"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Sunday, June 29, 2014

DITERJAH RAKAN PEMBIAK : TAJ

Baru baru ni aku diterjah seorang rakan pembiak dari Bandar Baru Bangi seksyen 8. Prof Dr Tajul Anuar Jamaludin. TAJ. Atau Dr Tajul.

Dr Tajul adalah geologis di UKM. Selalu keluar TV utamanya Astro bila wujud peristiwa tanah runtuh di seluruh Malaysia. Aku pernah sampai kandang dia, yang terletak dalam tanah rizab, bawah line api TNB, dikelilingi rumah teres.  

Ada tanah. Ada orang. Ada.... dengki.

Banyak komplen dan 'harrassment' yang diterima - daripada orang yang sama. Sama yang terjadi kepada seorang lagi kawan pembiak aku dari Bangi. Asyik kena komplen walhal dari segi indeks pencemaran bau, sahih takde. Yang peliknya yang komplen ni - orang 'educated'. Sepatutnya orang terpelajar ni tahulah asal usul makanan yang terhidang atas meja dia tu dari mana. 

Takkan makanan muncul dari kilang yang bersih bersih? Kan makanan tumbuh dari tanah yang kotor?

Crazy idiot punya orang. Tak nampak realiti pengeluaran makanan. Takkan semua tanah hanya untuk perumahan atau kedai  atau taman rekreasi ye tak? 

Yang aku nampak akan wujud satu orang dalam mana mana kawasan perumahan yang akan bantai kita sampai kita tutup kandang. Dia sorang aje. Orang lain takde masalah pun. Tapi dia sorang ni lah, akan 'berjihad' guna apa sahaja cara sampai lemas kita dibuatnya. Biarlah super hygienic lima bintang world class sekali pun ladang kita, mamat sorang ni tetap tak puas hati. Itulah pengalaman rakan rakan pembiak yang buat kandang berhampiran kawasan perumahan. 

Sentiasa wujud si 'lunatic' yang cukup anti dengan kambing kita. Obses nak 'shutdown' kita punya operasi. Dumb ass idiot....

Ok. Balik kepada terjahan Dr Tajul. Sorry tuan puan. Aku kurang kafein bulan puasa ni. Jadi otak aku tak berapa tenang. Dr Tajul datang dengan anaknya Tajul Aiman. Kepada Tajul Asyraf yang tak dapat datang kerana gilirannya menjaga kambing - Salam sejahtera! Tahniah atas disiplin anda!

So Dr Tajul sekarang tengah buat relocation ladang. Dari Bangi pindah ke Tanjung Tualang pekan udang galah. Tengah rancak buat kandang. Besar juga weh! 30'x100'. Memang nak buat secara serius. Anaknya Tajul Asyraf lulusan Sains Penternakan dah buat keputusan nak jadi penternak kambing sepenuh masa. Bagus bagus! Lagi muda start bela kambing, lagi cerah masa depan industri.

Dr Tajul sebenarnya selari pendapat dengan aku. Kitorang percaya dengan potensi genetik tempatan. Tuhan dah jadikan setiap tempat ada penghuni dan kelebihan masing masing. Dan kelebihan ini sepatutnya digunakan sebaik baiknya, bukan dibiarkan atau disembunyikan kebenarannya. Negeri lain ada boer yang cepat naik berat, kita pula ada kacang yang cepat kadar beranaknya. Negeri lain ada ginseng, kita pula ada tongkat ali. Dan seterusnya....

Apa yang pentig ialah genetik tempatan mesti dihargai, sentiasa giat dikaji, dan menjadi tunjang dalam proses pengeluaran makanan. Mesti ada usaha pemeliharaan. Mesti ada pemuliharaan. Mesti ada kesedaran ini bagi setiap peladang, dan policy maker, dan pelaksana polisi, yang ingin menyahut cabaran meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara.

Ok. Kambing Dr Tajul sekarang sedang membiak elok. Semuanya genetik tempatan. Harapnya dengan relokasi ini, usaha ternaknya semakin bertambah baik. Makin berkembang biak. Kita semua doakan yang terbaik buat usaha beliau. 

Terima kasih kepada Dr Tajul kerana melawat ladang aku!


1 comment:

  1. Macam tu perangai manusia. kita doakan orang yang mempunyai hati yang busuk itu sentiasa diberikan taufik dan hidayah dan kesedaran.... akan ada satu masa nanti mereka terpaksa jugak menyembah ke ladang kambing kita....bila anak cucu kena sakit kuning, bile diri sendiri kena penyakit canser....penawarnya ada di ladang kambing kita yang amat dibencinya itu.....Allah jadikan susu kambing sebagai makanan kesihatan serta ubat kepada pelbagai penyakit.....Allah maha adil...Ma sya Allah, la kuata Illa Billah....

    ReplyDelete