"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Thursday, August 14, 2014

MISTERI SUSU MERAH..

Pertama kali aku berjumpa situasi ini. Barangkali penternak kambing susu biasa alami kes sebegini. Jadi kepada sesiapa yang berpengalaman, harap boleh tunjuk ajar. 

Ok. Sekarang aku ada lebihan susu kambing. Aku ingat aku mampu nak habiskan seorang diri, masalahnya aku bukan peminum. Secara genetiknya aku mampu minum susu mentah, TAPI aku tak mampu hadamkan dengan sempurna. Aku termasuk dalam golongan bangsa Asia yang tidak memiliki dan mengeluarkan enzim spesifik untuk mencernakan susu. Berbeza dengan bangsa Eropah yang biasanya tiada masalah menghadamkan susu.

Oh crap! Aku terpaksa bekukan lebihan susu kambing aku. (Tu lah, mengada ngada sangat nak guna oxytocin. Sekarang sesak melimpah peti ais aku. Jeng kreng!). 

Dan, muncul suatu misteri bila aku bekukan susu mentah kambing aku..

ianya bertukar menjadi kemerahan! tak pernah terjadi sebelum ini. Dan sebelum tuan puan kata ada darah... Bukan bukan bukan! Susu ini tiada 'off taste' atau 'bad odour'. Tapi sedap dan tiada bau. Perfectly normal. Cuma kalernya yang mengejutkan. Dan....

Bila ianya dicairkan, warnanya jadi putih kembali sama seperti baru diperah. Dan....

bila dibekukan buat kali kedua, warna kemerahan muncul balik tapi kurang pekat.

Perbandingan kaler susu kambing baru masuk peti ais dan setelah semalaman dibekukan (yang kemerahan tu). Kontras betul kalernya. 

Dan untuk pengetahuan tuan puan, aku sebenarnya pesen mudah berangin bila mengkonsumi susu. I can easily become the world's foremost producer of methane, and a major factor in global warming, even if I consume just a glass of raw milk. Yes. I'm that kind of badass. Tapi dengan susu yang merah ni, aku minum 1 liter susu mentah sekali harung - takdak masalah! Senyaaaapppp je. Very quiet. 

Langsung tak bergelodak perut aku. Sesenyap jirat cina di malam hari. (isshhhh takdak contoh lain ka aku ni?). 

Tapi gitulah perumpamaannya. 

Ada sesiapa yang boleh jelaskan fenomena ini?

Makaseyyyyyyyy!!!



2 comments:

  1. fat separating bila freeze..kenapa merah atau kuning?..hehe..tu kena belajar optik lee..

    ReplyDelete