"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Tuesday, May 20, 2014

UMPAN YANG TIDAK BERKESAN

Beberapa hari yang sudah, ada orang datang ladang. Offer dedak 27% protein pada harga $49 per beg. Biasanya dedak yang aku gunakan cuma 14-15% protein. Harga $49 per beg.

Dia datang siap bawak analisis, dan sampel. Suruh aku cuba. 

Tapi yang anehnya dia suruh aku diam diam. Kalau beli dedak ni, jangan bagitahu kat orang lain. 'Black market' katanya. Abang dia kerja dengan syarikat, dan kerjanya bawak lori dedak syarikat, katanya lagi.

Jadi aku dah faham. Ada unsur penyelewengan. Mungkin abang dia senyap senyap curi sikit sikit dedak yang dibawanya. 

Sorry. I am not interested. Thank you very much. 

Aku tak nak layan orang macam ni.  Kalau aku termakan dengan umpannya, aku tahu, dan aku tahu sangat sangat, keuntungan aku cuma sekejap, tapi aku akan merana sepanjang panjangnya di kemudian hari. 

Semoga Tuhan memberi rahmat dan hidayah kepadanya.

Salam!


1 comment: