"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Friday, May 16, 2014

SAMA SAMA KITA BERUSAHA MEMBIAKKAN GENETIK TEMPATAN!

Soalan maut lagi sukar daripada rakan pembiak bebiri :

"bebiri betina xmngawan wlau umur dh setahun lebih...boleh ke bg vitamin e utk tingkatkan kesuburan?"

Hmm.. pertama sekali aku tiada kepakaran dalam bebiri, dan aku bukan pakar pembiakan ruminan. Jadi jawapan aku boleh sangat melencong jauh ke dalam laut. Jadi hati hati ye.

Baik. Vitamin E boleh diberi, tapi tak cukup melalui pemakanan. Kena bagi dos tinggi dalam bentuk injection. Bagi multivitamin dan multimineral serentak. Dos tinggi. 

Boleh juga bagi hormon pembiakan, yang dok buat untuk AI tu. 


Ketika usaha peningkatan kesuburan ini dibuat, sebaiknya jangan deworm bebiri tersebut. Biarkan kewujudan sekelompok cacing dalam badan bebiri, kerana kehadiran mereka turut mengaktifkan naluri untuk membiak (survival instinct). 

Mardi boleh membantu dari segi khidmat nasihat. Ada specialist pembiakan ruminan di kalangan mereka. 

Dan pengalaman aku sendiri (kambing kacukan tempatan ye) - purata first kidding pada umur 14 bulan - pada tahap nutrisi normal, atau 100% foraj. Kiraan purata ini termasuklah kes kambing beranak pertama pada umur 8 bulan, dan paling lewat pernah direkodkan ketika umurnya 24 bulan. 

Haa... umur 24 bulan baru beranak... maknanya umur 19 bulan baru kahwin. Pehhh... nasib baik makan foraj ajo. Kalau jenis intensif makan tanggung, pening gak ni. Lambat sangat menuai hasil. Sekor dia je pun. Yang lain lain ok. Dan yang lewat first kidding ni, takde masalah dari segi kidding interval yang berikutnya. Pantas beranak kemudian hari. Mula mula je slow. 

Dan, aku dapati secara umumnya atau jangka panjang  (short term tak nampak weh!), kumpulan kambing saiz sederhana adalah lebih pantas membiak daripada kumpulan bersaiz besar. Dari segi potensi 'money making', saiz sederhana lebih mudah, lebih low input, lebih produktif, dan yep.. lebih buat duit. 

DAN YANG PASTINYA, sepanjang aku membiakkan derivatif genetik tempatan ini, SEMUANYA beranak. Cuma 1 kes aje, selepas beranak, dan menunggu selama 2 tahun - tak kahwin kahwin takde anak.

Genetik tempatan adalah SANGAT SUBUR. 

Skyhigh fertility.

An absolute beast when it comes to kidding rate. 

Percayalah pada kekuatan dan kehebatan darah kita sendiri!

Genetik tempatan untuk masa depan!

Selamat membiak!

Hai rakan rakan pembiak kambing pedaging! Percayalah akan potensi pembiakan yang kami warga tempatan miliki. Kami semua adalah anugerah Tuhan yang Maha Bijaksana, yang telah menjadikan pelbagai kawasan di muka bumi, dan menumbuhkan pelbagai bangsa dari setiap kawasan.

Kami telah hidup dan membiak dengan baik selama ribuan tahun di sini. Yakinlah dengan kami, dan darah yang mengalir dalam tubuh kita semua!

1 comment:

  1. Saya mengikuti blog Alwi Dan cuba eksperimen........memang yg telinga panjang kurang produktif, yg telinga pendek (tempatan) Alhamdulillah tinggi kadar beranak........teruskan menulis dan curahkan ilmu, kami diluar sini berbanyak2 terima kasih.

    ReplyDelete