Order Kambing
Hari
Rabu kelmarin, aku ada dua kumpulan pelawat. Mujur kedua duanya
datang belah petang, ketika keadaan aku kurang sibuk.
Grup
pertama, polis. Senior rank dari IPD. Diiringi ketua balai kawasan
aku. Aku ingat datang nak soal siasat, atau buat siasatan lanjut.
Rupanya cuma nak tahu lokasi ladang aku.
Tuan
Ismail. Geng kambing juga rupanya. Dah ada kambing. Adik dia yang
jaga. Dah lama berbelas tahun juga adiknya bela kambing. Cuma tidak
tergerak untuk upgrade ke tahap komersial.
La
ni Tuan Ismail baru je melabur dalam projek kambing adiknya. Dan
semangat adiknya tengah tahap top up penuh, sedang merekrut kambing
kambing baru untuk dilantik sebagai breeder satu paku dua paku dan
tiga paku.
Kebetulan
Tuan Ismail datang ladang aku. Dan dia terus booking pejantan dan
betina breeder untuk ladang adiknya. Great. Alhamdulillah.
___________________________
Rabu
kelmarin juga, Cikgu Suhaimi datang bawak gengnya tiga orang ustaz.
Dari sebuah sekolah asrama penuh di Gopeng. Sedang mencari kambing
untuk latihan amali pelajar pelajar. Stok sembelih punya, bukan stok
baka.
Geng
ustaz ni semuanya sebaya aku, dan dah biasa dengan kambing. Ada yang
dah biasa bela masa kecik kecik dulu, sama seperti Cikgu Suhaimi.
Aku
tahu yang aku pembiak berfahaman radikal. Haluan kiri... atau kanan.
Whatever.. Tetapi aku fikir kalau tuan puan jumpa Cikgu Suhaimi ni,
tuan puan akan nampak seorang pembiak ultra radikal. Jauh lagi
ekstrem dari aku. Kalau dia bukak blog atau facebook, mau 1000 darjah
celsius temperature penulisan dia ni. Jangan marah Cikgu. Gurau je.
:)
Anyway
grup Cikgu Suhaimi ada booking kambing lepas raya korban. Great.
Alhamdulillah.
Dan
kitorang semua setuju jadi cikgu nak mengembala anak murid lebih
payah dari mengembala kambing. Dan aku fikir, dan dah lama aku fikir,
penjagaan kambing patut dipertimbangkan sebagai sebahagian kurikulum
pelajar sekolah. Bagi diorang ada rasa tanggungjawab. Bila ada rasa
kebertanggungjawaban, baru susah nak hanyut ke laut budak budak
sekolah ni. Betul tak?
Tapi
tulah, kalau kementerian setuju, maka setiap sekolah dalam malaysia
ada kandang kambing. Hmmm memang terus mencapai markah maksimum tahap
sara diri ni. Tak yah dah import import kambing. Kita pulak eksport.
Target si kafir australia ni. Biar kita pulak 'kencing'kan diorang.
Asyik kita aje di'kencing'kan sampai habis punah ranap berpenyakit
industri ternakan kita ni. 'Athsmatic' jadinya. aiii...
Anyway,
terima kasih kepada semua grup pelawat hari Rabu sudah yang booking
kambing. Thanks a lot for the visit!
__________________________
Semalam
hari Khamis, JPV datang buat soal selidik ladang. Tengahari. Aku
fikir ini benda yang baik. Soalannya teliti juga. Aku harap pengkalan
data JPV berkenaan penternak di kawasan mereka semakin baik dan
mencerminkan situasi semasa.
Cuma
nya kan, aku tiba tiba rasa penat dengan penyelidikan. Banyak betul
pihak pihak nak buat soal selidik ladang aku sekarang. Rasa nak
tenggelam. Sesak nafas pun ye.
Aku
nak tumpu kembali kepada production ladang aku. Buat masa ni, aku
takde semangat nak layan isu lain.
Salam hormat!
Gembala kambing sbg kokurikulum sekolah..amat setuju.
ReplyDeleteAda seorang teman di selatan thailand, anaknya suka menghabiskan masa kain computer games dekat CC.
Penyelesaian oleh Abi nya dengan membeli 4 ekor kambing. Diberi tanggungjawab menjaga kambing 4 ekor kpd anaknya yg ketagihan computer games itu. Alhamdulillah ada perubahan, bila diselitkan juga cerita2 para anbiya' ketika menjaga kambing.
setuju IDEA gembala kambing jadi kurikulum sekolah.
ReplyDelete