"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Monday, August 11, 2014

THE DRINK

Aku selari dengan pandangan House of Goats berkenaan pentingnya menjaga kualiti sumber air minuman untuk kambing kambing. Dan aku perasan bila sampai musim kering, kualiti air minuman kambing jatuh menjunam.

Bila kambing digembala masa musim hujan, kambing kambing aku tak akan minum daripada air takungan culvert bawah sawit. Air ini biasanya disimpan untuk aktiviti meracun. Kambing aku mendapat air yang cukup dari foraj yang basah basah.

Tapi bila musim kering, semua kambing dahaga dan akan minum dari air takungan culvert atau mana mana lopak air yang wujud, ketika digembala.  Aku pasti konsentrasi parasit dan cacing dan patogen adalah tinggi dalam air yang bertakung ini. Sebab itu banyak kambing aku anemik dan menunjukkan simptom kecacingan ketika musim kering. 

Sumber air minuman mereka yang jadi punca. Apa yang mereka minum ketika digembala.

Sebenarnya musim hujan menjadikan konsentrasi parasit lebih tinggi pada rumput dan lebih rendah pada air minuman. Tapi kan, kambing makan pucuk, dan ini tidak mendatangkan masalah beban cacing. Tambahan pula banyaaaakkkkk pucuk muncul ketika musim basah. 

Tapi bila sampai musim kering, konsentrasi parasit kurang pada rumput, dan tinggi pula dalam air minuman. Kambing kambing sangat dahaga ketika digembala, dan mereka memang bantai aje minum. Semua minum. Maka wujud risiko beban cacing.

Ini menerangkan kenapa kambing aku dari dulu ok aje musim hujan, tapi 'problematic' bila musim kering. Memang berbeza dengan pandangan yang kata kambing banyak masalah musim hujan. Agaknya senario itu untuk kambing makan tanggung. Atau bebiri. Yep.

Kambing digembala? Terbalik lah kot..

Apa pula pengalaman rakan rakan penternak yang lain?

3 comments:

  1. ya. setuju. tiga hari lepas, aku notis ada sekor bebiri kena cacing (bawah dagu ada benjol ke bawah).. aku terus suntik ubat cacing.. sebab yg lain tak kena, cuma sekor ni je adalah dia suka makan rumput dalam air..itu saja..

    yg lain makan rumput seperti biasa..tambahan waktu musim kering sebelum hujan ..takde masalah, walaupun hari-hari meragut tempat yg sama..

    ReplyDelete
  2. hello. long time.... i have been looking into neem (mambu, semambu) to solve certain health problems, and found that it is effective in dispelling parasites. make a light tea with fresh leaves (3 leaves to a cup). perhaps it may benefit your goats.

    ReplyDelete