan
menggunakan dedak yang berbeza, dedak yang sesuai untuk keperluan
peringkat peringkat kambing yang tertentu. Baru nampak sikit status
'advanced breeder'. Oklah tuan tuan macam dah panjang sangat je ni.
Sapa nak baca ntah panjang panjang.
Jumpa lagi.
Salam tuan, aku dah baca sampai habis. Bole bagi tau tak nama penuh dedak untuk fattening tu? Adakah 5180? Adakah dedak soon soon tu?
ReplyDeleteKalau untuk menyusu yang 5811 kan?
Anak kambing brand apa pula tuan?
Aku dah cuba campurkan marjerin sikit dalam 5% daripada dedak untuk lihat kesan pada kesihatan kulit. Ada kemungkinan tempat aku ni panas jadi kulit kambing kering dan nampak macam kurap. Tapi mungkin juga sebab parasit luar. Nak cuba try test dulu. Tq
Terlebih protein boleh jadi kurap. Kalau dah banyak makan rumput kekacang, jangan bagi dedak.
DeletePulak dah. Protein boleh buat kulit tak sihat ya tuan. Setakat ni aku timbang berat badan memang naik jadi betullah cacing masih terkawal tapi badan pulak naik gatal. Yang lebih best, semua kambing yang berkurap tu dah pernah jadi ibu.
DeleteAku masih cuba cari rujukan kenapa kambing yang dah pernah jadi ibu boleh kena kurap atau kulit kering lebih mudah. Adakah sebab anak sedut susu dan banyak zat diperlukan untuk buat susu dan kurang elemen dalam diet untuk kesihatan kulit.
terlebih protein boleh jadi protein toxicity - bulu gugur, kulit kering, sakit buah pinggang.
DeletePengalaman aku jarang sangat kena kurap kalau kita dah deworm dan makan cukup walau pun rumput sahaja.
Dedak sebelum ni yang ko guna mungkin severely imbalanced. atau garam.
Kurap ambil masa nak pulih. Biasa 3 minggu.
Masa menyusukan, memang depleted ibu kambing. Put them on higher plane of nutrition.
prof aku ada persoalan sikit..boleh tak pelet untuk lembu digunakan pada kambing?dan sebaliknya..
DeleteKurang sesuai, walau pun ada penternak yang kata dia belasah aje guna.
DeleteKambing punya dedak, lembu boleh makan, kuda pun.
Sekejap atau short term semua jenis dedak boleh belasah, long term, 3 tahun, 7 tahun? Itu yang banyak tak lepas.
Oh, penyakit sama pada manusia pun apply pada kambing. Baru2 ni aku beli supplement atas saranan isteri aku.
DeleteTerkejut juga kandungan supplement tu, selenium vitamin b kompleks dan vitamin c. Khasiat pada manusia pun sama. Selenium untuk menggalakkan dpat anak.
Macam mana nak tahu protein dah cukup dalam diet. Kena cari lagi ni. Hehe
Assalamualaikum prof.alwi..
ReplyDeleteAku beraya sehari je,hari kedua masuk kndang.Teruja tgok kambing baru.haha..bab dedak baru belajar hari tu.mmg kne bagi dedak khas utk fattening pejantan.Nnti aku cri dedak penggemuk,kalu jenis soon soon rasanya tak ada kat area sini.Kalau untuk ibu dara first time beranak aku bg Cap Persahabatan dah naik hrga skrg kesan kenaikan harga soya dan jagung di US.Tak apala sebab aku guna untk ibu dara sahja.Kalau guna untuk semua ibu meningkat pulak kos nanti..
Felda Biopalma ada jenis jenis khas untuk peringkat kambing. Kat Serting kot kilang dia, tapi mesti ada distributor kat sekeliling tu.
DeleteBagi kat induk menyusukan ok dah. Dara ni nak bagi boleh, tak bagi pun takpe (kalau cukup makan). Biasanya dara dara ni ntah kenapa kurang selera makan. Kalau bagi dedak, risiko gugur kurang drastik, dan cepat beranak, cepat first kidding dia.
Kalau dah jadi mak budak, dah biasa beranak, selera makan tinggi. Tak yah tambah dedak. Macam orang gak hehe
Ye betul mmg kilang kat Serting,selalu beli pelet lembu kat situ..jarang beli pelet untuk kambing,nanti aku try beli..kalau murah lagi bagus.hehe..
ReplyDeleteProf bole x kalo guna hampas kelapa bag bahan asas buat pallet, macam mana kandugan protein nya..apa Pula kesannya pada kambibg
ReplyDelete