Selamat sejahtera semua pembaca,
Kali ni cerita sikit pasal zakat kambing berdasarkan apa yang aku dengar dan faham dari Mufti Perak dalam slot Bicara Bersama Mufti pada sebuah pagi Jumaat beberapa tahun yang sudah, dan huraian Ustaz Azhar Idrus perihal pengiraan zakat ternakan spesifiknya kambing. Juga panduan zakat ternakan dari Pejabat Agama dan ustaz ustaz di kawasan aku.
Pertama sekali kambing cukup umur bukannya dua tahun. Tetapi setahun sehari. Yakni masuk tahun kedua. Mana mana penternak yang simpan rekod lahir atau ingat kambingnya lahir bila - takdak masalah. Senang cerita. Tapi sapa yang tak simpan rekod, kena tengok gigi kambing. Dah bersalin atau belum.
Dan berdasarkan pengalaman aku, kambing kambing walaupun dah terlajak umur setahun sehari, malah ada yang setahun setengah, gigi tak salin salin. Masih gigi susu. Jadi elok simpan rekod, agar operasi kita lebih cekap dan lebih menguntungkan.
Kemudiannya masuk cerita zakat.
Zakat ternakan lebih kepada zakat dalam usaha membiakkan. Dan zakat ternakan, syarat utamanya ialah cukup haul (tempoh atau umur kambing) dan cukup nisab (bilangan kambing). Kena faham betul betul.
Maknanya kalau kambing kita ada 200 ekor termasuk anak anak kambing yang belum cukup umur, 200 itu cukup nisab tapi tak cukup haul. Kena identify kambing yang dah cukup umur dana berapa bilangannya - baru masuk kiraan kambing untuk dizakatkan.
Nisbah zakat kambing ialah seperti berikut:
40 ekor kambing cukup umur - 1 ekor kambing
80 ekor kambing cukup umur - 2 ekor kambing
120 ekor kambing cukup umur - 3 ekor kambing
200 ekor kambing cukup umur - 4 ekor kambing
setiap 100 ekor berikutnya - 1 ekor kambing
DAN ini sebenarnya adalah untuk kambing yang dibiakkan secara gembala dimana makanan utamanya adalah rumput dan dedaun yang tumbuh bebas di bumi ini.
Bagi penternak yang buat sistem intensif atau makan tanggung dimana kambing dikurung sepenuhnya dan makanan diberikan, tak kisahlah dedak atau cut n carry, maka operasi sebegini tidak dikenakan zakat ternakan. Ianya dikenakan zakat perniagaan.
Bagi yang buat operasi trading, dimana kambing keluar masuk, pun dikategorikan sebagai zakat perniagaan, bukannya zakat ternakan. Operasi fidlot pun sama - masuk kategori zakat perniagaan. Zakat jual beli.
Bagi yang buat separuh separuh, contohnya kambing makan dedak atau rumput tambahan setelah digembalakan, haaa... ini special case. Macam aku juga. Kambing aku gembala dan tiada dedak diberikan, melainkan kalau beranak dua dan jantan yang sedang digemukkan.
Kes macam ni - masukkan kategori zakat perniagaan dan juga zakat ternakan. Serentak.
Tapi sebenarnya boleh je masukkan terus semuanya sebagai zakat ternakan. Walaupun nampak tinggi 'zakat'nya tetapi mana mana operasi gembala mampu je untuk bayar zakat ternakan. Kalau dah gembala, kena pula menggunakan genetik tempatan, terus jadi operasi low input. Takde hal lah tu.
So ini semua adalah pemahaman aku. Aku mohon maaf sekiranya tersilap tafsir dan salah cerita. Untuk lebih pasti, rujuklah ulama ulama yang berhampiran dengan kita.
Dan Allah lebih Mengetahui.
Assalam!
Di kelantan..orang nya lebih penting kan gigi kambing dari umur..walaupun rekod kita tu sudah confirm kambing cukup umur. Cukup umurnya pula 2 tahun. Bukan 1 tahun 1 hari. Ini yang buat kambing cukup umur susah nak cari di kelantan.sebab laman sgt kena tunggu utk cukup umur...dan mahal sebab kos pelihara dah jadi tinggi.
ReplyDeleteterima kasih tuan.penerangan yang sangat bagus
ReplyDelete