"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Saturday, May 31, 2014

PELAWAT JUMAAT DAN SABTU


Jumaat. Tuan Azuan berposing dengan kambing dua ekor yang diorder itu hari. Cara ikat kambing ni lain sikit banding yang biasa aku buat.


Guna Pajero Tuan Roslan. 

Aku sedang berkira kira nak guna smartphone. Jadi aku sibuk riki dan bertanya perihal smartphone yang diorang gunakan. Tapi.... bila aku pikir smartphone ada whats app, aku jadi takut. Kensel ahh. Guna handphone buruk lah dulu. Seram aku tengok whats app.


Masa yang sama dengan kedatangan Tuan Azuan dan Tuan Roslan, aku diterjah oleh penternak muda dari Teluk Intan. Bro Amir dan bro Miji.

Bujang. Umur 28. Ada projek kambing part time. Dah 5 tahun usia projek. Haaa.... nanti aku nak terjah dan korek pengalaman diorang. Mesti best punya cerita ni. 


Sabtu. Pagi semalam aku sebenarnya terjah tiga kandang berhampiran. Aku memperkenalkan seorang penternak baru kepada rakan rakan penternak yang lain. Dan sebelah petang aku diterjah pula oleh Tuan Johari dari KL. Beliau kerja di Sime Darby. Sebelum itu di Golden Hope. Umur 43. Sedang berkira kira untuk start projek kambing. Mungkin di Sri Iskandar.

Aku pikir Sri Iskandar adalah township yanga sangat berpotensi. Penuh dengan penduduk yang tinggi kuasa beli. Aku sendiri rasa macam nak buat projek kat sana. Hehehe ada sapa sapa nak jv ngan aku?

Walaupun disana baru je ditutup sebuah ladang kambing baka australia jutaan ringgit, tapi itu tak menghalang ladang kambing lain untuk bercambah. Biasaklah bisnes gagal bisnes hidup. Strategi lain lain. 


Ladang aku sebenarnya ladang komersial pertama yang dikunjungi Tuan Johari. Sebenarnya aku bukan komersial. Aku semi komersial. Status komersial kena ada 500 ekor ke atas. Atau sekurang kurangnya 250 ibu kambing. Aku cuma ada tak sampai 100 ibu. Kecik je aku ni. Kecik banget. Penternak 'nothing'. (Pinjam perkataan dari mr somebody). 


Tuan Johari sedang berfikir untuk.......... crossing the line. A very major decision.  Aku dah terangkan pros and cons. Aku harap Tuan Johari dapat pergi melawat ladang lain untuk mendapatkan lebih banyak input dan sudut pandangan yang berbeza. 

Ok. Terima kasih kepada semua pelawat pelawat. Ada masa dan kesempatan, kita akan berjumpa lagi.

Salam hormat!




KIRAAN ZAKAT KAMBING

Selamat sejahtera semua pembaca,

Kali ni cerita sikit pasal zakat kambing berdasarkan apa yang aku dengar dan faham dari Mufti Perak dalam slot Bicara Bersama Mufti pada sebuah pagi Jumaat beberapa tahun yang sudah, dan huraian Ustaz Azhar Idrus perihal pengiraan zakat ternakan spesifiknya kambing. Juga panduan zakat ternakan dari Pejabat Agama dan ustaz ustaz di kawasan aku.

Pertama sekali kambing cukup umur bukannya dua tahun. Tetapi setahun sehari. Yakni masuk tahun kedua. Mana mana penternak yang simpan rekod lahir atau ingat kambingnya lahir bila - takdak masalah. Senang cerita. Tapi sapa yang tak simpan rekod, kena tengok gigi kambing. Dah bersalin atau belum.

Dan berdasarkan pengalaman aku, kambing kambing walaupun dah terlajak umur setahun sehari, malah ada yang setahun setengah, gigi tak salin salin. Masih gigi susu. Jadi elok simpan rekod, agar operasi kita lebih cekap dan lebih menguntungkan.

