"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Monday, May 12, 2014

MELAWAT TERJAH RAKAN PEMBIAK : KG SG DADEH

New look project. Remarkable resilience.

Lepas transit di ladang Tuan Zahar, aku ke nod seterusnya - Ladang Kambing Sg Dadeh di Temoh Stesen, Temoh. Projek ni dah lama, dan ada kaitan dengan PPK Temoh. Aku rasa dah 7 tahun projek ni berjalan. Pelbagai cabaran sangat besar dilalui, dan alhamdulillah projek pembiakan ruminan kecil ini masih bertahan. Syabas!

Ok. Secara ringkasnya masa awal projek, pengurusan dinasihatkan untuk membiakkan 160 ekor induk kambing import dari zon cuaca panas kering, dan menggunakan kaedah lantai pasir. Tiada kandang atas dibina sebagaimana kelaziman penternak tempatan. 

Baka baka yang mahal ini diimport direct dari australia. Dan pengurusan menghadapi tekanan sangat besar dalam menguruskan isu isu kesihatan dan pembiakan baka asing ini. Akhirnya, kandang atas dibina juga, dan tiga tahun selepas projek biak bermula, kambing kambing import ini dilupuskan atas isu kelemahan prestasi pembiakan yang serius. 

Bertukar kepada bebiri. Dorper tulen dan kacukan dorper.  Dan tenaga pengurusan bertukar juga. Lebih muda. Daripada 160  bilangan induk  bebiri,  dalam masa empat tahun, berkembang kepada lebih 400 ekor, dan terkini 312 ekor. 

Adapun semasa awal tahun ini, pengurusan berhadapan dengan kematian besar besaran bebiri disebabkan serangan pneumonia. Daripada 400 ekor tinggal 312 ekor. Rupa rupanya dorper ni kena dibuat mass antibiotic setiap enam bulan untuk merendahkan risiko serangan pneumonia ke tahap minimum. 

Kalau takde program ubat sebegini, memang mudah kena serangan pneumonia. Hmmm... aku rasa ada vaksin pneumonia untuk ruminan kan? Tapi takpe. Sekarang dah recover, dan stabil. Harapnya usaha pembiakan bebiri projek ini akan berjaya dan terus berjaya.

Dan berdasarkan pemerhatian aku, projek ni sekarang fokus kepada bebiri kacukan. Lebih mudah penjagaannya, lebih rendah input, lebih viable, lebih .... produktif. 

Baik. Gambar gambar lawatan aku ke ladang bebiri ini. 


Kaedah lantai pasir ditinggalkan. 


Haa bertukar jadi kandang atas seperti kelaziman penternak kambing. Ada tiga kandang yang panjang panjang. Semuanya dipenuhi bebiri. Majoriti ialah jenis kacukan. Yang ini kandang paling kanan. Kandang tengah jadi wad bersalin. 


Ada skybridge antara kandang. Woohooo...



Eh ada pokok naga celah celah kandang?



Kandang terbaru. Cantik betul kandangnya..



Batang jagung yang dimesinkan. Tapi masih besar saiznya. Kurang sesuai untuk ruminan kecil. Terpaksa, sebab mesin yang sesuai dah dua bijik rosak. Mesin no tiga lasak sikit tapi tak boleh memotong batang jagung kepada saiz yang lebih kecil.



Yaaa lagi batang jagung! Muat lori 3 tan. Supply batang jagung ni free aje.

Yeah IT'S FREE babeh!!

Dengan syarat, motong sendiri. Ada banyak ladang jagung sekitar Ipoh. Boleh runding dengan tuan tuan punya ladang. Kalau malas nak potong sendiri, kena bayarlah. Lebih kurang $150 - $180 per lori. 

Bekalan batang jagung sebanyak ini untuk 300 ekor bebiri tahan 2 hari.  Selang sehari pergi ambik supply. Ladang ini juga ada napier 10 ekar bawah line api. Bebiri di sini ada selingan batang jagung dan napier. Oh dedak pun ada - 50kg sehari.

