"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Wednesday, August 6, 2014

WANNABE GEMBALA!

And a little accident.
_______________________

Beberapa hari yang sudah, Tuan Sablee dari Bukit Beruntung mendaftar kelas pengembalaan di ladang aku, dan menjadi pengembala kambing buat sehari suntuk. Horeyyy! Alhamdulillah, semakin banyak orang Islam yang mahu menghidupkan sunnah para anbiya' yang dilupakan di Malaysia kita ini. 

Tuan Sablee ni sebenarnya Melayu Brunei, ada bela kambing di Sabah suatu ketika dahulu, tapi bila pindah Semenanjung, bandar pula tu, terpaksa melupakan gaya hidup penternak kambing. 

Tuan Sablee pengerusi surau di Bukit Beruntung. Dan dia bawa bilal suraunya, Bro Zul yang sebaya dengan aku dan sudah bekerja di Perodua Rawang selama 15 tahun. Komuniti Bukit Beruntung di kawasan Tuan Sablee aku percaya adalah 'close knit' dimana mereka ada banyak aktiviti bersama sama jemaah surau dan mereka semua 'pandai kambing' (pandai makan kambing, pandai sembelih dan lapah kambing, pandai cerita pasal kambing). 

Alhamdulillah, surau mereka hidup, komuniti mereka bahagia dan muafakat, dan aku doakan agar kesepakatan antara mereka bertambah kuat. (Dan agar  mereka semua lebih kuat makan kambing!)

Ok. Post kali ni kita tengok 'angle' atau sudut yang berbeza. Kecil, tapi ada manfaat untuk kita semua. Baik, aku sarankan kepada Tuan Sablee dan Bro Zul untuk bawak air minum 1500ml seorang, isi perut dulu sebelum mula gembala, dan..... pakai kasut kanvas (macam kasut sekolah) untuk tugas pengembalaan. 

Kasut kanvas adalah 'breathable' dimana udara senang keluar masuk. Kaki boleh bernafas. Kaki senang bernafas. Kaki rasa ringan. Utamanya bila banyak berjalan. Dan gembala banyak berjalan. Baaaaanyaakkkkk... dan... it can be punishing when done everyday and long term. 

Aku tak rekemen but getah atau kasut getah. Dia punya cengkam kuat. Kaki tak basah. Kaki tak kotor. Tapi kaki sukar bernafas. Kaki mudah 'kondem'. Sapa sapa yang pakai but getah, dan banyak berjalan jangka panjang akan dapati tulang belakang dan urat saraf jadi sakit. Tak boleh buat kerja. Kaki sentuh tanah pun sakit.

Kalau kasut kulit pula, dia tengah tengah. 'Breathable' tapi pada kapasiti yang berkurangan berbanding kasut kanvas. It can slow and weaken down us during the last leg of shepherding. Dan kurang sesuai untuk aktiviti kebun/gembala dibawah cuaca tropika dan tanah tropika yang lembap. Mahal. Banyak maintenance. Selalu kena kiwi. Dan tapak yang cepat haus selalu kena tukar ganti. 

Afdal guna kasut kanvas. Murah. Lasak. Ringan. Senang dan stabil untuk larian pantas. Disposable. 

Dan sapa sapa yang lebih lasak mantap tubuh badannya, akan dapati berkaki ayam (barefoot) paling membina kekuatan. Paling memelihara kekuatan. Paling tinggi darjah kebebasan. Paling.... Sparta. The real deal. The real cowboy... or rather goatboy.

Ok ok. Habis cerita kasut. Masuk cerita lain pula. Aku sampai di ladang lewat. Kambing yang digembala dah masuk kandang. Lebih kurang pukul 2pm. Aku tak nampak gembala aku. Aku tak nampak Tuan Sablee. Aku tak nampak Bro Zul. 

Yang aku nampak cuma saki baki kambing betina yang belum naik kandang tengah syok makan keliling kandang. Just where in heaven these guys go? Thor's Asgard? Pelik betul aku dibuatnya.

Nun jauh di kejauhan di hujung kandang, aku nampak kelibat Tuan Sablee. Ishhh pelik ni apahal jalan sorang sorang? Mana kawan dia ni? Aku mula rasa lain  macam. 

Rupa rupanya Tuan Sablee pegi cari kawan dia yang hilang. Tersesat. Halamak! Ini first time terjadi situasi macam ni. Biasa aku cari kambing hilang. Kali ni aku kena cari orang hilang. Nasib baik sekarang zaman handphone. Takde la teruk terkial kial nak 'locate'. 


2 petang. Tiada sesiapa. Aku cuma nampak kambing. It was eerily silent..


Aha Tuan Sablee! In a proper 'gembala' outfit. But where's your friend? Aku terpaksa lancarkan Mission Impossible Ghost Protocol untuk mencari Bro Zul.


Rupanya Bro Zul sesat 800 meter dari kandang kambing aku. Kepenatan. 


Now I know why.. a broken Nike's. Aku pikir kasut cap Nike adalah overrated sama macam terramycin spray keluaran Amerika. 

Apa pun, aku bersyukur semuanya selamat. Bro Zul dah dijumpai. Dan aku faham bagi sapa sapa yang first timer bawah sawit - memang mudah sangat sesat. Sebab pokok sawit serupa dan almost featureless. Melainkan sapa sapa yang dah  biasa sangat bawah sawit, boleh nampak beza.

Samalah macam orang Eskimo di Artik atau orang Touareg padang pasir Sahara. Tempat mereka nampak sama je seluas mata memandang bagi kita. Sekejap aje kita dah sesat.  Tapi bagi diorang setiap bukit setiap padang berbeza jauh. 


Ok. Selesai operasi.... makan! Restock caffeine level aku. Sedap sikit bercerita bila kafein banyak dalam otak. Terima kasih kepada Tuan Sablee sebab belanja aku makan! Thanks a lot sir!

Terima kasih kepada Tuan Sablee dan Bro Zul yang sudi mengembala kambing aku, dan rajin baca blog aku. Terima kasih semua!

* Tuan puan boleh check youtube untuk video video geng surau Bukit Beruntung ni yang banyak berkisar pada aktiviti sembelih dan makan lembu kambing. Taip "Malaysia halal slaughter - sb nursali". 

Salam hormat!






3 comments:

  1. Alwi-Thank you for the adventure.
    "Ya Allah,semoga kami semua menjadi usahawan hebat,sehebat Saidina Abdul Rahman Auf,amin"-Sablee

    ReplyDelete