Kemudiannya masuk cerita zakat.

Zakat ternakan lebih kepada zakat dalam usaha membiakkan. Dan zakat ternakan, syarat utamanya ialah cukup haul (tempoh atau umur kambing) dan cukup nisab (bilangan kambing). Kena faham betul betul.

Maknanya kalau kambing kita ada 200 ekor termasuk anak anak kambing yang belum cukup umur, 200 itu cukup nisab tapi tak cukup haul. Kena identify kambing yang dah cukup umur dana berapa bilangannya - baru masuk kiraan kambing untuk dizakatkan. 

Nisbah zakat kambing ialah seperti berikut:

40 ekor kambing cukup umur - 1 ekor kambing
80 ekor kambing cukup umur - 2 ekor kambing
120 ekor kambing cukup umur - 3 ekor kambing
200 ekor kambing cukup umur - 4 ekor kambing
setiap 100 ekor berikutnya - 1 ekor kambing

DAN ini sebenarnya adalah untuk kambing yang dibiakkan secara gembala dimana makanan utamanya adalah rumput dan dedaun yang tumbuh bebas di bumi ini.

Bagi penternak yang buat sistem intensif atau makan tanggung dimana kambing dikurung sepenuhnya dan makanan diberikan, tak kisahlah dedak atau cut n carry, maka operasi sebegini  tidak dikenakan zakat ternakan. Ianya dikenakan zakat perniagaan.

Bagi yang buat operasi trading, dimana kambing keluar masuk, pun dikategorikan sebagai zakat perniagaan, bukannya zakat ternakan. Operasi fidlot pun sama - masuk kategori zakat perniagaan. Zakat jual beli. 

Bagi yang buat separuh separuh, contohnya kambing makan dedak atau rumput tambahan setelah digembalakan, haaa... ini special case. Macam aku juga. Kambing aku gembala dan tiada dedak diberikan, melainkan kalau beranak dua dan jantan yang sedang digemukkan. 

Kes macam ni -  masukkan kategori zakat perniagaan dan juga zakat ternakan. Serentak. 

Tapi sebenarnya boleh je masukkan terus semuanya sebagai zakat ternakan. Walaupun nampak tinggi 'zakat'nya tetapi mana mana operasi gembala mampu je untuk bayar zakat ternakan. Kalau dah gembala, kena pula menggunakan genetik tempatan, terus jadi operasi low input. Takde hal lah tu. 

So ini semua adalah pemahaman aku. Aku mohon maaf sekiranya tersilap tafsir dan salah cerita. Untuk lebih pasti, rujuklah ulama ulama yang berhampiran dengan kita. 

Dan Allah lebih Mengetahui.

Assalam!


Thursday, May 29, 2014

SEMALAM DI LADANG

Terlebih dahulu Alfatihah buat almarhum Sultan Perak yang merupakan alumni MCKK, dan takziah buat ahli keluarga baginda. Semoga rohnya dilimpahi rahmat Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 

Baik. Semalam aku diterjah kanak kanak dari sebuah rumah perlindungan orang kurang upaya dan terbiar dari Teluk Intan. Rumah Titian Ashraful Rohaniah. Tapi nama pendek aku panggil aje Rumah OKU. 

Bagi aku, kanak kanak di rumah ini adalah benar benar yatim piatu. Mak bapak masih ada tetapi mereka ditinggalkan. Terus ditinggalkan. Mereka tidak disayangi. Mereka tidak dihargai. Mereka dianggap tidak wujud oleh mak ayah mereka sendiri. Dan ini sangat tragik. Sangat sangat tragik. Aku tidak menyangka yang kita manusia boleh sampai ke tahap ini.

Setiap kanak kanak ini ada cerita tragis mereka sendiri, dan aku kadang kadang berair air mata dan menangis dalam hati bila mendengar kisah hidup mereka. Begitu juga dengan kisah hidup para OKU dan orang tua yang ditinggalkan di rumah perlindungan ini. 

