"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Monday, May 5, 2014

MISTERI KAMBING KACANG

Misteri Kambing Kacang


Aku tak akan guna 'katjang'. Aku suka guna 'kacang'.

Baik. Aku pernah bela boer. Aku pernah bela kacukan. Aku pernah bela kacang.

Bila dilepaskan meragut, boer tak lari kelam kabut keluar kandang, dan dia tak suka pergi jauh jauh. Rilek je berjalan. Macam pakai kasut tumit tinggi. Elegan. Dan  dia makan sungguh sungguh betul betul khusyuk khusyuk. Tak selektif.  Short range. 

Yang kacukan, tak sabar sabar turun kandang, tapi jalan jalan dulu, guling guling, gosok badan kat busut dan pagar. Pantas juga jalannya. Macam pakai kasut scholl yang high comfort tu. Kemudian baru makan. Tak sekhusyuk boer. Selektif. Medium range.

Kena kambing kacang - mak datuk bukak aje pintu terus lesap. Macam kaki lapan, bukan empat kaki lagi dah. Kalah kasut spike, dan segala jenis kasut sukan nike dan adidas. Dan kambing kacang sangat selektif dalam meragut. Sambil berlari sambil makan. Dia nak pucuk yang terbaik dan tersegar. Very selective. Long range. 

Dan observasi ini membuatkan aku terfikir kenapa jadi macam tu? 

Barangkali ada kaitan dengan deria bau. Hidung.

Rupa rupanya ada kajian yang menemukan bahawa sesungguhnya binatang seperti ruminan dapat tahu sekiranya diet mereka tidak mengandungi cukup nutrien penting. Mereka dapat menghidu sekiranya pucuk dan dedaun juga rumput mengandungi zat yang mereka hendak atau tidak. 

Dan kuasa hidu ini paling kuat pada organisma asal sesuatu kawasan. Mereka dah 'harmonise' dengan alam, cuaca dan tanah sekitar mereka. Mereka dapat kesan 'minute difference' dari segi komposisi zat dalam pokok yang tumbuh sekeliling mereka. Dan kekuatan deria hidu ini diwariskan kepada keturunan mereka. 

Pasal tu la kot kambing kacang sangat selektif. Long range semuanya kawasan ragut mereka ni. Ada yang sampai malam pun tak balik balik. Udahnya pergi meragut jauh sangat. 

Dan bagi aku, takpalah kambing kacang pesennya macam tu. Sebab tu dia survive, very adaptable, dan pantas membiak  dalam persekitaran tropika yang panas lembap. Dia tahu 'exactly' nutrien apa yang tubuh dia perlukan, dan dia tahu nak cari kat mana. 

Pandai kambing kacang kita ye!

Salam!

I like to move it.. move it
I like to move it.. move it
I like to move it.. move it
I like TO..... MOVE IT!!!
(ikut lagu kartun animasi Madagascar 3 sambil goyang punggung kiri kanan)

4 comments:

  1. Pemerhatian yang sama di ladang saya. Yang paling degil/last sekali untuk balik ke kandang pun katjang/kacang jugak. Tapi yang paling low cost dan paling cepat beranak pun katjang/kacang lah jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan pemerhatian yang sama oleh kebanyakan yang pernah bela baka kacang

      Delete
  2. 29/11/2013 mengawan, 26/4/2014 beranak.Lu kira la sendiri.Kalau Boer katanya 6 bulan baru beranak.Baik Mek Awe kacang la

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau boer 6 bulan, dikira luar biasa tu. biasanya kidding interval boer lajak 8 bulan. melainkan kacukan dengan darah tempatan.

      Delete