Lalah River Goat Farm ada buat blog post pasal lawatan dia ke ladang kambing Tuan Amran Sharif di N9. Dan aku sangat tertarik bilamana Tuan Amran kata susu boer lebih creamy lebih sedap.
Benar. Aku setuju. Susu boer memang sedap.
Tapi aku tak tahu kenapa. Pelik juga ye, boerkan dari zon panas kering. Berbeza dengan cuaca kita yang panas lembap. Dari segi production memang patut kuranglah sebab merentas zon cuaca, tapi dari segi 'kekriman' macam mana pula?
Ada sapa sapa dah buat kajian?
Mungkin tujuan boer sebagai pedaging ialah - tempoh laktasi pendek, jadi susu yang dikeluarkan mestilah berlemak tinggi untuk sustain growth rate anak anaknya. Baru anak anaknya cepat membesar sebagai pedaging.
Boer kurang kuantiti susu, tapi dia 'cover' aspek lain pula - kualiti susunya.
Rasa rasa akulah. Boleh salah habis hipotesis aku ni.
Apapun, ada tak mana mana ladang kambing susu yang buat large scale milking guna baka boer kat Malaysia ni? Ado ko?
Hellooo!! Bolehkah kami baka pedaging ditransformasikan menjadi baka susu? Sapa sapa tahu?
Salam!
Insyaallah boleh.. campurkan semua baka bg create new sanen n boer (Made in malay)
ReplyDeletecampur campur rojak rojak yeah babeh!
ReplyDelete