Tuan puan pembaca, Rumah OKU ini tidak mendapat bantuan rasmi kerajaan. Sumber dana mereka adalah daripada individu dan swasta. Kesibukan pilihanraya sekarang, dengan pelbagai menteri turun naik Teluk Intan, dengan kempen parti sana parti sini betul betul berhadapan Rumah OKU ni - tetapi tiada siapa pun yang menjenguk. 

Rumah OKU ini dan penghuninya.... ditinggalkan kerana tiada kepentingan. Kanak kanak yatim piatu, OKU, dan orang tua yang uzur dianggap... kurang nilai strategik. Kurang nilai korporat. Kurang nilai politik.

Dan ini sebenarnya satu peluang yang sangat bernilai untuk kita mendapat limpahan rahmat dan rezeki dari Tuhan kita. Sebagaimana yang dirasai oleh para penderma individu pelbagai bangsa dan agama yang mendermakan sebahagian harta mereka kepada Rumah OKU yang sangat memerlukan bantuan tetapi tidak meminta minta, aku juga merasa limpahan rezeki dari Tuhan bilamana aku menafkahkan sedikit harta kepada mereka. 

Ya aku pikir Rumah OKU ini suatu peluang keemasan untuk mereka yang mencari keredaan Tuhan. Siapa siapa yang nak menderma, elok sumbang terus kepada mereka. Kalau ada wakil rakyat yang sibuk sibuk nak pungut sumbangan untuk Rumah OKU ni, tak payah layan. Mengarut aje. 

Elok kita semua direct aje bagi sumbangan. Jangan guna langsung orang tengah. Risiko tinggi sumbangan kita tak sampai pada tangan yang sepatutnya. 

Ok. Gambar gambar semalam. 

Hai! Budak budak ni sibuk main lumba lari. Kat rumah diorang takde padang atau laman nak bermain main. Jadi diorang guna laman ladang aku. Takpa takpa mainlah korang. Dan oh! Ada budak kecik umur dua tahun kat belakang tu.. Hello! Kenapa tak nak main? Takut kuda ye?

Dan kepada sapa sapa nak jadi mak atau ayah angkat kepada budak budak ni, boleh hubungi Tuan Pengurus Rumah OKU. Ada juga baby umur 6 bulan di Rumah OKU ni. Cerita baby ni aku belum korek lagi. 

Aku rasa ini kali ketiga atau keempat buat tahun ini yang ladang aku dikunjungi budak budak ahli syurga ini. 


Run Forrest! Ruuuuunnnnnnn!!!


Yang belakang ni dah pancit.. Dan aku gagal  men'cheerleader'kan dia.. aiii


Boer dua ekor tercengang cengang tengok budak budak ni lari kesana kesini


Penat eh? Nanti uncle bagi air minum


Budak budak ni suka main dengan Diego, dan Diego pun suka main dengan diorang

Tapi aku ada saspen juga bila budak budak ni datang menerjah ladang aku. Biasalah budak budak. Suka kejar kambing. Habih kelam kabut kambing dan anak kambing dalam kandang dibuatnya. Lari sana lari sini. Pehhh jangan sampai roboh kandang uncle sudahlah ye! Buahaha....


Tengah prepare untuk upload kambing ke dalam van. Aku keluarkan zakat ternakan untuk mereka. Rumah OKU ni ada bela kambing. Tapi kecik kecik ajelah. Kalau ada rakan rakan penternak yang nak berzakat ternakan, boleh juga beri terus kepada mereka. 

Lagi bagus kalau sapa sapa yang terlebih duit, besarkan kandang diorang ni. Boleh letak lagi banyak kambing.


Anak anak ini tetap gembira walau apa pun yang terjadi pada diri mereka. Betul kan? Kanak kanak adalah segembira gembira manusia, dan seikhlas ikhlas manusia. Semoga Tuhan merahmati kamu semua!


Bye! Jumpa lagi! Terima kasih kerana datang melawat uncle dan kambing kambing, kuda , ayam, itik, monyet, ikan, ..... uncle!

