"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Sunday, May 25, 2014

MELAWAT TERJAH RAKAN PEMBIAK : HJ OSMAN

Importer yang bertukar hala menjadi pembiak.

Kali kedua aku melawat. Kali ini dapat interview kedua dua pemilik ladang, pasangan suami isteri, Hj Osman dan Hjh Noraini. Dan kali ini juga, aku dapat gambaran yang lebih jelas, dan lebih tepat, berkenaan sejarah ladang mereka.

Jom kita baca bersama!

Hj Osman dulunya adalah  geologis yang terlibat dalam sektor eksplorasi minyak dan gas, manakala Hjh Noraini sekarang dalam corporate finance, Bank Islam. Ladang ini dimulakan pada 2001. Ayam kampung.

Masa mula mula start projek ayam kampung, Hj Osman diberi jaminan oleh pembekal Cina. Si Cina ini akan membeli balik semua ayam kampung yang telah digemukkan dengan berlapikkan cerita supply tak cukup cukup. Dan Hj Osman pun dengan selesanya membeli 500 ekor ayam kampung tiap tiap minggu. 

Tiba masa ayam dah cukup masa dituai, supplier tersebut 'buat dunno'.  Beri macam macam alasan. Hj Osman kelam kabut dibuatnya. Akhirnya Hj Osman jual sendiri ayam kampungnya di Cameron Highland. 

2003 - stop ayam kampung. Mula pula projek rusa dan lembu. La ni lembu dah takdak, tapi rusa masih berterusan dibiakkan. Nanti kita tengok gambarnya.

2007 - kandang lembu ditransformasikan kepada kandang kambing. Maka bermulalah pengembaraan pasangan suami isteri ini dalam arena perkambingan. Dan mereka bermula sebagai importer. Hj Osman sering terbang ke Australia memilih sendiri baka baka kambing aussie yang kaw kaw cantik cantik. High quality genetics. Full blood. Certified.

Dan Hj Osman sepanjang menjadi importer, sempat berurusan dengan tiga ladang exporter aussie. Sepertimana kebiasaan bila berurusan dengan aussie, lain yang kita pilih, lain yang dia hantar. Yang ketiga adalah yang terburuk dalam bab mungkir janji walau pun ladang itu adalah antara ladang tersohor dalam biakbaka aussie dan pernah dijulang oleh media kita sebagai pembekal genetik kambing pedaging  terbaik.

Hj Osman jadi letih berurusan dengan mereka ini, dan ditambah pengalamannya dan rakan rakan yang cuba membiakkan kambing direct import ini - mula mula nampak cantik dan gah, tetapi 6 bulan kemudian, bila dah mula nak beranak, banyak masalah sakit pelik pelik timbul. Banyak yang tergolek, banyak anak yang mati. Devastating. Tsunami. Bomb like. 

Adaptation stress. Zon cuaca yang sangat berbeza.   

Hj Osman buat keputusan untuk berhenti menjadi importer dan biakkan apa yang ada dalam usahanya mengurangkan kematian, melahirkan keturunan yang lebih daya tahan, dan membekalkan baka dan pedaging yang lebih baik kepada rakan rakan penternak dan pembeli. 

It wasn't easy.

Pelbagai cabaran datang melanda.  Termasuklah suatu ketika dimana Hj Osman sedang 'recuperating' dari operasi bypass jantung, dan pada masa itu kambingnya sedang dilepaskan makan meragut di sebuah kebun getah Cina, dan Cina itu memberi jaminan kebunnya tidak akan diracun malah disuruh kambing kambing selalu pergi ke situ, rupa rupanya senyap senyap Cina tu meracun kebun dia. 

Habih tumbang kambing kambing Hj Osman. Dari >200 ekor, tinggal 68 ekor. 

Sedih tak sedih, sakit tak sakit, merana tak merana, derita tak derita - usaha biak digagahkan untuk diteruskan. Syabas diucapkan kepada Hj Osman dan Hjh Noraini yang tidak putus asa!