Bebiri diberi makan 3 kali sehari. Yaa... ini teknik membesarkan bebiri dan kambing lebih pantas (bagi sistem intensif atau makan tanggung). Kuantiti makanan sama. Cuma bilangan pemberian dibahagi kepada pagi, petang, dan malam.  Lebih efektif sebegini.

Dan ada apek yang bela >1000 ekor kambing pedaging berhampiran kawasan ini hari hari guna batang jagung untuk kambing kambingnya. Hari hari pergi ambik kat ladang jagung yang sama. Dan dia menggunakan dedak itik, bukannya dedak kambing untuk kambing kambingnya.  



Nampak tak bezanya? Yang besar sebelah kanan, anak kambing susah nak makan. Yang kecil belah kiri, saiz yang lebih sesuai. Tapi ini batang jagung. So pilihan terakhir. Bebiri akan makan dulu daun daun jagung. Batang batang ni dibiarkan dulu. 

Potongan kecil menjimatkan. Tak banyak membazir. Biasanya 75 guni batang jagung cincang akan diberikan setiap hari kepada semua 312 ekor bebiri ni. Bila dipotong besar besar, 10 guni dibazirkan. Cuma 65 guni yang dimakan.

Kalau potong kecil, cuma 1-2  guni dibazirkan setiap hari. Banyak beza penjimatan tu.. kiloooooometer weh!



Palung makan yang penuh batang jagung. 















Rumah bos yang atap merah tu. Ada dua pengurus dan dua pekerja di sini. Aku kenal Zairul, 29 tahun, masa di MJ Fatonah. Dia lah pengurus projek bebiri sekarang. Zairul ni dulunya photographer, tapi sekarang full time jaga bebiri bilamana ayahnya minta tolong. Anak bini Zairul dok KL. Jadi weekdays kat ladang. Weekend kat KL. Dan sekarang Zairul dibantu oleh...



Izwan. Sepupunya. Umur 28 tahun. Bujang. Dulu kerja gomen. Berenti. Full time menternak bebiri. Sekarang dia lah vet untuk 312 ekor bebiri. 



Bebiri ni sakit. kaki belakang lumpuh. dah bagi calcium injection. Tapi belum nampak tanda tanda pulih. Sapa sapa tahu apa nak buat? Nasib baiklah makanan penuh terhidang depan mata. Fuuhhh mewah mewah..



Inilah mesin kisar batang jagung. $1500. Dia boleh potong jagung besar kalau jagung besar tu termasuk dalam mesin. Tapi itulah, saiz potongannya kurang kecil, kurang sesuai untuk ruminan kecil. Lebih sesuai untuk lembu. 



Mesin lama yang dah tersadai akibat 'bearing' selalu pecah. Kalau baru mesin ni harganya >$2500. Macam mesin tebu. Dia akan lenyekkan dulu batang jagung. Lepas tu baru dicincang halus halus. Kelemahannya ... terus 'jam' dan pecah bearing  kalau kerap termasuk jagung. Sekali repair bearing pecah kosnya $250. Kena bawa ke Teluk Intan pula tu. Sebulan dua kali pecah bearing. Halamakkk... kopak tauke dibuatnya..



Bye kiddie! Makan kuat kuat ye! Bagi tauke kamu cepat untung hehehehe...

Ok. Itu sahaja buat kali ini. Terima kasih kepada Zairul dan Izwan kerana membenarkan aku melawat projek bebiri diorang. Harapnya usaha biak tuan tuan bertambah maju. 

Terima kasih di atas sumbangan tuan tuan dalam usaha meningkatkan pengeluaran kambing dalam negara dan sekuriti makanan rakyat! Dan terima kasih kerana sudi menjadi golongan pelapis untuk masa depan gudang makanan negara!

Terima kasih kerana sudi menjadi golongan penternak petani dan nelayan!

Salam pembiak!

No comments:

Post a Comment