Hari Ini Aku Jadi Doktor Kambing!
Kadang kadang aku rasa para vet adalah lebih mahir berbanding doktor doktor 'general practicioner' (GP) kat klinik klinik. Sebabnya mana ada vet tanya 'ye puan kambing sakit apa hari ini?'. Kalau GP semua tanya 'ye apa sakit? mana sakit?'. Betul tak?
Ok. Hari ni masuk ladang lewat sikit. Biasaklah orang masuk lewat. Kelam kabut kat kandang. Gambar gambar berikut menunjukkan sebahagian aktiviti aku hari ini.
Ahhh cirit birit serius! Mungkin coccidiosis. Mungkin tidak. Aku bukan expert. Tapi aku tau baunya busuk. Kalau cirit macam ni, biasanya terjadi pada anak kambing yang umur 2-4 bulan DAN baru dikeluarkan dari petak beranak. Agaknya bila bercampur dengan kambing kambing lain, kena pula kadang kadang terpisah dengan ibunya, jadi stress anak kambing. Jadi parasit dan patogen ambik peluang.
Tetapi kalau anak kambing umur 2 bulan ke bawah, dan telah pun dibiarkan bercampur dengan kawanan besar kambing (maknanya dia tak lama dalam petak beranak) - tak akan hadapi masalah cirit di atas. Sistem imunnya lebih baik. Pelik juga ye!
Anak kambing yang cirit mesti dirawat segera. Jangan tunggu tunggu. Aku dah jumpa anak kambing yang sakit, dan diasingkan ke dalam petak khas. Maknya pun masuk sekali. Pasal... tak jadi kalau anak je yang diberi ubat. Maknya pun kena dibagi ubat sekali. Susu maknya yang tercemar.
Biasanya aku bagi antibiotik. Terramycin LA. Dan biasanya berkesan. Jadi kemungkinan besar cirit sebegini adalah disebabkan bakteria. Tetapi dalam masa yang sama, kalau bagi coccidine powder untuk protozoa, pun pulih juga. Tang ni memang aku pelik.
Ahh lantaklah, aku breeder, aku bukan vet. Biar vet yang pening cari sebab musabab buahaha..
Aku inject terramycin kat maknya. 4ml. 1ml untuk 10kg berat kambing. Kaki depan. Nasib baik maknya jenis tenang. Kalau tidak, macam mana aku nak ambik gambar - sebelah tangan pegang jarum, sebelah tangan pegang kamera?
Round round petak beranak tengok tengok yang beranak kembar dan tiga. Maknya mudah luka tetek. Macam gambar di atas. Kalau luka macam ni, kena cepat cepat bagi ubat antibiotik. Kalau tak boleh jadi mastitis dan teteknya mengeras. Dah takde susu. Pening kepala kita. Mastitis ni kalau teruk tahap jangkitannya, memang buat mati mak kambing. So hati hati.
Aku bagi injection, dan spray topical antibiotic.
Ni ubat spray untuk luka. Topical antibiotic. Namanya Tetravet Aerosol. Dah lama aku beli, semenjak mula operasi. Dah 9 tahun. Tak abis abis guna hahaha... sama juga dengan ubat cacing... dah lama beli tak habis habis. Expired lama dah semuanya ni..
Tetek kambing yang luka tadi setelah disembur tetravet aerosol. Bahan utama tetravet ni ialah gentian violet. Warna purple yang kuat lagi melekat. Susah nak tanggal. Bagus!
Yang ni ubat spray anti berenga atau anti ulat lalat. Kat ladang aku sekarang banyak lalat. Ada ladang ayam berdekatan dalam 700-800 meter. Kena pula kebun kebun berdekatan guna taik ayam buat baja. Peh lalat 'invasion' ladang aku dibuatnya.
Ada seekor anak kambing yang luka berulat telinganya. Aku tak nak tunjuk. Nanti ada pembaca yang termuntah muntah.
Aku prefer guna chemical untuk spray anti berenga. Sebabnya ianya oil based. Jadi spray and forget. Sekali je sehari. kalau guna herbal based, kena spray tiga empat kali sehari. Leceh aaa...
Satu masalah jenama woundsarex ni, dia punya sprayer cap senang sangat jatuh tertanggal. Geram betul aku dibuatnya.
Anak anak pompuan aku main main dengan kambing. Itu daun lamuni. Pahit. Ungu. Buat coloring nasi kerabu. Ada juga kambing yang makan.
Main main ye. Jangan sampai disondol kambing sudah!
Pelawat hari ini. Tuan Haji Rizal bersama dua pelajar tahfiznya. Hj Rizal ada beli dedak dengan aku.
'Ubat jiwa yang memberi ketenangan bila tengok kambing kambing ni' - kata Tn Hj Rizal. Ya, aku pun fikir sebegitu.
Ok. Itu sahaja report card semalam. Thank you everybody! Salam hormat! Salam pembiak!
woundsarex tu spraynya warna biru ye?
ReplyDelete