(Aku tak suka dan aku elak  gembala kambing aku ke dalam kawasan kebun cina - diorang ni kuat main racun atas bawah kiri kanan. Baik sawit, atau buah, atau sayur. Selalu pula guna racun yang illegal dan highly toxic. Fuhh kita semua kena hati hati). 

Kini populasi kambing Hj Osman sudah recover, dan berada pada paras >300 ekor. 

Mari kita lihat gambar gambar yang aku ambil di sekitar ladang ternakan mereka.

Salam sejahtera Hj Osman dan Hjh Noraini! Posing depan kandang jualan. Asalnya kandang lembu. Tong biru yang besar tu semuanya air minum untuk kambing. Nampak coklat pasal tinggi kandungan ferum. Probably. Air ini dipam dari tubewell.

Jujurnya aku tak risau dengan air yang tinggi ferum, melainkan terlalu tinggi. Maknanya tak perlu susah hati kambing tak cukup darah akibat kekurangan ferum. 


Kandang jualan dari jauh. Penuh juga dengan kambing kambing. Ada tiga kandang semuanya. 


Antara kambing kambing dalam kandang jualan. Dah 'parking' kat kandang jualan, maknanya ... yes yes.. up for sale semua budak budak jantan jantan ni.


Air minum diberi secara manual. Nipple drinker tidak digunakan untuk mengelakkan situasi kayu kandang mereput. Well... lain penternak lain cara. Biasa biasa. Janji kambing sihat walafiat dan mendatangkan keuntungan. Mari kita close up cincangan foraj untuk makanan kambing..


Hmmm.... I don't know. Ada besar ada kecil. Tak seragam. Mungkin sebab Hj Osman campurkan pelbagai dedaun ke dalam makanan fiber untuk kambingnya. Bukan semata mata napier. Yep, kambing perform lebih baik dengan dedaun berbanding rumput. Syabas Hj Osman!


Ada juga saanen dalam kandang jualan. Ada cerita menarik berkenaan saanen baka tenusu ni. Asalnya Hj Osman nakkan saanen untuk dapatkan susu bagi menjinakkan anak anak rusa.


Dan Hj Osman terpilih sebagai antara tiga recipient atau penerima skim bantuan baka kambing tenusu peringkat persekutuan. Malangnya baka saanen yang diterima ialah non performing saanen yang dibekalkan oleh seorang importer India di selatan tanah air. Kesemua tiga penerima menerima nasib serupa. 

Hj Osman dan Hjh Noraini tidak mendedahkan siapa 'exactly' supplier tersebut, tapi aku fikir aku tahu siapa. Well, hello Mr K! Dah lama kita tak jumpa! Dah 10 tahun. Terima kasih kerana berterusan membekalkan baka kambing 'useless' kepada para penternak kambing seluruh Malaysia...


Rusa! Ada dalam >30 ekor. Nampak resah gelisah  semasa aku mendekati kurungan mereka. Aku tak berani lama lama ambik gambar takut stress level diorang naik. 


Terkebil kebil... foraj utama daripada dedaun. Daun sawit pun buleh. Rusa sama macam kambing. Browser. 


Cemas cemas rusanya. Tak selesa dengan kedatangan orang yang tak dikenali. Lari sana lari sini. Baik aku blah.. 


Pejantan utama. Jamnapari campur boer. Setelah 5 tahun, Hj Osman dah jumpa rentak. Dan akhirnya selesa dengan kacukan untuk pedaging. Tiada lagi baka tulen tulen. Going for crosses. Easier. More productive. 


Mesin cincang rumput. Lain macam pesennya ye. Dah 15 tahun umurnya. Kondisi masih mantap. Perhatikan longgokan rumput yang ada tu. Aku belum pernah cari sebanyak itu sepanjang sejarah aku sebagai pembiak kambing. 


Those are steel gears..


Dedak kambing yang digunakan. $55 per beg 50kg. Siap hantar ke ladang. Rumusan khas untuk kambing. 

Ada juga custom made berdasarkan keperluan pelanggan. Misalnya ada dedak yang dicampur ubat cacing. $75 per beg. 

