"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Tuesday, November 19, 2013

ANAK TIKUS

WARNING : TIDAK SESUAI UNTUK MEREKA YANG GELI GELI


Aku sedang dalam mood bersihkan dan kemaskan kandang. Dah lama sangat berterabur, banyak sampah sarap. Ada dua sarang tikus yang aku jumpa dalam stor kandang. Satu sarang cuma tikus besar je yang jadi penghuni, dan satu sarang lagi ada anak anak tikus. 


Aku ada bela tiga ekor kucing betina. Tapi bab bab menangkap tikus ni slow sikit. Pasal dulu diorang ni kucing bandar. Jenis makan tanggung. Hari hari makan friskies dan ikan rebus. Jadi bila lepas bebas kat ladang aku, semuanya tercengang cengang. Tapi sekarang dah ada improvement, dah nampak skil menangkap tikus (dan binatang binatang lain). Cumanya tak cukup agresif.

Berdasarkan pengalaman aku, adalah sangat penting untuk membela kucing dalam ladang kambing kita sebagai agen kawalan biologi yang cukup berkesan dalam mengawal populasi dan serangan tikus (dan tupai). Lagi lagi kandang kambing bawah pokok sawit. Jenis yang hujung pelepah sawit sentuh atap bumbung kandang. 

Kalau kita bubuh racun tikus atau buat kawalan kimia, tikus akan mengganas suatu hari kemudian. Balas dendam. Habis digigit anak anak kambing dan kuku kambing yang dewasa. Memang boleh bawa kematian kepada anak kambing, dan ketempangan sementara kepada kambing dewasa. Selain itu tikus akan kencing pada palung makan dan sumber air minuman. Boleh jadi wabak penyakit yang sangat merbahaya dan mampu menumbangkan sebahagian besar populasi kambing - menggagalkan usaha pembiakan kita.

Kalau tak nak guna kucing, kita boleh 'offer' tikus tikus ini sedikit makanan buat mereka setiap malam. Nampak aneh tetapi ianya berkesan. Taktik ini banyak digunakan oleh para  pesawah tradisi yang tidak kenal apa itu racun. 

Ok. Video dan gambar anak tikus yang aku dapat. 


Anak anak tikus. Empat ekor aku jumpa. Dan geng potong sawit Indonesia kata amalan telan mentah mentah baby tikus yang kemerahan adalah sangat baik untuk menguatkan pinggang. Baby tikus, bukannya anak tikus seperti di atas ye. Pehhh macam cerita V masa aku kecik kecik dulu. 

Kucing ni tertengok tengok. Tak cukup kekucingan. Kalau kucing tulen, sekejap aje anak tikus dah jadi lauk.



Baru nak gigit. 



Try bagi kat anjing bubuh dalam mangkuk si anjing - si Paris Hilton. Dia tak mahu. Last last kucing juga yang makan - lepas puas main dengan anak tikus ni.

No comments:

Post a Comment