Ok. Itu cerita belah pagi sampai tengahari. Let see, apa yang aku buat selepas itu..


Diego cuba nak keluar. Dia tahu macam mana nak buka selak pintu pagar tu.


Ada lagi batman kat rumah aku. Aku dah buang tujuh ekor sebelum ni. Tapi datang balik.  Memang rumah aku dah jadi batcave lah. 


Donald Duck dan Daisy Duck sedang meratah pokok dalam kebun


Aku bersilat dengan ayam bengong ni. Boleh pula kepala lutut aku dipatuknya. Cinabeng punya ayam!

*Semua pelawat kena hati hati dengan ayam bengong ni. Dah ada pelawat yang kena patuk. Aku mohon maaf kepada Tuan Nordin (ayah Hariz) dari Setiu, Terengganu yang pernah di'cop mohor' oleh ayam cinabeng ni.  I am very sorry sir!


Situasi garam jilat KNZ universal multi. Cepatnya. Dah nak abis..


Situasi garam jilat SK. Macam takde apa apa je. Buahaha. Tapi aku masih prefer SK banding KNZ universal multi. 


Ooohhhh... it's a hot day!


Hellooo!


Palung makan sebelah dalam adalah 'bad idea'.


Palung makan sebelah dalam adalah 'really really bad bad idea'.


Red Fellow sedang berkira kira untuk merempit bersama dedak 50kg dibelakangnya.


Eh Red Fellow! Baik ko mengucap dulu. Mengucap banyak banyak. Sesungguhnya syurga itu dibawah tapak kaki ibumu. Eh? Ko ada mak ke?


Red Fellow sedang merenung masa depannya .... 


Red Fellow sedang bermeditasi merenung masa depannya  pada 'port' yang lebih afdal... yeah that's more like it.

Ok. Itu saja buat kali ini. Terima kasih semua!

Semoga usaha biak kambing rakan rakan pembiak diberkati Tuhan Maha Perkasa!


Wednesday, May 28, 2014

TAMBAH KAMBING

Semalam beli kambing dua ekor. Nak dijadikan stok membiak. 'Red Fellow' bertindak sebagai juru kaunseling yang berjaya menenangkan dua ekor kambing baru tersebut sepanjang perjalanan. Syabas Red Fellow!

Rakan pembiak yang aku beli kambing ini mengamalkan sistem yang serupa dengan aku - gembala. Bila sampai kandang aku, diorang dah pandai turun naik kandang makan rumput kat bawah. Tak yah kuarantin kuarantin. Cemerlang!

Tuesday, May 27, 2014

YANG TERSEMBUNYI DENGAN IRISH GREAT FAMINE

Bila genetik tempatan ditinggalkan.

Irish Great Famine yang berlangsung 1845 -1849 di Ireland dimana lebih 1 juta kematian direkodkan, sebenarnya, ialah Irish Potato Famine. Ketika itu kentang telah menjadi makanan ruji kebanyakan rakyat Ireland, dan Ireland semasa itu adalah dibawah pemerintahan British.

Dan kentang sebenarnya bukanlah tumbuhan asal di Ireland yang beriklim temperate. Tak pernah wujud. (Penting fakta ni). Tetapi pada 1500 ia dibawa oleh kelasi Amerika Selatan, dan perlahan lahan diperkenalkan. Pada 1800 ia telah pun menjadi sangat popular dan menjadi tanaman pilihan kebanyakan petani.

Ok. Dalam masa 300 tahun, didapati kentang pergunungan Amerika Selatan (penting penting! - amerika selatan beriklim panas lembap tetapi kawasan pergunungan ini memiliki subzon temperate) boleh adaptasi dengan elok dan jayanya di Ireland. Mestilah, sebab cuaca hampir sama. Pergunungan yang sejuk dan kebetulan - kering. 

Sejuk dan kering. Kena ingat ni. 

Ireland dan pergunungan Amerika Selatan tempat asal kentang - memiliki cuaca hampir sama. Jadi kentang membiak subur.

