"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Thursday, April 2, 2015

NENEK KEBAYAN SILAP MASAK

Lebih kurang sebulan setengah  yang sudah, aku mula menggunakan antistress secara kerap kepada kambing kambing aku. Belum pernah dalam sejarah selama 10 tahun biakkan kambing, aku menggunakan antistress. 

Tapi kali ini, bermula tahun ini, bermula sebulan setengah yang sudah - aku menggunakan antistress, dan aku guna secara kerap. Malah.... boleh dikatakan bergantung.

Sebabnya? Stress load yang sangat tinggi kepada kambing kambing. Visitor stress. Dan heat stress. Dan trade stress.

Frekuensi pelawat yang semakin tinggi, intensiti cuaca yang semakin panas dan sejuk, dan kekerapan kambing imigran keluar masuk yang meningkat - semuanya bersatu bergabung menghasilkan amaun stress yang sangat tinggi kepada kambing kambing pembiakan. 

Secara biologinya, stress akan menyebabkan stok vitamin dan mineral dalam badan berkurang drastik dalam usaha badan untuk meneutralkan kesan buruk stress yang menimpa. Jadi bila simpanan vitamin dan mineral berkurang, atau negatif - maka banyak proses fisiologi dan metabolisme badan terganggu. 

Kambing kurang daya tahan terhadap penyakit dan parasit, kambing lambat respon terhadap ubat ubatan yang diberi, kambing lambat menggemuk, kambing mudah gugur, saiz anak yang kecil semasa dilahirkan, dan.... bla bla bla yang negatif. Panjang senarainya.

Pendek kata, prestasi kambing memang merudum.

Kena bagi antistress. 

Dan biasanya antistress datang dalam bentuk tepung vitamin/mineral yang larut dalam air. Bagi kambing minum. 

Adakah antistress ini berkesan dalam menurunkan stress kepada kambing?

Ya. Ianya berkesan. Apalagi bila digunakan bersama elektrolit, dan...... bahan X. (Aku akan cerita kemudian apa bahan X ni). 

Oh! Aku tak ambil gambar pula sampel sampel antistress yang aku gunakan. Nanti dalam post mendatang aku akan tunjuk. 

Biasanya antistress ni aku beri dalam baldi air minum kambing. Bila kambing balik dari gembala, dia akan minum. Dan bila aku nampak keberkesanan antistress ni, aku pun mula nak cari jalan mudah bagi semua kambing dapat minum dan tak mahu susah susah bubuh gaul antistress dalam tiap tiap baldi.

Maka aku buat keputusan, aku bubuh je antistress ke dalam tangki besar atas kandang. Yang berkapasiti 200 gallon setiap satu. Aku ada dua. Jadi kapasiti total 400 gallon. lebih kurang 1600 liter. Boleh la tahan 3-4 hari untuk 300 ekor kambing.

Haa senang sikit kerja. Semua kambing dapat minum, termasuk yang dalam petak petak beranak. Dan aku dah tak payah susah susah bubuh tiap tiap baldi. 

...... itu apa yang aku pikir. Yang aku buat. Dan.... aku nampak kesilapan aku.


Yep. Nenek kebayan sanggup panjat ke atas, dan memasak preskripsi terbarunya untuk rakyat kambeng yang tercengang cengang memerhatikan aksinya.

Nenek kebayan fikir dia sedang buat apa yang terbaik, tetapi....

Ok. Masalah yang timbul bila buat macam ni ialah..... besoknya air dah basi. Dah berbau dah masam dah langsung tak sedap.

Kambing aku pula jenis yang cerewet bila minum air. Langsung tak mahu minum air yang basi ni. Lebih rela dia minum air kotor penuh bakteria penuh protozoa kat luar kandang. Ah sudah. Parah ni. 

Pasalnya bila dia minum air luar yang kotor, dalam keadaan cuaca yang aneh, penyakit datang melanda. Cirit birit salah satu. Mungkin bakteria mungkin virus mungkin protozoa. Yang nyatanya kambing jatuh sakit dan penyakit tersebut mudah merebak.

Sepatutnya antistress mengurangkan stress, tapi bila buat macam ni antistress menambahkan stress. Nenek kebayan dah silap masak... 

Dua ekor kambing aku jadi arwah disebabkan kesilapan memberi preskripsi ini. 

Bad bad bad.

Antistress ni elok buat 'by day' aje. Masa kambing nak minum aje. Toksah buat dalam tong besar. Membazir lepas tu merugikan. Ambillah iktibar kesilapan aku ni.

Ya antistress memang berkesan. Tapi pemberiannya kena betul. 

Assalam!!


1 comment:

  1. Salam n SANSAW.hebat..hebat..!!!.guna Nenek.bukan mat Indon.
    Subst. X=Nutrival(trade name)agak mahal.
    Den pakai air jampi yg Nabi ajar + dlm tangki.WORK SMART rather then WORK
    HARD.Nabi(M) boleh tundukan haiwan ni kan pulak stress.sonang aja apa tuuu!.tq anyway good foram thru blog.tq.tq.c u again.

    ReplyDelete