"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Thursday, August 28, 2014

BILA ORANG OMAN DATANG

Prof Dr Abdullah. Mantan Menteri Sains dan Inovasi Oman. Sekarang terlibat dalam penetapan polisi makanan negara Oman. Rakan Tuan Hj Mat Taib.

Kiri ialah Dr Abdullah. Kanan ialah Tn Hj Mat Taib, geng pembiak kambing berhampiran. 

Ok. Dr Abdullah datang dengan keluarganya. Lawatan tidak rasmi. Tapi sambil menyelam minum air. Sambil bercuti sambil mencari peluang pelaburan di Malaysia. Dan dia melawat projek projek pertanian small scale di Malaysia untuk lebih nampak situasi sebenar. Tanpa make up make up. Tanpa touch up touch up. Yang 'hands on'. Yang mula dengan modal kecik. Yang tidak mendapat bantuan atau subsidi kerajaan.

Secara amnya, Oman ialah negara yang sangat bergantung kepada hasil minyak dan gas. Kaya tetapi malangnya sektor pertanian ketinggalan. Mereka sangat bergantung kepada import. 90% makanan rakyat Oman adalah diimport. 

Dan ini merisaukan Dr Abdullah dan rakan rakan pembuat polisi makanan Oman. Mereka tahu mereka kena berbuat sesuatu untuk mengurangkan kebergantungan import makanan. Situasi mereka adalah sangat hampir dengan Egypt. Sangat terdedah kepada manipulasi kuasa asing dan kafir disebabkan kebergantungan tersebut.

Dan jujurnya soalan soalan Dr Abdullah kepada aku sangat 'strategik'. Dia memang ada Bachelor in Agriculture dari UK, dan Master juga PhD dalam..... sori aku dah tak ingat. Jadi soalannya bukan jenis ringan ringan. Semua tahap heavyweights. 

Soalan soalannya berkisar kepada prestasi pembiakan ladang aku, dan prestasi kewangan ladang aku, dan bagaimana aku nak replicate apa yang aku buat kepada penternak penternak lain, dan bagaimana pengembangan operasi aku akan datang.  Dan aku kena menjawab dalam bahasa omputih. Dan aku sebenarnya demam. Tak larat. Tak tidur semalaman kerana batuk dan selsema berhari hari akibat 'caffeine overload'.

Pehhh berpeluh peluh aku menjawab soalan Dr Abdullah walaupun dia melawat ketika suasana awal pagi yang masih sejuk sesejuk Cameron Highlands. 

mmm... aku kurang bersedia. Lain kali tak boleh buat macam ni. Kena jaga badan aku, kena jaga masa tidur dan rehat. Kena ada disiplin kesihatan. Kena... kurangkan ambilan kafein dengan drastik. Baru badan dan minda sentiasa sihat. Baru lancar sikit menjawab. 

Ok. Secara pendeknya aku terangkan kepada dia ada beza besar prestasi ladang sebelum digembala dan selepas digembala. Juga aku sedang masuk 'territory' baru semenjak mengamalkan ayat 39 surah AlKahfi. Juga kepercayaan teguh aku kepada genetik tempatan sebagai asas operasi pembiakan.

Aku juga sempat mengetahui serba sedikit tentang situasi pertanian di negara Oman. Antaranya ialah hakikat kewujudan subsidi yang sangat besar di Oman. Subsidi pertanian. Rupanya jagung sebagai makanan ternakan di Oman disubsidi kerajaan pada amaun yang sangat besar. Harga dedak kambing cuma 1/3 di Malaysia. Kalau kita $50, di Oman cuma $15. Tapi harga kambing sama atau lebih 1 dinar di sana. 

Humakkk aihhhh syoknya penternak kambing di sana.... subsidi punya pasal.

Ok. Cerita subsidi sikit. Aku sebenarnya tak berapa nak sokong amalan subsidi. Tapi aku perhatikan semua negara maju memang subsidize para petani dan penternak di negara mereka. Pendapatan yang mereka dapat dari sektor lain dibelanjakan untuk melindungi para petani dan penternak di negara mereka, dalam usaha mereka mencapai sekuriti makanan, DAN mengeksport makanan.

Contohnya Amerika. Gudang gandum jagung soybean dunia. Global powerhouse in food production. Berapa banyak negara yang bergantung kepada Amerika dalam bab makanan. Amerika tak kisah subsidize para petani mereka kerana mereka nampak ini adalah suatu jalan untuk menguasai dunia. Bukan sahaja bergantung kepada kuasa ketenteraan. 

Dan di UK pun sama. Pengalaman mereka berperang dengan Nazi dimana tahap sara diri mereka ketika Perang Dunia yang cuma 1/3 dijadikan panduan untuk mengelak kesilapan sama. 

France? Germany? Sama je. Sektor pertanian kena pula yang industri strategik macam bijirin dan daging - memang ada mekanisme perlindungan dan galakan. 

Jadi ini membuatkan aku terfikir dan menilai semula pandangan aku. Aku sebagai pengembala kambing adalah berbangga dengan kemampuan 'independence' tetapi dari pandangan mata pembuat dasar - lebih baik industri tempatan terus wujud dan dilindungi. Subsidi tak subsidi - mesti ada mekanisme yang akan terus melindungi kewujudan dan kemapanan sektor makanan strategik. 

In a sense.... yes, heavy government intervention is perhaps necessary. 

Baik. Balik semula kepada Dr Abdullah. Apa lagi ceritanya ye.... ahhh pasal kambing pribumi Oman. Di sana kambing native biasa diberi makan tamar. Dagingnya manis. Susunya manis. Orang Oman memang suka makan manis. Sweet tooth. (Ini sebenarnya budaya ke? atau dah 'genetically programmed'?).

Hmm.. apa lagi.... aku dah tak boleh ingat. Ada tekanan masa. Nak pergi sana sini. Tulis ni pun under pressure banyak gangguan. Apa pun terima kasih diucapkan kepada Tuan Hj Mat Taib dan Dr Abdullah yang sudi melawat ladang aku. Maaf atas segala kekurangan dan ketidaksediaan. 

Terima kasih!!




2 comments:

  1. Orang Oman ni memang banyak buat terjahan kandang kambing kat sini. LRGF juga dah dalam rangka lawatan ni yang diusahakan oleh UPM. Dia orang nampak serius.....Kita pun kena camtu jugak. Memang, heavy government intervention amat perlu untuk boost local production...tapi jangan dipermainkan dengan data-data impot nanti!!! (Es Emdi)

    ReplyDelete