Lebih lebih lagi bila varieti baru diperkenalkan. Lumper. Hybrid. Kacukan. Hasil kentang melonjak tinggi. Semua orang sibuk makan kentang tanam kentang. TETAPI baka Lumper ialah terbitan genetik asing - dari Amerika Selatan juga. Jenis high yield. 

Lumper tiada genetik tempatan atau genetik asal atau genetik kentang liar yang tumbuh di Amerika Selatan. TIADA genetik yang telah terbukti tahan hidup selama ribuan tahun dengan perubahan cuaca. 

DAN bila cuaca berubah di Ireland bermula 1843, dimana iklim menjadi lebih lembap dan lebih sejuk - kentang Lumper yang meluas kawasan tanamannya diserang oleh suatu penyakit kulat yang aneh lagi berbisa : 

Phytophtora infestans

Semua tanaman kentang Lumper gagal. Meluas. Seluruh tanah Ireland. Dan bukan sahaja varieti Lumper yang terkena tempias, tetapi semua varieti kentang di Ireland diserang juga kulat berbisa tersebut. (Mereka juga bukan 'native' bukan pribumi kawasan tersebut). 

Potato blight telah memunculkan diri.

Kebuluran melanda. Wabak penyakit menyerang dan merebak. Kematian demi kematian. 

Impian syurga makanan yang melimpah limpah bertukar menjadi mimpi ngeri  kebuluran dan derita.

Dan...Ini bukan kemarau tuan puan. Ini cuma sedikit perubahan cuaca. Hujan tambah sikit..

Apa yang nampak promising selama 300 tahun, apa yang nampak ok selama 300 tahun, apa yang nampak melimpah ruah selama 300 tahun - semuanya - lenyap punah dalam masa yang singkat.

Genetik asing yang dibayangkan menjadi penyelamat..... tersungkur rebah dan membawa bersama samanya, kesengsaraan kepada seluruh rakyat Ireland. 

Dan rupanya hampir di seluruh dunia, dan di pergunungan amerika selatan tempat asal kentang, juga diserang phytophora infestans. Tetapi.... sebahagian besar kentang di kawasan pergunungan ini telah pun dikacukkan dengan genetik liar genetik pribumi kawasan itu. Jadi serangan potato blight adalah terhad dan tidak memudaratkan.

Genetik tempatan adalah penyelamat..

Sekarang kita semua nampak apa yang sebenarnya terjadi ketika Irish Potato Famine. Para petani terlepas pandang akan kekuatan genetik tempatan genetik asal sesuatu kawasan. Sebaliknya genetik asing dijulang julang kehebatannya. Dianggap sebagai hero kerana pulangan yang nampak sangat meyakinkan. 

Sayang sekali strategi itu gagal dan membawa bencana kepada seluruh rakyat.

Sama juga lah ceritanya dengan kita penternak ruminan sekarang. Kita nak mengulang sejarah Irish Great Famine. Kita ni zon cuaca panas lembap. Kacang adalah genetik pribumi kawasan ini. Tetapi kita sibuk dengan dasar pandang ke australia yang cuacanya panas kering. Kita fikir baka baka zon panas kering sesuai dibiakkan di kawasan tropika kita - malangnya itu hanyalah khayalan kita semata mata.

Baka zon cuaca yang berbeza dengan kita pasti sukar dibiakkan. Dan kalau ia berjaya dibiakkan ia memerlukan input yang tinggi. Melainkan kalau kita guna sebagai genetic improvement untuk mempelbagaikan varieti baka. Maknanya kita kacukkan dengan genetik tempatan kita. Yang ni masuk akal. Yang ni ada chance survival bila ada perubahan cuaca dan serangan penyakit.

Selagi ada paksi pada darah tempatan, peluang kejayaan dan survivability usaha biak kita - ada..

Kita kena yakin dengan nilai tinggi darah yang mengalir dalam tubuh kita. Kita adalah anak watan. Kita adalah pribumi kawasan ini. Kita tumbuh dari tanah ini. Kita muncul berkembang biak dengan hasil mahsul tanah sini. 

