"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Sunday, May 4, 2014

KENDURI KAHWIN RAKAN PENTERNAK PEMBIAK

Tuan Haji Mahrawi. Dato' Mahrawi. Teluk Intan. Tengahari tadi.

Gila gila sikit orangnya. Senpoi aje. Kampung style. Dah lama dalam industri penternakan. Masa aku baru start bela kambing, dia dah bela kambing dan bebiri selama 8 tahun. Sebelum tu dah ada ternak ayam. Jadi setakat hari ini, lebih kurang 17 tahun dah bela kambing dan bebiri.

Membiak, dan juga trading. Populasi kambing dan bebiri senantiasa berubah. Biasanya antara 200 ke 400 ekor. 200 ekor pembiakan. 200 ekor lagi trading atau jual beli kambing.

Kambing dan bebiri trading semuanya baka tempatan atau kelahiran tempatan atau daripada penternak tempatan. Dah serik dengan baka baka import. Seperti kebiasaan para penternak dan pembiak berpengalaman. Yaaa semua penternak pembiak berpengalaman yang aku kenal pastinya cenderung kepada baka tempatan atau kacukan tempatan. Input rendah. Cost of production pun jadi rendah. 

Haji Mahrawi (aku susah nak sebut Dato - sorry tuan jangan marah. Aku tetap hormat) bersusah payah datang ke ladang aku hantar kad jemputan kahwin. Jadi aku kena pergilah. Anak laki dia yang kahwin. Bininya orang Trolak. Rombongan sana serba hijau.

Sedikit gambar di majlis kenduri. 

Itu dia Haji Mahrawi.. Ok. Dato Mahrawi. Jiwa kampung. Kampung forever..


Memberi ucapan. Pengantin lelaki dan perempuan turut memberikan ucapan pendek. Mmm.. pengantin lelaki beri ucapan sebagai raja sehari. Sebagai 'sultan'. Menggunakan katanama 'beta' untuk menggantikan katanama 'saya'. Kelakar sungguh laaa...

Rombongan pengantin perempuan yang serba hijau... sehijau mata memandang..

Ok. Tahniah diucapkan kepada pengantin lelaki dan perempuan. Tahniah juga kepada Tuan Haji Mahrawi kerana mendapat menantu. Semoga berbahagia hingga ke syurga!

... Haji Mahrawi kata semenjak dapat Dato, dia dah sibuk. Tak dapat tumpu pada ternakannya. Katanya nak pencen. Nak tutup kandang dan jual semua ternakan. Mungkin nak pindah Putrajaya atau Sg Buloh (aku tak berapa yakin dia dapat adapt dengan kehidupan bandar - tahu sangat kekampungan jiwanya ni). 

Tapi takpe. Aku nak ucapkan sebesar besar terima kasih kepada Tuan Haji Mahrawi yang telah menggalas cabaran meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara sebegitu lama. Yang telah mengharungi segala macam cabaran sebagai penternak dan pembiak kambing dan bebiri tempatan. Yang telah menempuhi pelbagai badai dan ranjau sepanjang kembaranya sebagai penternak.

Yang telah pun .... berjaya.

Syabas Tuan Haji Mahrawi!

Terima kasih di atas sumbangan tuan kepada negara, dan sekuriti makanan negara!

Terima kasih juga kepada semua pembiak sekalian!

Salam!






2 comments: