"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Tuesday, May 13, 2014

MELAWAT TERJAH RAKAN PEMBIAK : PENJARA TAPAH

Exotic no more.

Di Penjara Tapah, ada satu projek kambing. Ia dijadikan sebagai suatu cara rehabilitatif kepada para banduan. Ada dua warder yang menjaga, dan empat banduan yang sentiasa bertukar tukar, untuk projek kambing ini. (Free labor oh yeahh!!)

Projek kambing penjara ni bermula 2009. Jadi usianya menjangkau 5 tahun. Dah dikira berpengalaman, dan sudah tahu selok belok  penternakan kambing, dan... dah nampak realiti atau suasana sebenar industri. Dah nampak realiti pasaran. Dah nampak realiti pengeluaran. 

Ok. Objektif projek ialah kambing pedaging.

Pembiakan kambing pedaging. 

Dan pada awal projek, sepertimana yang sering sangat terjadi kepada bakal penternak dan penternak baru - mereka dinasihatkan untuk bermula dengan baka baka 'yang kurang sesuai' dengan kehendak sebenar pasaran, atau 'kurang sesuai' dengan realiti produksi. 

Cuma kali ini, baka yang dinasihatkan bukanlah baka zon panas kering, tetapi baka tropika... yang eksotik. Jamnapari. Elegan. Manja.

Bagi aku, jamnapari adalah baka tenusu yang baik. Cuma ianya kurang sesuai untuk tujuan pedaging. Mana mana penternak yang nakkan susu kambing baik sebagai pendapatan sampingan atau pendapatan utama, takde masalah nak biakkan jamnapari. Dipersilakan. Tapi kena bersedialah dengan high input. Ini kerana jamnapari akan perform baik sekiranya input kita tinggi. 

Sekiranya input kita rendah, sebagaimana yang kita nak buat ke atas kambing pedaging - maka kita tak akan dapat ekstrak potensi sebenar jamnapari. Malah kita akan lihat penurunan ketara dari segi kualiti kambing baka jamnapari. 

Keep in mind. Jamnapari - high input, very high output. Low input? Terus kaput. 

Ok. Projek kambing penjara ni pernah mencecah 70 ekor. Tapi sekarang ada 46 ekor. Dan sedang dikurangkan. Sebabnya? Dalam proses bertukar kepada kambing kacukan tempatan.
Genetik tempatan. Derivatif tempatan. 

Lebih mudah, lebih sesuai, lebih rendah input - dalam usaha mencapai objektif asal - pembiakan kambing pedaging. 

Gambar gambar sekitar ladang. 

Jeng jeng jeng.... bersih yang amat! Hari yang aku pergi melawat (semalam) adalah hari cuti. Kalau hari kerja, takde sebutir tahi pun bawah kandang atau di lantai kandang. Wooohooooo!!!


Jangan main main... absolutely hygienic and absolutely manicured... phewittt! (dibantu oleh buruh percuma, of course..)


Semua tahi kambing dilonggokkan dan dibakar. Tuuu..... hmm.. subur dan cantik betul laman kandang kambing ni kan?


Dalam kandang. Left wing.. ke right wing? Aku dah tak ingat.. sorry. Tapi memang bersihkan? Respek respek!

Pejantan jamnapari. Aku rasa tak berapa kuat darah jamna. Banyak cair dah ni. Tapi pembekal kata jamna ori. Harga pun harga ori lah. Biasaklah hehehe.. Tapi sekarang bilangan baka jamna dah berkurang. Dijual sedikit demi sedikit. 

Hai! Main sorok sorok?

Up for sale! Any interest?

Ada juga bebiri baka barbados blackbelly. Dulu dibeli untuk dibiakkan. La ni untuk dijual. Nak fokus kepada kambing pedaging baka kacukan tempatan. 


Bebiri baka santa ines. For sale. 


Garam jilat bertukar seperti yang aku sarankan. Dedak kambing pun bertukar seperti yang aku sarankan. 

Semua kambing dan bebiri ini dilepaskan di kawasan ladang sawit penjara yang luasnya dalam 70 ekar. Dulu main lepas aje, sekarang digembala seperti yang aku sarankan. Bila para ruminan kecil ini balik waktu tengahari, ada topup lagi rumput yang dipotong dan dimesin (tiada dalam saranan). Topup lagi dengan sedikit dedak (tiada dalam saranan). Pehhhhh..... buruh percuma lah katakan... untung untung..

Molasses tidak lagi digunakan dalam air minuman kambing.


 Department kambing dan bebiri yang beranak. Wad bersalin. Cantiknya anak kambing tu!



Antara betina kacukan yang dibeli dari ladang aku tahun sudah. Kecil. Tapi muda muda dah beranak. Anak dah hilang ntah ke mana. Suka masuk petak petak lain. Dan perut kambing di atas sentiasa nampak 'full', baik lepas meragut, atau pagi besoknya. Hinggakan pihak pengurusan risau dan bagi ubat kembung. Which does not work. Perut dia tetap nampak kembung. 

Aku pun ada aje kes kambing macam ni. Nampak kembung memanjang. Tapi takde masalah kesihatan. Probably pesen rumen dia macam tu. 


Hai puan bebiri! Hai anak puan bebiri! Bestlah you! Dapat first class punya wad bersalin!


Oopss... ada loji kumbahan di sebelah. Adakah ini memberi kesan kepada usaha pembiakan kambing? I don't know.. Mungkin takde apa apa kot.


Tembok tebal lagi tinggi itu ialah penjara wanita. Yang jantan punya nanti aku tunjukkan.


Mesin cincang rumput. Mari tengok hasil cincangannya..


Oppss... halus! Kurang sesuai untuk ruminan kecil. Tak boleh besar sangat. Tak boleh kecil sangat. Sekiranya saiz sebegini berterusan diberi kepada ruminan kecil, dalam jangka masa panjang, rumen mereka akan menjadi lemah. Kecekapan menurun. Mereka tak boleh gemuk dengan foraj sahaja. Dan bila sistem penghadaman lemah, akan wujud pelbagai masalah kesihatan lain. 


Silaj pun ada dibuat. 


Dispensari ubatan. Kemas dan tersusun. Aku punya berterabur tunggang langgang..


Mesti sedap buah betik yang dibaja dengan baja tahi kambing yang organik, kan?


Penjara lelaki. Panjang wehh.. tak muat kamera aku. Pagar tiga lapis. Siap ada parit.  ... ada chance nak escape ko ni?

Baiklah. Itu sahaja buat kali ini. Aku nak ucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan penjara kerana membenarkan aku melawat ladang kambing mereka. Dan terima kasih kerana sama sama menyumbang dalam usaha meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara. Aku berharap usaha ternak kambing mereka akan bertambah maju. Syabas!

Selamat membiak! 


3 comments:

  1. perghh..penjara pun ko bleh msuk ye alwi.klasss gituu..smoga penghuni pnjara yg mnjga kmbing ni insaf n kluar jadi pngembala kambing brjya nnti.Insyaallah..

    ReplyDelete
  2. Best,Bro!!...semua orang boleh jadi penternak!! (Es Emdi)

    ReplyDelete
  3. masa keja kt bt.gajah dulu slalu gak hantar org salah ke pnjara ni,x tau plak ada projek ternak kambing..

    ReplyDelete