(Aku tak fikir aku akan guna dedak atau garam jilat yang ada tambahan dewormer. Aku fikir wujud risiko resistance yang tinggi).


Kandang breeding. Oh ye! Hj Osman guna sistem intensif atau makan tanggung buat masa ini. Akan datang buat style breedlot. Pernah cuba batang jagung sebagai sumber utama roughage, tapi akhirnya tak berpuas hati. Sekarang guna foraj tempatan. Campuran rumput dan dedaun sekeliling ladang. 


Crosses. Medium size..


Crosses again. Medium size again.


More crosses. More medium sizes.


It's an obvious theme. Yeah... Crosses. Medium size.  Sebenarnya inilah realiti pasaran kambing pedaging sekarang. Kacukan lebih mudah dibiakkan, dan saiz sederhana menjadi pilihan pelanggan. Idea kambing besar besar, growth rate tinggi tinggi adalah idea yang 'so yesterday'. Tak praktikal dengan realiti.

Mujurlah aku dah bergerak ke arah saiz sederhana bermula tiga tahun yang sudah. Mana mana rakan pembiak pedaging yang berpengalaman pun nampak akan hakikat ini. 


Pejantan ganas di kandang breeding.  Sangat ganas dan brutal. Habih patah riuk kayu kandang dibuatnya. 


 Terpaksa diasingkan ke dalam 'terrorist cell'. Siap ada bracket. Fuh dasat dasat..



Hello budak comel! Kambing kambing dengan corak sebegini akan muncul dengan kekerapan lebih tinggi dalam sistem intensif berbanding semi intensif. 



Kambing betina yang dihadiahkan kepada cucu..



Hello kids!

Dah 7 tahun operasi kambing bermula. Usia kandang pun dah 7 tahun juga. Biasaklah kalau lantai bertampal tampal. Aku lagi teruk. Berlubang lubang tak bertampal. Heiii parah aku ni.. masalah masalah..


Kandang no 3. Paling kecik. Tapi penghuninya besau besau. 


Penuh dengan boer. Tapi pejantannya kacukan. Hitam . Yep. Going for crosses. 



Tubewell 35 kaki. Dikorek dengan cara 'piling'. Bukannya waterjet yang gunakan manual labor macam aku buat. Asalnya ada korek bersebelahan, tapi air tak keluar. Korek yang nombor dua, elok pula keluar airnya. Padahal dekat sangat antara dua lubang tu. 


Rumah tokey ladang. Aku diajak minum minum sebentar selepas tour ladang. Bertukar tukar cerita kambing dan industri dengan tuan haji (kewujudan kartel importer utamanya dalam pasaran daging lembu import). Manakala dengan puan hajah aku dengar cerita pasal akta kewangan BAFIA, DAFIA, dan MAFIA (yang ni aku reka sendiri hahaha) di bawah Bank Negara. 

Baik. Kepada sesiapa yang nak dapatkan bekalan kambing baik jantan mahupun betina untuk dijadikan induk, atau sebarang jenis khidmat nasihat, boleh hubungi Hjh Noraini di talian 012 2243529 atau pun Hj Osman di 012 2097520. 

Terima kasih diucapkan kepada Hj Osman dan Hjh Noraini kerana sudi berkongsi pengalaman mereka. Syabas kepada mereka berdua kerana menjadi pembiak dan berusaha meningkatkan pengeluaran kambing dalam negara! Tahniah kerana masih bertahan sebagai pembiak selepas mengharungi cabaran yang begitu sengit dan sangat menduga! Kesabaran tuan puan sangat dikagumi.

Bersama sama kita memberi sokongan kepada rakan pembiak petani penternak dan nelayan!

Salam hormat dan selamat membiak!!





2 comments:

  1. Syabas kepada penternak tegar nii....Mendoakan kejayaan dan terus maju.(Es Emdi).

    ReplyDelete
  2. Tahniah.
    Sila ke blog kami juga
    sharifahfarmresources.blogspot.com
    Jemput singgah tgk2. Tqvm

    ReplyDelete