"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Tuesday, June 10, 2014

HARI INI AKU GEMBALA!

Saat saat mengembala kambing memberi peluang untuk kita bertasbih memuji nama nama Tuhan kita - Rabbul Alamin, dan berselawat ke atas penghulu segala Nabi - Muhammad SAW. Marilah kita wahai rakan rakan pengembala, bersama sama mengagungkan Tuhan kita dan tenggelam dalam ketakjuban melihat tanda tanda kebesaranNya!

*Adalah sangat baik jika setiap rakan penternak (dan juga petani) yang Islam dapat mengamalkan ayat 39 surah AlKahfi setiap kali sampai di pintu ladang. Alhamdulillah aku menyaksikan suatu perubahan ketara pada prestasi ternakan semenjak mula mengamalkan ayat ini. (Kenapalah aku tak baca Alquran dan beramal dengannya dari dulu dulu masa baru start operasi? Menyesal menyesal rugi rugi aaaaaahhhhhh!!...). 

Ok. Gambar gambar semalam.

Hari ni tak nak bawak bekal. Mencekik dulu. Sarapan + lunch. Maggi goreng mamak 1! Telur rebus dua biji. (I need those cholesterols. I need those fats).


Reading material for today. 


Kambing dah mula turun kandang untuk meragut. Bersedia untuk digembala yeah babeh!!


Ooppssyy... terbabas masuk kawasan baru diracun. Don't worry takat 5-10 minit meragut takde masalah lagi. Kambing kambing veteran ini dah tahu dan akan berpindah kawasan secara automatik. Yeah ada built in autopilot program untuk melencong ke kawasan ragut yang lebih baik.


 Woii korang ni lah! Mana pi autopilot korang ni? Dah jam ke?


Haa macam tu lah.. aku kena check balik korang punya software ni. Lambat sangat response autopilotnya..


Playing around. Kalau tuan puan perhatikan betul betul, boleh nampak burung bangau. Ada lebih 30 ekor bangau yang mengekori kawanan kambing ni dari mula meragut sampai lah balik kandang. I can't figure out why. Hmmm...


Selfie.. nescafe ais kaw. Gila banyak kafein aku telan hari hari. Aku pikir aku kena masuk rehab. 

Selfie again. Habih nescafe ais, ganti dengan tasbih. Yaaa sama sama kita menyebut nama Tuhan Yang Maha Perkasa.


Selfie lagi. Paris Hilton kaki sibuk. Sibuklah ko ni!


Masih awal. Perut kambing semua kempis kempis


Pindah kawasan meragut


It's dusty here


Even more dusty..


Kawanan dah mula bertebaran, tapi masih satu kepala








Thor pandai rendahkan pokok getah dan makan daunnya


Bucky pejantan primer aku pun pandai rendahkan pokok getah untuk makan pucuknya


Uh oh ada kambing beranak dalam kebun. Tiga ekor anaknya. Alhamdulillah segala puji kepada Tuhan Yang Maha Pemurah. Kena panggil ambulan. Yep..


Sementara menunggu kedatangan ambulan dan pegawai perubatan


Masih menunggu ambulans


The ambulance is nowhere to be seen


First timer meragut. Terkebil kebil gigit dedaun



Terkebil kebil tengok master dia..... kelakar sungguh la... 



Anak jantan ni terlepas dari kandang jantan. Tak sepatutnya ikut meragut bersama kawanan breeder.



Makan daun belimbing liar

Akhirnya ambulan sampai beserta dua medical officer


Anak anak tiga ekor tadi dimasukkan ke dalam guni. Mak kambing yang baru beranak tadi? Ikut aku. Ikut kembali kawanan meragut. Makan seperti biasa. Dah balik kandang nanti, baru jumpa balik anak anak dia. Tiada ubat dan special treatment diberikan. Air kosong sahaja. 


Diusung ke ambulan. Have a good ride kids!!


 Di kandang. Looking good.


Bila balik meragut, kambing kambing dibiarkan sebentar dalam kandang untuk bebas minum air dan jilat garam. Lebih kurang 15 minit masa rehat. Kemudian mula diasingkan bagi yang dah masuk petak beranak. 

Ok. Cukuplah kot buat post kali ni. Terima kasih semua yang membaca!

Selamat membiak!!











5 comments:

  1. Beautiful, speechless & inspiring lah prof! (adil).

    ReplyDelete
  2. dear alwi. terima kasih kongsi pengalaman.

    ReplyDelete
  3. Sejak blog ni mengamalkan polisi byk gambar dlm setiap post, feelnya makin menusuk kalbu setiap kali membaca blog ini.

    ReplyDelete