"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Sunday, May 18, 2014

MELAWAT TERJAH RAKAN PEMBIAK : MURGAYAAH SI BUTA HURUF !!!

Aku minta Tuan Murgayaah eja nama anaknya. Tak lepas!!! Sahih buta huruf.

Si buta huruf yang patriot.

Tuan Murgayaah mula bela kambing masa umurnya 17 tahun. Kini umurnya 42 tahun. Maknanya usia operasi usaha ternak kambingnya sudah 25 tahun, dan masih berkesinambungan.

25 tahun.... masih wujud, dan masih bertahan sebagai pembiak kambing. Syabas Tuan Murgayaah!

Tuan Murgayaah bermula dengan baka jamnapari. Pembiak baka. Jamnapari specialist. Dan aku 'rate' Tuan Murgayaah sebagai 'a true jamna master'. Sangat mahir dalam selok belok baka jamnapari. Keturunan pejantan jamnanya konsisten mencapai berat >140kg per ekor. Dan output utama program pembiakan jamnanya ialah - baka (harga ribu ribu), dan susu. 

Ketika itu, Tuan Murgayaah bukan membiakkan pedaging. Tuan Murgayaah membiakkan baka. Pembakaan. 

Tuan Murgayaah  menggunakan sistem intensif (makan tanggung) untuk kambing jamnanya. Dari dulu hinggalah sekarang. Dan sebenarnya selama membela baka jamna, populasi kambingnya cuma 60 ekor. 

Tetapi dengan jamna 60 ekor itu, Tuan Murgayaah dapat buat rumah banglo, dapat beli kebun 7 ekar, dapat beli lori, dan dapat menyekolahkan anak anaknya dengan baik. Semuanya hasil biak baka kambing jamnanya. 

Ada pun, beberapa tahun kebelakangan ini, pasaran baka menurun dengan ketara. Sangat ketara. Dan ini menyebabkan Tuan Murgayaah beralih strategi. Menjadi pembiak pedaging, dan jual beli kambing. Bilangan baka jamna piau piau tulen tulen dikurangkan. Fokus pada kacukan, untuk tujuan pedaging. 

Untuk memenuhi tujuan itu, Tuan Murgayaah kena besarkan kandangnya. Dari kapasiti 60 ekor kepada kapasiti 200 ekor. Dan Tuan Murgayaah meminjam $50,000 dari Amanah Ikhtiar Malaysia untuk membesarkan kandang. Kadar bayaran balik ialah $500 seminggu. Maknanya sebulan $2000. Tinggal 5 bulan lagi je nak habiskan pinjaman.  Pehhhh... berat syarat pinjaman, tapi Tuan Murgayaah mampu menjelaskan dengan baik. Tahniah Tuan Murgayaah atas keberanian dan kerja keras Tuan!

Ada dalam 3 tahun operasi pembiakan pedaging dan trading dimulakan. Masa aku melawat, jumlah kambing ada lebih 100 ekor (sentiasa berubah ubah). Sebahagiannya pembiakan, sebahagiannya lagi operasi trading. 

Baik. Mari kita semua saksikan gambar gambar sekitar operasinya. (Selama ini Tuan Murgaiyaa tak pernah benarkan kandang dan kambing kambingnya difotograf. Taboo.  Tapi kunjungan aku kali ini diberikan pengecualian khas - special pass). 


Ada papan tanda. Marketing savvy juga Tuan Murgaayah ni. Aku langsung takde satu habuk!


Tuan Murgayaah bersama anak sulungnya, Ganabathi, 20 tahun. Bakal mewarisi ilmu kambing ayahnya. Tuan Murgayaah bukan orang Islam, tetapi selalu derma kambing kepada masjid masjid berhampiran. Tuan Murgayaah sangat percaya pada keajaiban bersedekah!

Dan untuk pengetahuan semua, Tuan Murgayaah sebenarnya ada seorang business partner. Perempuan Melayu. Dan sebagaimana aku beberapa kali melawat ladangnya, Tuan Murgayaah pernah melawat ladang aku beberapa kali. Bertukar tukar cerita dan pengalaman. Dan Tuan Murgayaah pernah membawa rakan bisnesnya ke ladang aku untuk diperkenalkan. Susah dia nak buat macam ni.

