Kambing Beranak Tiga Atas Tanah
Kadang kadang kambing local cross aku akan beranak tiga. Paling banyak empat. Tapi aku suka dengan kembar. Senang jaga. Input rendah output tinggi. (Ada juga penternak yang suka kambing beranak sekor - pelik juga ni. Pasalnya dia kata bila beranak dua, satu akan mati. So wajib kaji semula SOP pedaging kita macam mana).
Pagi semalam betina aku nombor 308 beranak tiga masa kambing baru turun meragut. Namanya Bau. Aku ambil sempena nama kawan pompuan Sabah aku masa belajar di UKM dulu. Namanya Bau anak Richard.
308 beranak atas tanah. Ketika hujan. Tiada sebarang bantuan kelahiran diberikan. Gembala aku biarkan. Dia terus gembala kawanan kambing meragut di tempat lain. Dan aku pernah alami situasi di mana sang gembala aku bawa kambing bukan main jauh. Berkiloooometer. Lepas tu kambing beranak kat tempat yang jauh, banjir, dan sulit didekati. Terpaksa biarkan semalaman di bawah hujan lebat sepanjang malam. Fuhh nasib baik besok pagi hidup lagi mak kambing dan dua ekor anaknya.
Inilah kekuatan darah pribumi. Sifat lasak yang mengkagumkan.
Beranak tak payah assist. Takde kelam kabut kita tercongok menunggu nunggu tengah tengah malam berjam jam nak bantu kelahiran. Sonang cerita eh bela kambing pribumi atau kacukan pribumi.
Dan immune booster untuk anak kambing baru lahir pun tak perlu guna. Mamimmune yang titik kat hidung baby kambing tu? ahh tak yah guna. Mengarut ajo menatang tu. Bagi mati baby kambing ada. Bukannya tambah daya hidup. Karut karut karut. Tok sah guna weh!
Baik biar beranak atas tanah. Biar terpalit dengan kuman dan virus tanah peribumi. Ini baru betul betul immune booster. Local made.
Anyway, gembala aku inform kat aku ada kambing beranak, tapi dia tak inform 308 yang beranak, dan dia tak masukkan ke petak beranak. Biar aje terkontang kanting kawan tu kat bawah sawit. Aku pun tak perasan. Aku ingat gembala aku merujuk kepada kambing yang beranak semalam dimana aku yang uruskan tanpa pengetahuan dia.
Rupanya bila maghrib aku nak tutup pintu ladang, baru perasan ada kambing kat luar tercengang cengang. 308 Bau. Aiii lewatlah aku balik rumah jawabnya nak uruskan petak beranak. (Datin Seri kat rumah dah tertunggu tunggu penuh saspen - dan menjadikan aku juga penuh saspen buahahaha).
Dalam usaha aku nak bawa balik 308 Bau ke kandang, aku guna anaknya sebagai umpan. Tapi dia tak berapa responsif. Nak juga balik ke tempat asal dia beranakkan anaknya. Jadi proses bawa balik dia ni makan masa. Kena pula 308 ni very protective. Maybe over protective. Disondolnya aku. Dan disondolnya anjing gembala si Temon yang ada berhampiran. Pehhh 'suicidal' betul 308 ni. Temon tu anjing brutal. Habih digigitnya 308. Aku pula yang kelam kabut pening kepala nak leraikan pergaduhan diorang ni.
Tetapi akhirnya 308 selamat juga dimasukkan ke dalam petak beranak. Aku akan check luka 308 digigit anjing sendiri keesokannya. Dan SOP aku sama macam kambing beranak dua. TAK PERLU GUNA BOTOL SUSU. Cuma up sikit peruntukan suplemen (dedaklah) untuk 308.
Cumanya ada isu ruang. Space constraint. Untuk ibu kambing beranak tiga (total empat ekor), peruntukan 16 kaki persegi untuk petak beranak adalah 'woefully inadequate'. Kambing akan alami stress. So aku kena pindahkan 308 dan anaknya ke tempat lain yang lebih luas dalam dua tiga minggu lagi.
Salam!
Tahniah Bro!! Kambing eden belum ada yang beranak tiga lagi..In Sya Allah akan menyusul satu hari nanti.
ReplyDeleteMe too..belum ada yg beranak 3 ; (
ReplyDelete