"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Tuesday, June 3, 2014

SINGGAH KEJAP PPK LANGKAP

PPK Langkap tepon aku. Suruh isi borang untuk program Unit Agropreneur Muda. Jadi aku pun menyinggah lah kejap kat PPK Langkap. Aku ingat nak singgah dua tiga minit, tapi jadi lama sebab aku terserempak dengan 'somebody interesting', dan aku akan cerita dalam post lain kali. 

Gambar gambar di PPK Langkap pagi ini.

Nice. Beautiful. Just not so sexy. 

Oh! iklan promosi Dana Peladang Kebangsaan. Khas untuk para peladang. Islamik. 

Keuntungan yang sangat kompetitif, pembiayaan yang berdaya saing, perkongsian kekayaan negara kepada ahli peladang. Hmmm....

Aku harap para promoter DPK tidak lagi menggunakan tagline keuntungan dijamin. Ini kerana untung dijamin adalah haram disisi Islam. 

Dan ya aku fikir kita golongan petani penternak nelayan boleh melabur dalam DPK. 

Ruang menunggu PPK Langkap

Ada pinjaman mudah untuk ahli Unit Agropreneur Muda (UAM) sehingga $300,000. Sasaran UAM ialah melahirkan usahawan tani berpendapatan lebih $5000 sebulan. Nice!

Terbuka kepada belia 18-40 tahun. 

Tumpuan adalah kepada projek pertanian bernilai tinggi dan menggunakan teknologi moden. Uh oh uh oh - nampaknya kefahaman low input-high output belum masuk dalam pemikiran policymaker bidang pertanian. 

Realitinya semua peladang berpengalaman tahu... ke mana hala tuju kebiasaan program program yang prioritikan high value high tech sebegini. Tapi takpa takpa  kita asbabun nuzul khusnu dzun. Kita semua beranggapan sepertimana peserta baru bidang pertanian :) ..... ok ok ok

Frankly, aku pikir semua peserta baru patut didedahkan dengan program pertanian low input terlebih dahulu. Bila dah mahir ada pengalaman ada reputasi, boleh migrate kepada program high value high tech. 

Make it simple. Make it basic. Make it easy. Make it accessible. MASTER the basic first. Itu caranya nak meninggikan tahap pengeluaran makanan dalam negara. 

Lagi info pasal UAM.

Terima kasih kepada PPK Langkap kerana mengingatkan aku untuk isi borang UAM. Dan besarlah harapan aku agar objektif UAM tercapai suatu hari nanti. Terima kasih Kementerian Pertanian! Terima kasih kepada semua agensi kerajaan yang terlibat dalam menjayakan program program sebegini!

Selamat membiak!


2 comments: