The Might Of God
Aku
sebenarnya tak minat fizik. Langsung tak minat. Kimia pun tak minat
langsung. Yang aku minat sejarah dan biologi.
Tapi
semenjak dengar ceramah ustad yang menggantikan Ustad 'Bollywood'
yang tak dapat hadir, berkenaan pengembaraan menakjubkan baginda
Muhammad SAW dalam Israk Mikraj - aku berminat dengan kosmologi dan
sains fizik. Dan juga apa yang terbentang dalam AlQuran.
Aku
tak akan mengkaji sampai ke tahap formula ataupun nas itu nas ini,
tapi cukuplah sampai ke tahap pengetahuan am.
Dan
aku fikir, kembara ilmu aku tidak sia sia. Kerana aku semakin takjub
dengan kebesaran dan keperkasaan Tuhanku. Aku tidak menyangka sampai
begitu hebatnya ilmu dan kekuatan Tuhanku. Dan aku terasa sungguh
kerdil berhadapan dan menyaksikan tanda tanda keagunganNya.
Aku
tidak menyangka yang alam semesta (universe) begitu luas dan masih
tidak nampak penghujung walau pun kita memiliki pelbagai instrumen
sains yang super canggih dan super sensitif.
Aku
tidak menyangka yang alam semesta kita sebenarnya adalah salah satu
dari sekian banyak alam alam alam alam semesta.
Aku
tidak menyangka langsung, yang kita duduk dalam multiple universe.
Aku
juga tidak menyangka yang alam semesta kita ada tujuh lapis. Dan kita
manusia, jin, dan malaikat sebenarnya adalah penghuni lapisan
pertama. Ada enam lagi lapis yang kita tidak tahu siapa penghuninya.
Sungguh
aku tidak menyangka yang kita ada enam lagi shadow universe.
Aku
juga tidak menyangka yang alam ghaib yang kita sangat hairankan lagi
sangat takutkan selama ini (seperti alam bunian, alam jin, alam
malaikat) hanyalah sebahagian dari lapisan pertama alam semesta.
Dan
lagi setiap enam lapis alam semesta, atau lagi enam lapis shadow
universe, rupa rupanya mereka memiliki alam ghaib masing masing.
Dan
aku sangat tidak menyangka yang setiap universe dalam multiple
universe memiliki pelbagai lapisan masing masing. Dan setiap lapis
memiliki alam ghaib masing masing.
Dan
aku sangat sangat tidak menyangka yang multiple universes itu tidak
nampak kesudahannya... mereka alam semesta demi alam semesta terus
berterusan dicipta dan dicipta.. dan setiap alam semesta itu dipenuhi
pelbagai ragam makhluk..
Dan
aku sangat sangat tidak menyangka yang saiz alam semesta kita, yang
kita sangkakan begitu luas tidak berpenghujung, jika dibandingkan
dengan saudara saudaranya, hanyalah bagaikan setitik air dalam lautan
yang sangat luas..
Aku
sama sekali tidak menyangka... yang keinginan main main aku untuk
mengetahui lebih lanjut akan Isra' Mikraj membawa aku ke tahap ini.
Sungguh
aku tidak menduga sampai begitu hebat sekali kekuatan dan keperkasaan
Tuhanku. Padanlah semua jemaah malaikat dan makhluk kosmos tunduk ketakutan
terhadap Tuhanku.
Betapa
kerdilnya para manusia yang hinggap di Bumi yang terapung diam
sendirian... dan bagaimana ada antara kita yang berani mengatakan
Tuhan tidak wujud?..
No comments:
Post a Comment