Bab : Petak Beranak Kambing
Kesilapan kesilapan aku yang tidak boleh dicontohi. Jadikan pengajaran
|
Nampak bersihkan? Tapi sebenarnya dah bertahun tak sapu, tak buat semburan anti parasit, tak buat semburan antikuman. Dah jadi makmur koloni mikrob negatif dan parasit negatif.
Kena pula aku buat petak beranak kat tengah kandang. Jadi cahaya matahari kurang sampai walau pun ada atap transparent. Ada pula tangki air yang menghalang cahaya matahari sampai ke petak.
Palung makan pun takde. Susah nak kasi makan. Jangan buat begini. Menyosal jang! |
|
Aaa sebaiknya buat petak beranak di tepi kandang. Dapat cahaya matahari semaksimum mungkin. Anak kambing dalam lokasi petak beranak sebegini akan ourperform anak kambing dalam petak suram. Palung makan buat sebelah luar. Senang nak kasi makan.
Dari segi tumbesaran dan fertiliti kambing, didapati kambing yang pantas membesar dan subur mengandungi vitamin D yang tinggi dalam darah dalam bentuk D3 atau cholecalciferol. D3 adalah 5 kali ganda mudah diserap badan berbanding bentuk D yang lain. Dan sumber D3 adalah cahaya matahari ciptaan Tuhan yang diberi percuma. Udahla free, terbaik pula tu. Vitamin D sintetik ciptaan manusia semuanya cap ayam berak kapur, sangat rendah mutu, dan sangat sukar diserap oleh badan.
Pedulikan tepung vitamin, pedulikan garam jilat bervitamin - PASTIKAN kambing kita dapat cahaya matahari sepuas puasnya.
Untuk kesuburan dan kepantasan membiak, vitamin D percuma ciptaan Tuhan adalah yang terbaik. Tiada keraguan. Gunakan advantage ini sebaik mungkin.
Itu saja kali ini. Salam pembiak! |
*Aku tidak menggunakan tepung vitamin. Aku tak guna garam jilat bervitamin. Aku juga tiada stok ubat multivitamin untuk diinject kepada kambing. Aku percaya yang foraj segar dan cahaya matahari ciptaan Tuhan Yang Maha Bijaksana adalah ultimate superior multivitamin untuk kambing kambing kita.
Tq for the info, Bro. Memang banyak benda free anugerah Allah. Masya Allah!!!
ReplyDeleteyes. its free. its vital. Allah the Great Designer!
DeleteTq prof. Bila gembala, tuan kambing pun dapat vitamin d jugak.. makin cerah kulitku ini. Ha.ha.ha.
ReplyDeletetak nak sapu fair and lovely ka tuan murshid agro? kasi lebih cerah buahahaha
Delete