Fariz Shahfizal. Rakan batch sekolah di Malay College Kuala Kangsar. MCKK. Sekarang di Petronas Carigali. Ada 3 anak. Yang terbaru adalah set kembar.
Jumaat sudah, Pak E dan sepupunya datang beli kambing 2 ekor. Pagi pagi. Dari KL, singgah ladang aku di Bidor beli kambing. Lepas tu bawak daging kambing siap dilapah ke Ijok. Alhamdulillah, semua proses selesai pukul 11 pagi, sebelum solat Jumaat.
Gambar Pak E di ladang aku. Salam hormat kepada semua rakan batch yang baca post aku!
Keheningan pagi hari dalam kandang dipecahkan..
Pak E bersama Diego, dan Diego dah sibuk sibuk nak gigit kereta.
Pak E sempat menyaksikan kawanan kambing turun kandang pagi pagi untuk meragut
Pak E bersama anak kambing yang terbabas ikut kawanan meragut
Pak E ni sebenarnya antara rakan sekolah yang paling tinggi dan atletik. 'Towering above the rest of us'. Banyak jenis sukan dia masuk, dan dipaksa masuk hehe, termasuk olahraga. Macam lompat tinggi. Ketinggiannya adalah suatu kelebihan.
Dan aku adalah antara yang paling pendek dalam sekolah. Yang kedua pendek 'to be exact'. Aku punya 'growth spurt' datang selepas habis sekolah. Kiranya aku 'late bloomer' dari segi fizikal.
Dan kependekan, atau kebantutan aku, menyebabkan aku ada 'inferiority complex'. Ahhh biasalah jantan. Its a male thing. Saiz dan kekuatan menjadi isu utama. Kena pula masa remaja. Tapi bila Pak E datang berjumpa selepas 20 tahun, takde pula rasa macam dia tinggi sangat. Perfectly normal. (Nampak sangat pendek aku ni kihkihkih..) .
And Pak E is as perfectly gentle as usual of himself. Great!
Terima kasih Pak E! Dan semua rakan batch!
Salam hormat! Dan jumpa lagi!
Ya Abuya.... Kalau ko ialah "Yang kedua pendek 'to be exact'..." , maka siapakah yang pertama tu? hehehehe
ReplyDelete