"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Monday, August 11, 2014

SONS AND DAUGHTERS OF ALWIGOATFARM

Some of the kids! (Tak larat ahhh nak amik gambar semua)

Kembar tiga. Yang mata biru kena pinkeye. Kesian.. kecik kecik dah sakit mata. Harapnya wabak pinkeye akan berhenti di ladang aku.

Terjenguk jenguk..

Ada kembar tapi dah kiok. Anak kepada Si Oren yang phobia melintas titi. And I think 'titiphobia' can be passed down into generations.

Anak betina  kepada 107 atau Dini. Kembarnya jantan. Dan aku terpaksa letak kat luar sebab kembarnya yang habih kebas semua susu si Dini. Langsung tak bagi chance kepada adik pompuannya.

Nilah dia si jantan kaki kebas susu.

Anak kepada 565..

Anak anak kepada 210 atau Halimah..

Anak anak 235..



Anak kepada 121 atau Heliza. Dan Heliza ialah ibu kepada Halimah. Aku pernah dapat 3 generasi beranak serentak pada hari yang sama. Nenek, mak, cucu. Tiga tiga beranak sekali. Dan aku letak sebelah menyebelah. 

Tak ingat dah sapa mak diorang nih..

I like their pose!

Petak sebelah. Putih juga kalernya.

Petak sebelah sebelah. Kena pinkeye. Terpaksa pakai 'celak'..

Anak anak daripada Si Bisu. Dan Si Bisu telahpun berbelas kali melahirkan. Si Bisu antara yang paling veteran dalam kawanan kambing aku. Senyap. Bukan kaki gaduh. Tak mencari perhatian. Tapi 'keep on producing'. Truly a workgoat! Segala puji kepada Tuhan yang menundukkan kambing untuk manfaat kita semua!

Anak anak 452

Anak anak 521. Dan 521 mengalami komplikasi kelahiran. Hampir syahid. Jangkitan kuman agaknya. Aku menggunakan kelas antibiotik yang aku tak pernah guna sebelum ini. FDNP. Terramycin LA kurang berkesan untuk kes kes komplikasi kelahiran. 

Observasi aku (dan berdasarkan rekod aku), bulan 7 DAN tahun El Nino ATAU tahun tahun yang kering - ancaman mortaliti dan kesihatan lebih tinggi kepada kambing kambing aku. 

Biasanya ada sedikit hujan setiap kali datang bulan 7, dan mortaliti kambing boleh diterima (pahit juga). Tapi tahun ni takde. Bulan 8 baru ada hujan. sedikit.  Dan sebaik hujan, ada beza dramatik kepada kambing kambing. Mortaliti berhenti. 

Yaa... kambing aku perform lebih baik dalam musim hujan. Kambing aku kurang perform musim kering. 

It's probably down to heat stress... Pengalaman kawan kawan macam mana?

Anak anak 268. Dan 268 turut alami komplikasi kelahiran. Aku guna FDNP untuk atasi masalah luka postpartum nya yang serius. Alhamdulillah 268 dah recover. 

Anak anak 393. Yang putih tu bukan anak dia. Tapi anak 64 Purdey. Dan Purdey mati sehari selepas melahirkan. Uterine prolapse. Rahim jatuh. Kes pertama kali dalam sejarah hidup aku sebagai breeder. Bulan 7 memang mencabar. 

Ni anak....... sapa ntah. Aku tak boleh recall.


Oh ye anak kepada 450. Dan 450 turut alami komplikasi walaupun tak seserius 268 atau 521. Tapi aku tetap saspen sebab nampak dia monyok dan murung aje selepas kelahiran. 



Bisingnya! Nak lollipop?


Lenanya tidur...



Aku dah tak mampu nak ingat sapa mak sapa anak.. Kejap lagi kena pasang tag telinga semua budak budak nih.

Whose your mama kid?




Newborn..

Anak kepada 464 dan 464 ialah anak kepada 30 Oren. 

Ok. Cukup setakat ini sahaja edisi anak anak lelaki dan perempuan di alwigoatfarm. Thanks for reading! 

Assalam!





1 comment:

  1. suka sgt tgk si baby2 ni..rasa2 nk ambk pluk je..hehe

    ReplyDelete