"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Wednesday, May 21, 2014

HARI INI AKU CARI NAPIER!

Untuk Diego si kuda. Tak lalu ah nak cari untuk kambing.

Biasanya aku lepaskan Diego makan sendiri di luar. Tapi ada pula si apek kebun sayur yang bising bising kata Diego makan sayur dia. Aku malas nak bertekak. Jadi aku simpan dulu Diego dalam ladang. Tak cukup rumput. So kena cari rumput extra. 

Mari saksikan kemalasan aku mencari rumput!

Oopss! Oppa gangnam! Habih berkarat sabit rumput. Lama sangat bertahun tahun tak 'ngarit' rumput. Kena asah dulu. 

10 minit kemudian.. nampak 'sharp and shiny'. Bolehlah ni.

Aha... banyak rimbunan napier yang cantik berhampiran jirat Cina. Dari dulu sampai sekarang, memang cantik cantik napier kat kubur Cina. 'Special grade' punya baja kot kih kih..


hmm... mahal oo kubur Cina.. antara $15,000 ke $50,000 bergantung kepada saiz dan kualiti batu

Sebenarnya kubur Cina banyak sangat makan ruang dan tanah. Extravagant. Mengurangkan kawasan untuk bertani. Tapi agaknya dah mula ada idea nak tanam 'edibles'. Macam kubur ni. 

oh ada pokok nenas! Nice..

ok balik kepada cerita napier. Rimbunan napier yang aku nak potong ni bersebelahan kebun keladi. Luas juga ye..

Napier yang aku nak potong

Napier gatal dan mudah melukakan. Kena pakai sarung lengan.

Bentangkan tali getah dari tiub tayar motor terlebih dahulu. Senang nak ikat napier nanti. 

Start potong dan kumpulkan. Aku pernah dua tiga kali jumpa ular yang melepak pada celah celah napier. Senang nak salin kulit pasal napier jenis 'menggigit'.  Jadi kita kena hati hati.

Nampak tak bekas cantasan? Sebenarnya kurang elok buat macam ni. Sebaik baiknya terus cantas habih. Biar sama rata dengan tanah. Besok besok napier akan tumbuh lebih cantik dan lebih tenaga.

Siap! Hehehe sikit aje. Nampak sangat malas aku ni. Kepada semua penternak yang mampu carik napier/rumput/foraj satu van atau satu lori hari hari - wa tabik sama lu orang!!

Testing.. testing.. Oh Diego memang suka makan napier. Tak sesia aku cari!

Ah menyibuk lah si boer ni. Kambing aku yang lain tak dak pun nak menyibuk kacau napier. Boer je kaki sibuk. Semua makanan Diego asyik dikebasnya. Geram sungguh.

Aku longgokkan aje napier kat tanah. Takde cincang cincang. Aku bukannya ada mesin cincang.

Datang menyibuk lagi budak boer dua ekoq nih. Haru sungguh!

By the way, apek kebun sayur yang bising bising kat aku baru je pasang tali penghadang keliling kebun. Bagus! Takdelah susah susah aku nak kurung dan cari rumput untuk Diego. 

Ok. Itu episod cari rumput. Yang jarang jarang aku buat. Dah bertahun tahun tak cari. Nasib baik kenal lagi napier. Bye!

Selamat membiak!






3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Ikat jer Diego kat jierat Cina......ada kaw.an (kat bawah tu) jugak nak sembang2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tapi kesianlah kat Diego. Kat jirat Cina ada satu padang luas boleh berlari. Saya seronok dapat tengok Diego lari kencang. Ada magic dalam larian kuda.

      Delete