Hargai darah kita. Hargai genetik tempatan.

Darah kita penyelamat kita!




SEMALAM DI LADANG

Tuan Borhan beli kambing jantan dua ekor dengan aku. Untuk kakak dia. Rupanya kakak dia bernazar atau berjanji dengan Tuhan, sekiranya kanser payudaranya sembuh, dia akan sembelih kambing untuk dibuat kenduri kesyukuran.  

Kansernya sembuh. Alhamdulillah. 

Payah nak dengar cerita kanser boleh dilawan balik. Takde guna ubat hospital. Takde guna chemo. That's good. 



Dan hari ini pekerja aku masakkan kerang untuk aku. Banyakkk weh! Tak terhabis aku.. apa pun terima kasih, dan aku kena ganti balik dengan lauk lain. Hmm...


Garam knz jenis universal multi. Empat hari setelah diletak. Cepat dijilat tapi tak berapa 'kaw' untuk prestasi kambing.


Garam SK thailand. Empat hari setelah diletak. Slow. Slow betul. Tapi aku prefer yang ini untuk prestasi kambing. 


Hari ini aku banyak repair kandang. Biasaklah kandang dah lama lagi uzur. Nasib baik guna kayu masak untuk lantai 1x2. Tahan sikit. 


Sebaiknya jangan guna kayu 2x3 sebagai gelegar bawah lantai 1x2. Cepat reput. Elok guna 2x4. Tahan sikit. 


Sekarang banyak hujan dan basah tempat aku. Bila kambing balik kandang, banyak kaki yang penuh darah akibat digigit pacat. 


Lagi pacat.. masa mula mula aku bela kambing, aku kelam kabut tengok kaki kambing berdarah. Habis sembur segala macam ubat, siap injek antibiotik lagi buahaha...


Budak dua kaler tu ada abang


Ni abang dia



Pergi pasar malam di kampung cina berdekatan. Beli bakso dan tapai ubi. 



Penuh dengan ubat illegal. Supply dapat kat chow kit. Customer bukan rakyat tempatan tapi pendatang asing. 



Bakso yang belum dicampur sup. Pedas berasap merah telinga  bakso indon weh! 



Hai Haikal!  Ke"OKU"annya tak menghalang dia membantu kakak bakso. Syabas!

Ok. Itu saja untuk semalam. Jumpa lagi!





SPIDEY'S FUTURE NEMESIS

I'm mad. I'm evil.

Therefore I'm going to dedicate my life to dominate the world. But first I must defeat Spiderman. And for that to happen, I need a creature to turn into a monster. Again. Usual stuff.  (Of course, I'm mad, I'm evil, I will always need a monster - I can not run away from that script). 

Here is a fellow whom I think is a suitable candidate for my monster project. 



Yeah! Cicak Man. I'm going to find a way to turn this little fellow into a horrifying monster. How? .. Well... I haven't think it proper. I'm mad, I'm evil, but I do not say I'm genius. 

I need more time on that. 

You just wait Spidey!

Monday, May 26, 2014

I NEED A HERO!!!

Custom made salt lick. That is. Yeah babehhh!!! That kind of hero...

Bagi aku garam jilat sangat penting untuk produktiviti ternakan. Kena pula yang buat breeding atau pembiakan. Sangat sangat penting. Lebih penting dari dedak. 

Dedak takde takpe lagi. Jangan garam jilat takde. Habih punah prestasi ternakan kita dibuatnya. Boleh jatuh merudum dahsyat.  Tak boleh buat main main pilihan garam jilat. Pilih yang betul betul elok. Baru tiptop kambing kita.

Ok. Mari kita semua perhatikan dua jenis garam jilat yang aku gunakan sekarang. Dan aku menjemput semua pembuat garam jilat untuk hantar quotation atau product description kepada aku. Mana tahu aku berkenan. Nanti aku boleh tolong promote. 

