"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Sunday, May 4, 2014

UNSEAT THE HIGH KING OF KAMBING!

Ada King of Kambing, yang Tuhannya satu.

Ada High King of Kambing, yang Tuhannya banyak.

Ada juga Queen of Kambing, yang Tuhannya banyak juga.

Ketiga tiga watak di atas adalah pengimport utama kambing ke dalam pasaran Malaysia. Dan bekalan utama kambing mereka adalah dari Australia, sebuah negeri yang tiada kepercayaan rasmi kepada Tuhan yang Satu.

High King of Kambing telah menjadi terlalu besar. Raksasa. Saiz Godzilla. Monopoli pasaran. Bila ada entiti yang memiliki kuasa monopoli, makanya ia ada kuasa bermain main dengan harga, ada kemampuan memanipulasi pasaran. Dan ia telah pun mengaktifkan kuasa tersebut.

Dan aku fikir, situasi ini tidak patut dibenarkan terjadi. Tidak patut dibenarkan terus berleluasa. Monopoli High King of Kambing mestilah dipecahkan.

Maka aku menyeru kepada rakan rakan penternak kambing yang Bertuhankan yang Satu sekalian, yang telah membuat keputusan untuk mendapatkan bekalan kambing import atas apa jua sebab - dapatkanlah bekalan itu daripada King of Kambing yang sama kepercayaan dengan kita, atau ahli ahli pakatan King of Kambing, atau dapatkan bekalan daripada mana mana pembekal yang berkongsi kepercayaan dengan kita.

Ye.. Lebih baik kita bersama sama pecahkan monopoli High King of Kambing yang merupakan suatu ancaman kepada keselamatan kepercayaan mereka yang Satu Tuhannya.
________________________

Adapun usaha menjatuhkan High King of Kambing dari singgahsananya, atau lebih tepat lagi, memecahkan kuasa monopolinya, - adalah misi sampingan sahaja. Side quest.

Main quest atau misi utama adalah tetap berjuang untuk menegakkan dasar pandang usaha biak tempatan. Membangunkan usaha usaha pembiakan tempatan menggunakan sumber dan darah tempatan. Inilah usaha yang pasti meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara, memelihara kedaulatan dan maruah, dan membebaskan diri daripada kebergantungan kepada golongan kafir. Inilah sejelas jelas sebaik baik misi. The Quest.

Dasar import yang berterusan hanya akan membuka ruang untuk kemunculan Godzilla demi Godzilla. High King demi High King. Monopolist demi Monopolist.

Sebaliknya yang terjadi bila kita menggunakan dasar pandang usaha biak tempatan. Tiada siapa yang akan mampu memonopoli pasaran walaupun memiliki 20,000 ekor induk. Dalam mana mana usaha ternak dalam dunia ini, usaha pembiakan tidak akan menghasilkan sebarang monopolist. TIADA.

Tiada pihak akan menjadi terlalu kuat. Tiada pihak akan menjadi mangsa buli atau mangsa kezaliman. Wujud.. keadilan. Inilah salah satu manifestasi sunnah para Rasul Allah yang semuanya menjadi pengembala dan pembiak kambing.

Mewujudkan dan memelihara keadilan.

Inilah visi utama, rancangan jangka panjang para pembiak tempatan. Kita akan bergerak pada landasan ini.

Dan untuk misi jangka pendek memecahkan monopoli High King of Kambing?

Say Yes to it!


Unseat the High King of Kambing!


No comments:

Post a Comment