"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Thursday, May 1, 2014

KULI VS ASSOCIATE

KULI VS ASSOCIATE

Dalam kuliah pengurusan bisnes, pekerja (worker) lebih baik diistilahkan, atau dipanggil sebagai rakan firma (associate). Tujuan utamanya meningkatkan moral. Dan nampak lebih kemanusiaan.

Macam Kementerian Peperangan (War Ministry) lebih sedap dan sopan bunyinya kalau dipanggil Kementerian Pertahanan (Defence Ministry).  Atau toilet dipanggil rest room. Atau War On Islam dipanggil War On Terror. Aaa.. nampak berhemah. Nampak berlapik.

Tapi fungsi tetap sama. Istilah je berbeza. 

Dan masa aku mula mula set up operasi kambing, di kawasan pertanian yang dipenuhi imigran, aku teragak agak nak guna istilah kuli. Tak selesa, langsung tak selesa nak panggil atau tanya "ko ni kerja kat mana? kuli siapa?". Nampak macam istilah kuli ni lebih kepada 'slave labor' atau hamba abdi.

Tapikan, sebenarnya katanama kuli tidak membawa konotasi negatif atau rasa hina di kalangan penduduk tempatan dan imigran. Ianya sangat normal. Takde apa apa pun. Aku aje yang terlebih saspen. 

Kuli ke, pekerja ke, associate ke, janji moral tinggi. Kerja jalan takde tuang tuang. 

Dan nak maintain moral pekerja yang tinggi adalah satu cabaran pengurusan. Lebih lebih lagi dalam bidang pertanian dimana gaji yang rendah menyebabkan moral pekerja rendah. Senang lari pekerjanya. 

Dan ditempat aku ni, tauke Cina biasanya dianggap paymaster yang rendah (bayar gaji rendah) tapi boleh haraplah. Manakala tauke Melayu dianggap paymaster yang tinggi tapi selalunya tak reliable. 

Tapi dalam masa yang sama, 'worker abuse' atau pengabdian, adalah lebih banyak di kalangan tauke Cina. Tauke Melayu kira sopan sikit. Tinggi sikit nilai nilai kemanusiaan. Mungkin disebabkan budaya.

Apa pun, bila aku pergi melawat ladang ternakan atau projek pertanian, antara soalan favorite aku ialah 'dah lama kerja dengan tauke ni?'. 

Haa.. pasalnya bagi aku, kemampuan atau kesetiaan seorang pekerja kepada majikannya boleh menggambarkan roh usaha ternak itu sendiri. Aku percaya moral pekerja adalah petunjuk kuat akan kemungkinan kejayaan operasi itu pada masa akan datang. 

A very reliable indicator.

Bagi operasi aku 3 tahun yang pertama, aku tak guna pekerja, buat semua kerja sendiri. Lepas tu baru ambil pekerja. Itu pun pasal bini dah emergency sangat nak beranak sulung. Jadi gedebuk gedebak, adalah lebih kurang 6 tahun pekerja aku bersama aku.

Baru 6 tahun.

Jadi bila ada pekerja yang boleh bertahan 10 tahun, dan ke atas, dengan majikannya dalam bidang pertanian yang serius dengan isu pekerja lari, memang aku tabik kepada dua dua - pekerja dan majikan. 

They are doing something right.

Jadi aku nak ucapkan syabas dan tahniah kepada semua golongan petani penternak dan nelayan yang membina kesetiaan pekerja. Mereka adalah majikan yang tahu menghargai pekerja. 

Syabas! Dan Selamat Hari Pekerja!

Nampak tu jang? Gaji minimum $900 sebulan. Keroje 8 jam satu hari. Lebih masa kono bayar overtime. Pekerja den keroje 5.5 jam sehari - basic pay $900. Bolum campur bonus. Terbongkang den hahaha.. 

Salam Hari Pekerja!

*Ada sebilangan pelabur (investor) yang mengambil pendekatan unik sebelum melabur. Mereka akan kaji dulu skala gaji antara pekerja terendah dan tertinggi. Sekiranya nisbah gaji lebih 1:21, maka mereka anggap bisnes itu tidak stabil, wujud jurang pendapatan terlalu luas, dan akan menuju kehancuran.

Warren Buffet kot..







No comments:

Post a Comment