"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Saturday, April 4, 2015

KE MANA HILANGNYA UBAT KAMBING?

Dalam dua tahun ini berlaku kekurangan serius jenis jenis dan kuantiti ubat ubat kambing. Bila kita tanya kedai vet - jawapan yang biasa diorang berikan ialah 'tak lepas registration'. 

Tapi apa yang berlaku sebenarnya ialah bukan 'tak lepas registration' atau 'tak diluluskan'.

Tetapi... supplier besar (big chemical and big pharma) kepada kedai kedai vet ni tak mahu nak bayar kos pendaftaran setiap ubat yang menelan belanja $5,000. Dan bukan sahaja setiap jenis ubat menelan belanja $5,000 untuk licensing fee, tapi turut merangkumi setiap jenis packing/pembungkusan bagi jenis ubat tersebut.

Contohnya kalau jenis ubat tu ivermectin. Maka licensing fee untuk jenis ubat ialah $5,000. Dan kalau ubat ivermectin tu dalam packing 50ml, 100ml, atau 250ml - maka setiap jenis packing dikenakan fee $5,000.

Sapa punye keja ni yang menyusahkan lagi mengecutkan industri?

Sapa yang sibuk sangat kenakan licensing fee ni?

Takkan semuanya menghala ke Kak Mah?


No comments:

Post a Comment