"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Saturday, May 24, 2014

DITERJAH BAKAL PENTERNAK : CIKGU ZUL

Cikgu Zulkifli bin Hambali. Aku panggil Cikgu Zul. Umur sekarang 52. Pencen awal masa umurnya 50. Aktif sebagai ejen Prudential Takaful bersama sama isterinya. Beliau duduk di Tanjung Malim, tapi cadang nak buka ladang kambing di Trolak berhampiran rumah mentuanya. 

Cikgu Zul ada degree accountancy dari UUM, dan posting terakhir beliau ialah sebagai cikgu akaun di Sekolah Menengah Bercham, Ipoh.

Salah satu sebab beliau bersara awal ialah untuk menyahut cabaran meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara dengan menjadi penternak kambing. Tetapi ada ujian yang melanda sebaik sahaja beliau mula membina kandang kambing. Diserang penyakit batu karang yang serius. Beliau terpaksa berehat lebih 6 bulan untuk recovery selepas pembedahan. 

Jadi kandang kambing beliau tertangguh pembinaannya. Dan sekarang tengah bina semula. In sha Allah aku akan melawat untuk melihat perkembangan projek beliau. 

Syabas diucapkan kepada Cikgu Zul dan isteri yang sudi menggalas cabaran meningkatkan pengeluaran kambing dalam negara, dan kita semua doakan usahanya diberkati Tuhan dan berjaya!

Gambar beliau dan keluarga ketika melawat. 

Buleh teka ka mana satu Cikgu Zul? Haaa yang baju hitam tu. Isterinya pun baju hitam. Anaknya yang baju pink. Yang berkopiah dan tudung hitam ialah pak mentua dan mak mentua. Diorang ni baru balik kenduri di Sg Manik.  Terima kasih kerana sempat menerjah ladang kome. 


Yaa... thank you everybody for the special pose! 

Ok. Cikgu Zul cadang nak buat style fidlot. Dan aku cadangkan pula Cikgu Zul untuk pertimbangkan style breedlot. Buat aje palung makan untuk kambing di bawah. Jadi ada chance kambing kena cahaya matahari dan exercise. Kerja bagi makan pun senang. Pasal nak guna daun sawit yang panjang panjang. Haaa senang kalau bagi kat bawah aje. Leceh oooo nak pikul daun sawit panjang panjang ke atas kandang. 

Terima kasih sekali lagi kepada Cikgu Zul dan famili yang menerjah ladang aku lewat petang semalam. Harapnya kita akan berjumpa lagi. Salam hormat!

* Berkenaan kambing telinga bintik - observasi aku ialah kambing telinga bintik lebih banyak susu. Anak anaknya pun pantas membesar pasal susu banyak sikit. Berapa banyak - sori aku takde kaji. Rakan rakan punya observasi bagaimana? Selari tak dengan aku?

* Saudara Mohd Azzam ada post pada facebook bukti kambing makan daun sepertimana yang disebutkan dalam Al Quran surah Taha ayat 18. Terjemahannya :

"Nabi Musa menjawab: "Ini ialah tongkatku; aku bertekan atasnya semasa, berjalan, dan aku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku, dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu."

Oh.. Nabi Musa gembala kambing kambingnya. Bertongkat. Dan menggunakan tongkat tersebut untuk memukul pohon pohon kayu agar daun daun jatuh dan kambingnya boleh makan dedaun tersebut. Haaaaa.... kambing makan daun. Dan aku juga buat begini semasa mengembala. Cari pohon pohon yang rendah sikit macam getah muda, dan cantas atau pukul atau lenturkan, agar kambing kambing dapat makan dedaun. Yeahh...

Terima kasih banyak banyak kepada saudara Mohd Azzam di atas perkongsiannya. Semoga kita semua beroleh ilmu dan manfaat darinya. Terima kasih!!






2 comments:

  1. I enjoy reading your entries. Minat saya dalam bidang fidlot lembu sebenarnya but stumble upon your blog while googling for info on feedlot.

    Suka tengok adegan "kambing pulang petang" from your previous entries. Harap-harap I get to snap photos of my own feedlot "pulang petang" someday.

    ReplyDelete