"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Tuesday, July 1, 2014

TINGGALKAN YANG LIAR

Ada 44 ayat dalam AlQuran berkenaan binatang ternak. Cuma 1 ayat berkenaan binatang liar. Dan 4 ayat berkenaan binatang buruan. Jelas sekali betapa pentingnya binatang ternak, bukannya binatang liar atau buruan, untuk umat manusia.  

Perhatikan satu ayat. AlHaj:34. Terjemahannya:

" Dan bagi tiap tiap umat, kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain lainya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang binatang TERNAK yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya; dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang orang yang taat; "

Tiada sangsi. Tiada ragu. Tiada lagi dolak dalik. Perhatikan setiap patah perkataan dalam ayat di atas dengan teliti. Renungkanlah makna ayat dari Sang Maha Pencipta ini. Sedalam dalamnya.

Tuhan mahu semua binatang yang disembelih untukNya adalah ..... yang diternak. Yang susah susah kita tundukkan, kita biakkan.  Bukannya yang liar. Bukannya yang feral. Bukannya jenis lepas tanpa gembala. Bukannya jenis tidak bertuan. Bukan jenis perosak.

Malangnya kita berani ambil kambing feral atau kambing liar dari kafir australia, yang kafir australia sendiri anggap sebagai perosak dan 'worthless' - sebagai penyembahan untuk Tuhan Yang Maha Agung. Dimanakah maruah kita sebagai umat yang dihadiahkan AlQuran?

Berapa lama kita nak sembunyikan kebenaran ini? Berapa lama kita akan mencipta seribu alasan untuk memperolokkan ayat Tuhan ini? 

Kita jauh dari AlQuran. Kita jarang membacanya. Dan untuk itu, kita dihadiahkan Tuhan dengan kegelapan dan kesesatan. Tenggelam kebenaran. Berleluasa kepalsuan. Kita bertuhankan duit. Bukan lagi bertuhankan Allah.

Lantaran itu kita derita. Dipijak. Ditindas. Sedangkan kalau kita kembali kepada ayat ayatNya, pasti dan pasti, umat Islam akan bangkit menguasai dunia. Secepat cepatnya.

Dan aku tahu, ada kalangan rakan penternak yang berkepul kepul berasap menahan amarah lantaran kenyataan ini. Tetapi sebelum ada kalangan kalian yang menyerang aku, yang menuntut keterangan dari aku, ...... seranglah Sang Maha Bijaksana yang mencipta kalimah kalimah ini dan menurunkan AlQuran. 

Seranglah para anbiya' yang menjadi penternak kambing. Seranglah Sang Maha Pencipta yang menciptakan kita semua anak cucu Adam dari setitis air mani, seranglah Sang Maha Perkasa yang menundukkan binatang ternak untuk manfaat kita, seranglah Sang Maha Mengetahui yang mahukan kita menjadi umat terbaik,.....

Seranglah Dia. Rabbul Alamin. Penguasa sekalian alam. 

Pasti Dia ada jawapannya.

Pasti.

No comments:

Post a Comment