Lepas pergi ladang Tuan Rijaluddin di Langkap, aku 'landing' kat ladang Tuan Zahar bin Dolah di Ayer Kuning. Dulu kerja Telekom. Sekarang dah pencen. 2 tahun sebelum pencen, dah buat persediaan usaha tani. Tanahnya dibuka kolam ikan tilapia merah, dan kandang kambing dibina.
Bila dah pencen, baru masuk 'full swing'. Dia pindah bersama keluarga, dan mengusahakan sepenuhnya projek pertanian di situ. Sekarang dah empat tahun operasi. Pembiakan. Dan Tuan Zahar pernah bereksperimen membiakkan baka baka kambing import, baik dari zon panas kering, dan baka eksotik dari zon tropika.
Pengalamannya? Tuan Zahar sependapat dengan aku. Usaha membiakkan kambing pedaging berpaksikan darah tempatan, atau kacukan tempatan, adalah lebih munasabah. Lebih low input. Lebih 'viable'. Simpler. Easier. Simply Siti.
Baik. Tuan Zahar bermula dengan 50 ekor kambing. (Lebih dinamik dari aku - aku start 5 ekor, dan sepanjang tahun pertama cuma ada 13 induk). Sekarang Tuan Zahar ada lebih 130 ekor kambing. Kandangnya tak muat. Sesak dengan kambing, kalau semua kambing naik ke kandang.
Nasib baik kawasan 4 ekar ladang Tuan Zahar ni berpagar. Jadi kambing boleh lepas bebas melepak lepak bersantai santai luar kandang sepanjang hari. Malam baru naik kandang.
Sistem yang digunakan ialah sistem gembala. Pagi cari pelepah sawit, longgok kat bawah kandang. Kambing ada yang turun makan sarapan, ada juga yang duduk aje dalam kandang tak nak sarapan. Petang dalam pukul 2, lepas gembala. Dedak pun ada bagi juga.
Penat juga macam ni ye. Dan untuk meringankan beban, Tuan Zahar merekrut anaknya Izat yang masih bujang dan berumur 27 tahun untuk membantunya. Dulu Izat ni kerja swasta. Sekarang full time lah menternak dan bertani.
Berbeza dengan sistem aku. Gembala juga. Tapi aku takde cut and carry. Aku takde susah payah cari rumput tambahan, atau daun sawit. Aku gembala aje. Kambing beranak dua dan ke atas, baru bagi dedak. Tak bagi foraj tambahan. Easier, I believe.
Ok. Sedikit gambar gambar di ladangnya (Tuan Zahar takde. Meniaga. Anaknya Izat, adalah).
Ladang Tuan Zahar belakang rumah. Sonang cerita..
Kambing! Tengah sarapan daun sawit. Kambing ada di pelbagai lokasi dalam kawasan 4 ekar yang berpagar.
Sunbathing... untuk vitamin D
Close up..acara 'mencekik' daun sawit
Kambing Tuan Zahar suka berjemur di bawah terik mentari
Bebiri pun ada.. tapi sikit. Adalah dalam 4-5 ekor yang aku nampak.
Architecture kandang kambing Tuan Zahar dari pintu utama
Kolam ikan. Tilapia merah. Kambing biasa bermain main tepi kolam. Tak tahulah kalau ada yang terterjun..
Pejantan primer. Medium size. Of course. Practicality. Yeahh praktikal lebih penting daripada sibuk sibuk nak mengkagumkan para pelawat dengan saiz kambing besar besar..
Suasana dalam kandang. Ada garam dalam buluh.
Dimensi kandang. Tak muat sebenarnya untuk lebih 130 ekor. Nasib baik untuk tidur malam je. Siang kambing keluar ramai ramai lepak lepak kat luar.
Petak mak dan ibu. Hello ladies!
Pintu depan kandang.
Kambing tu makan napier yang terendam dalam kolam ikan. Sedap yek?
Ok. Itu sahaja. Nanti ada masa aku akan melawat lagi ladang Tuan Zahar. Nak jumpa 'in person'. Terima kasih kerana berusaha menjadi seorang pembiak! Terima kasih kerana benar benar berusaha meningkatkan pengeluaran kambing dalam negara! Terima kasih kerana menyumbang kepada sekuriti makanan rakyat Malaysia umumnya, dan umat Islam khususnya. Terima kasih tuan!
Salam pembiak!
Post lain hari ini : http://alwigoatfarm.blogspot.com/2014/05/melawat-terjah-rakan-pembiak-rijaluddin.html
No comments:
Post a Comment