Buat masa ini aku ada dua pilihan. KNZ buatan Holland, dan SK buatan Thailand. Aku akan terangkan secara ringkas sahaja. Aku tak akan pergi detail. 

Atas Holland mari. Bawah Thailand mari.

Kambing aku suka jilat garam KNZ universal multi nih. Masalahnya formulasi adalah universal. Semua binatang boleh. Tak spesifik untuk keperluan kambing. Copper takdak. Kalsium takdak. 

Banyak mineral berada pada tahap 'bare minimum'. Garam yang lebih. Memang jelas terasa kemasinannya. Pasal tu kambing suka jilat. Tapi tak berapa 'kaw' untuk performance kambing. 

KNZ sebenarnya banyak formula. Ada khas untuk fertility, ada untuk production, ada untuk pertumbuhan pantas, ada untuk Jepun, ada untuk tenusu - tapi susah nak dapat dalam pasaran Malaysia. 


Ok. Yang ni Thailand. Ada copper. Ada kalsium. Banyak mineral pada tahap yang lebih tinggi berbanding KNZ Universal. Tak sesuai untuk bebiri nih. Kambing dan lembu boleh. Tapi kambing aku tak berapa suka garam jilat ni. Slow jilatnya. Lama tunggu baru nak habih. Sebab tak berapa masin. Kalau dah campur kalsium macam tu lah jadinya. Tapi aku prefer guna yang Thailand ni.


Tetapi, bagi aku dua dua jenis garam jilat ini masih tidak dapat mengeluarkan potensi penuh kambing pedaging di Malaysia kita ini. Kita kena betul betul spesifik. Highly specialised. Custom made.

Aku menyeru dan aku sangat mengharap semua universiti, institut dan sekolah pertanian di Malaysia agar mengkaji dan melihat sebetul betulnya keperluan nutrisi kambing pedaging, kambing tenusu, lembu pedaging, lembu tenusu dibawah pelbagai sistem yang berbeza. 

Misalnya, kita kaji apa dan setakat mana tahap mineral  dalam darah kambing pedaging yang dibiakkan secara gembala dibandingkan sistem intensif. Kita juga kaji apa dan setakat mana tahap mineral dalam darah kambing yang tinggi prestasi pembiakannya dibandingkan yang rendah prestasi pembiakannya. 

Kita juga kaji apa dan setakat mana tahap mineral dalam darah kambing yang pantas tumbesarannya dibandingkan yang lambat tumbesarannya.

Semuanya dibawah cuaca tropika kita, di atas bumi kita.  Bukannya ..... berpandukan kertas kajian di Barat yang berbeza cuaca dengan kita. 

Nanti kita akan nampak, perbezaan tahap mineral dan .... kita boleh rumuskan formula yang sesuai.

Bagi aku sendiri, sebolehnya aku nak garam jilat yang spesifik buatan Malaysia untuk kambing pedaging yang dibiakkan secara gembala bawah sawit, dan garam jilat yang khusus untuk ibu kambing beranak, dan garam jilat yang berlainan formula untuk anak anak jantan yang sedang digemukkan.

Ye aku nak tiga garam jilat yang berlainan dalam operasi aku. Itu belum kira operasi rakan rakan pembiak yang berbeza sistem dengan aku. Yang buat intensif dah tentu lain keperluannya.

Lagi lagi boleh biar sampai ke tahap wujudnya pembuat garam jilat yang target betul betul spesifik atas ladang aku. Custom made. Biar setiap penternak dan pembiak memiliki access kepada garam jilat yang spesifik dan terbaik untuk operasinya. Bawah sawit lain. Tepi laut lain. Atas gunung lain.  Haaa... ini macam  masa depan yang aku bayangkan. 

Dan itulah tanda kemajuan. Wujudnya specialist. Lagi maju lagi banyak specialist. Lebih banyak custom made. Lebih banyak yang spesifik.

Itulah hero yang aku sedang tertunggu tunggu kemunculannya..

I need a hero!!!