"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Wednesday, May 14, 2014

BILA MASA AKU ANTI NAPIER?

Ada pihak yang fikir aku anti napier.

Kelakar juga ni. Tapi takpe. Aku tak naik angin, dan aku akan beri penerangan sekali lagi. Harapnya kali ini lebih jelas. 

Baik. Kalau kita cukup 'observant' dengan ruminan kecil kita, kita tahu yang bebiri suka makan rumput, dan kambing suka makan dedaun. Dan mana mana ternakan yang dapat makan makanan kesukaannya, pasti akan memiliki potensi pembiakan yang lebih baik. Kambing yang dapat makan dedaun pada kuantiti yang cukup, atau hingga dia puas, akan lebih pantas beranak, atau lebih pengeluaran susu, atau cepat tumbesaran badannya. 

Dalam masa yang sama, kambing makan juga rumput. Macam napier. Apalagi kambing yang dibela cara intensif (berkurung), memang dibedalnya segala jenis rumput, dan makanan yang kita berikan. 

Dan kalau kita ada guna dedak, maka penggunaan rumput seperti napier tidak mengurangkan prestasi kambing dengan ketara. Ini kerana dedak membekalkan tenaga pantas, sama seperti yang dibekalkan oleh dedaun - minus tannin dan enzim dan omega 3 dan zat zat tertentu.

Tapi kalau takde guna dedak, dimana kita bergantung sepenuhnya kepada rumput napier, maka aku fikir, akan wujud penurunan prestasi yang dramatik. Kambing boleh membulat, tetapi lambat membiak. 

Ye aku fikir dan aku perhatikan, begitulah jadinya.

Bagi kambing, untuk tujuan pembiakan :

Napier + dedak = ok. 
Napier + dedaun = ok.
Napier + dedak + dedaun = lagi ok.
Napier sahaja = tak ok.
Dedaun sahaja = ok. (tapi jangan guna 100% daun sawit).

Dan saiz napier (dan foraj) yang dimesinkan memainkan peranan besar dalam penentuan kekuatan penghadaman seterusnya kesihatan kambing. Jangan halus sangat. Memang cepat hadam, memang cepat gemuk, tetapi jangka panjang semua kambing akan 'collapse'. Tak akan perform. Kurus kurus jadinya. Makan mewah tapi macam takde apa. Total loss. Kena write off aje semua kambing tu. Kecik harapan nak pulih. 

Jangan panjang sangat. Nanti banyak sangat 'wastage'. 

Sedang sedang gitu. 

Ini kerana mereka adalah ruminan. Mereka perlu ruminate. Mereka wajib ruminate. Mereka memang perlukan makanan yang sukar dihadamkan. Mereka memang perlukan makanan yang ambik masa untuk diproses. Mereka mesti dibiarkan termenung mengunyah perlahan lahan makanan mereka. Mereka mesti dibiarkan diam diam tenang tenang terkebil kebil. Mereka gembira sebegitu.

Tabi'e mereka.

Ok. Itu sahaja kali ini. Aku harap aku lebih jelas. Ye, aku bukan anti napier. Boleh je guna napier untuk kambing. Dalam keadaan yang sesuai.

Selamat membiak!


Say ok to napier! 

(Napier jenis apa ni? Lain macam je? Ke aku yang tak kenal napier? Kihkih.. Lama sangat tak potong rumput. Inilah jadinya).

4 comments:

  1. Ambo hari2 potong rumput,sebab masih dlm suasana intensif lagi,tapi ambo campur semua jenis rumput yang ada kat padang tu beserta ngan pokok paku pakis.Dan rumput tu susah ambo nok bagi tau namanya,takut tak sama sebutan ngan tempat lain.Kambing ni suka makan bermacam macam.Asal masuk mulut dia pahit pun ditelannya.Ambo tak ajar makan napiar ni,susah sangat nak tanam sini,lembu banyak.Ambo tak nak manja2kan sangat kambing ambo,takut dia jadi cerewet.Susah ooooooo!

    ReplyDelete
    Replies
    1. foraj campuran style tok ba baik untuk kambing. tak guna dedak pun takpe.

      Delete
  2. Cuba kau cari bahagian yang kau kata rumput napier ni mitos
    ... http://alwigoatfarm.blogspot.com/2013/12/war-against-myth.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih banyak banyak tuan mohd azzam ahmad kerana mengingatkan saya. ye betul rumput sebagai makanan utama kambing adalah mitos.

      dan saya sangat tidak bersetuju rumput dijadikan makanan utama kambing. masih selari dengan yang terkini. post terkini merujuk kepada sistem intensif, dimana wujud kekangan untuk sumber dedaun. Apalagi bilangan besar.

      rumput dan dedak adalah strategi alternatif dalam pemakanan kambing sistem intensif. kalau dapat gunakan dedaun walaupun sedikit adalah lebih baik.

      hmm.. adakah saya jelas? kalau belum, saya minta maaf atas kekurangan dan salah silap. Terima kasih tuan!

      Delete