Sebenarnya suatu penghormatan untuk aku. Terima kasih Tuan Murgayaah!


Mesin cincang rumput. Kalau baru harganya lebih $3000. Tapi Tuan Murgayaah beli second hand. $800 je. Jimat banyak. Mari kita tengok hasil cincangannya...


Aha! Perfect! Sama macam style Tuan Roslan dari Cenderong Balai. Baik baik baik... Tahniah!. Ini macam ruminan dapat 'ruminate', dan 'wastage' tahap minimum. 

Dan Tuan Murgayaah tidak meggunakan napier semata mata. Ada campuran dedaun. 


Campuran dedak yang digunakan. Kulit gandum + dedak kambing tenusu + kulit kacang soya. Kos dedak lebih kurang $1200 untuk sebulan. 

Pkc dan molasses, dan daun sawit tidak lagi digunakan sebagai rangsum. Kenapa?

Sebabnya, campuran tiga dedak di atas, bersama campuran napier dan dedaun - tumbesaran kambing lebih baik, susu lebih banyak, kambing kurang penyakit, dan.... purata karkas meningkat. Daripada 45% kepada lebih 50%. Fabulous! Tahniah!

Tuan Murgayaah sekarang fokus pada kualiti. 

*(Aku percaya pkc/pke masih dan tetap suatu sumber makanan yang baik untuk ruminan, tetapi campurannya mestilah betul. Jangan lebih 50% pkc/pke untuk bahan utama dedak kambing). 

*Daun sawit juga sumber roughage yang baik untuk ruminan, tetapi kena ada bantuan dedak yang tinggi tenaga. Pasalnya daun sawit memang rendah tahap tenaga. 


Kulit gandum. Rasanya $47 (tak pasti harga sekarang) untuk 50kg. Biasanya digunakan untuk mempercepatkan 'keminyakan' pada bulu kambing. Kulit gandum tinggi fiber, lebih kurang sama dengan soybean hull. Tapi aku tak guna kulit gandum ni. 


Dedak kambing tenusu. Bahan utamanya ialah soybean meal. Fungsi utama - menambahkan kuantiti susu yang dikeluarkan ibu ruminan. Satu satunya dedak yang aku gunakan sekarang ini. Tiada dedak lain. Tiada campuran lain. $49 per beg 50kg. Lain tempat lain harga.


Kulit kacang soya, hasil pemprosesan soybean meal dan air soya. Satu satunya dedak yang stabil nisbah kalsium : fosforus. Dan tinggi juga kandungan serabut. Haa maknanya kalau sesak sesak tak sempat nak bagi foraj kepada kambing, boleh guna soybean hull ni. 

Dan  jangan gunakan soybean hull ini semata mata. Kena campurkan dengan dedak lain untuk kecekapan lebih tinggi. Mahal juga soybean hull ni. $55 per beg 50kg. Lain tempat lain harga ye. 


Koridor utama kandangnya. Dah lain dengan dulu. Banyak renovasi dah ni. Dulu ada palung khas untuk daun sawit. Sekarang takde. Semua petak ada palung makan sebelah luar. 


Antara kambing kambing pembiakan. Yang kumpulan ni kuat darah nubian. 


Hello budak kecik! Mana mak kamu?


Ganabathi sedang menyusukan si budak kecik. Oh rupanya mak dia tak suka si budak kecik. Kesian..


Pejantan red kalahari sebagai pejantan primer pembiakan pedaging. Tuan Murgayaah sedang menuju kepada penghasilan kambing pedaging berbentuk boer. Yeahh boer bergenetik tempatan. 


Antara kambing trading. Tuan Murgayaah pentingkan genetik tempatan, dan... kambing kambing keluaran penternak tempatan. Tuan Murgaayaah tidak selesa dengan idea trading kambing kambing import dari australia. (Lagi pun corak pasaran disini - kaum India tak suka kambing feral dan import. Langsung tak suka. Mereka lebih suka kambing tempatan.)

Tuan Murgayaah juga membeli kambing kambing rakan rakan pembiak dan penternak dengan harga yang berpatutan. Yaaa Tuan Murgayaah membeli kambing tempatan ini pada harga yang adil dan tidak menindas para pembiak. 

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Murgayaah kerana memberi sokongan penuh kepada usaha pembiakan dan pembangunan genetik tempatan! Syabas! Syabas! Syabas!



Kambing pembiakan. Yang petak ni kuat darah jamna.


Haa pelik sikit ni. Kaler boer tapi badan jamna. Kecelaruan identiti hehehe...



Yang ni nampak juga ada darah kampung. Stok pembiakan. Tuan Murgayaah suka kambing telinga bintik bintik. 




Anak jantan umur tak sampai  3 bulan. Lebih 25kg. 


Ibu kambing ni dah lama lumpuh sebelah kaki belakang. Tapi mampu beranak dan menyusukan..


Bermula dengan kambing... biakkan kambing..

Kini jualan sebulan dalam lingkungan $20,000. Pengeluaran tempatan, trading tempatan, susu tempatan, genetik tempatan. Percaya dengan darah tempatan. 


Contact no kepada sapa sapa yang berminat mendapatkan bekalan kambing dan khidmat nasihat. Boleh rujuk juga kepada gambar pertama yang ada papan tanda tu. 013 594 7703 dan 013 409 7171.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Murgayaah dan keluarga yang sudi melayan aku dengan baik. Terima kasih kepada Tuan Murgayaah yang walau pun buta huruf, tetapi kelemahan itu tidak menghalang usaha ternaknya.

Terima kasih kerana sama sama percaya pada kemampuan darah tempatan!

Terima kasih kerana memberi sokongan kepada penternak tempatan! Terima kasih kerana berlaku adil kepada rakan rakan pembiak! Terima kasih kerana membangunkan genetik tempatan, dan dalam masa yang sama, membangunkan rakan penternak tempatan!

Hero.. yang diam, yang tidak pernah diraikan. Patriot.

Ayuh rakan rakan pembiak! Sama sama kita julangkan, kita tegakkan, kita kibarkan bendera darah tempatan! Kita julang kembali darah kita! Kita tegakkan kembali maruah kita! Kita kibarkan bendera kebebasan dari kebergantungan kepada pihak asing!

Bertebaranlah kita ke seluruh pelosok tanah air. Bisikkan kepada rakan rakan kita, agar dalam usaha pembiakan mereka, gunakan darah tempatan sebagai paksi. Sebagai fulkrum. Sebagai sauh. Hembuskan ke dalam sanubari mereka, keyakinan yang mantap terhadap darah yang mengalir dalam tubuh mereka. 

Paksikan darah tempatan!

Bumi kita darah kita!












5 comments:

  1. Orang bukan islam pun tahu kelebihan kambing belaan tempatan berbanding feral aussie..

    Malu kita orang islam sempurnakan tuntutan agama dengan ternakan yang ragu2 asal usul nya seperti feral aussie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada orang sempat pulak iklankan kambing feral impot untuk aqiqah....Aku berastaghfar....dia tanya pulak kenapa???(Es Emdi)

      Delete
    2. Harapnya kita tidak menjadi seperti Mesir. Bekalan makanan dikawal orang kafir. Dan orang kafir berkuasa menentukan siapa pemerintah Mesir.

      Delete
  2. Itu le gomen,asyik kena rasuk kat importer,bawa masuk kambing luar pah tu bagi pawah kat perternak ,jadile macam Pok Es tu.Kalau ambik baka Alwi ke,Murgayaah ke(kalau kat kelantan tentu ambo panggil Gayoh hehehehe)atau para2 patriotik kite(pembiak baka2 tempatan) dan bagi la pawah.Tak le nanye.Ambo tengok pembiakkan kambing kat kita karang masih lagi slow.Ape yg gomen dok fikir skarang tak tahu le.Harap ade idea baru dari Datuk Ismail and Datuk Tajudin(orang senegeri ngan Alwi)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kelakar.. semenjak dasar pandang ke australia diperkenalkan.. tahap sara diri kambing dalam malaysia semakin merudum...

      industri semakin malap.. makin ramai penternak terbunuh.

      dan bila kita bersuara, kita akan digam dan diserang, dan dilabel sebagai peracun dan perosak industri..

      siapa sebenarnya membunuh industri?

      Delete